Kenapa belum buat apa2 untuk diri sendiri??

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Lagi 4 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. I don't feel like raya la. Ramadhan dalam hati. Tak puas rasa berada di bulan mulia ni. Hari ini baru Dayah berkesempatan ke masjid berjemaah for terawih. Kalau tidak sendirian berhad sahajalah.

Nyaman suasana di Masjid Sultan Mizan. Berangin sahaja rasanya. Imamnya membaca surah dengan merdu. Terasa seronok bersolat di sana. Pulang dari masjid, cari fresh milk dulu. Dapat.

Kemudian sampai terus bersila, cari butter, tepung, susu, dan segala kelengkapan buat tart nenas. Yea, Dayah buat kuih lagi malam ni. Sampai 1.30am surrender, TIAH sambung please! Need to sleep da.. esok keje. Tak pasal jadi panda. Hahahaha... Setakat ini baru 2 jenis sahaja kuih Dayah buat. Sehari satu. Jadilah. Dayah bukan gemar buat kuih-kuih ini. Dayah lebih gemar ketuk kuali kot. Tapi kuih dan kek lebih mudah pula rasanya.. but tang deco leceh sikitlah. InsyaAllah rajin lagi. Esok jadi lagi. Dah semangat nak buat kuih with Royal Icing.

Itu je la Dayah buat for raya. Other than that NANDO! Tak rasa nak raya. Memikir jadual packed giler after raya, make me crazy. Can I survive? Itu persoalan pokok. Diff boss, diff requirement. Chiayok!!!

Ok stop about work! Hari tu Dayah ada bagi random list for rayakan? Ingat tak? (Baca sini) Hari ini dah Isnin. Last minute shopping maybe ramai dah buat last weekendkan. Mesti peniaga menurunkan harga giler2 punya dan most of ppl prefer last minute shopping. MURAHkan? Iyer la kot. I never do. Tak tahu la. Persiapan raya saya sama seperti tahun sebelum kot. Never do apa2. Hahahaha...

Nak masak apa raya ni ya? Abah dah kata nak Soto Ayam. Mama? Mama tak kisahkan. So maybe itulah antara menu rumah terbuka kot. Nak buat bila? Tu susah nak fikir. Kena lihat semula jadual. Banyak job outstation lepas ni. Tak menang tangan la lepas ni.

Apa agaknya Dayah kena beli for raya kan? I have no idea. Rasanya pakai sahaja apa yang ada. Nak beli apanye sangat kan! Baju... rasa dah semak kepala tengok baju bersusun. Kasut.. ala.. banyak juga *kita orang saiz semua sama.. rembat je la kan.. hahaha* apa lagi?? tak leh fikir la pulak. Rasanya itu je la kot.

Abah dah sibuk nak meniaga lembu hari tiga. Which is I'm working. Nasib la Abah meniagalah dengan adik2 yer. Dayah keje till khamis. My friend kata saya giler. Hahahaha.. layannn.... bukan tak boleh cuti, tapi cuti makin kurus. Kena simpan for coming December, ini lebih penting. Chiayok2!! Preparation macam hampagas kalau flash back. Satu chapter pun tak habis lagi. Baru satu subject. Another subject tok sah cakap, tak buat apa. WHAT! Again I don't have mood! Please go away PEMALAS dalam diri!!!!

Hangpa semua preparation macam mana? Rumah dah habis kemas? Kelengkapan peribadi dah habis shopping? Duit raya dah prepare? Kuih raya? Balang raya? Dayah ... balang2 raya dah bersusun dah. Tunggu nak masuk kuih dan di hidang sahaja. Rumah nak kemas pasu-pasu bunga sahaja. Lain? Tak ada apalah sangat. Ketupat rendang serah pada mama je lah kan. Kita orang tukang makan.. hahahaha.

Our Fav! Mama sure akan buat ketupat palas + jagung (her fav) - Gambar Google

Lemang? Ada yang rajin buat sendiri? Kami beli sahajalah. Near hulu langat banyak orang meniaga. Bagilah rezeki syawal buat mereka kan ;) - Gambar Google

Kereta tak servis?? OMG! Belasah je la labu. Ohh korang jangan buat perkara yang sama ya. Sila servis kereta anda sebelum pulang ke kampung halaman. Check kenderaan masing-masing dan pastikan semua aspek keselamatan sudah di periksa.

Angah & aten dah riuh nak jadi Model raya ni.. apa lagi.. Datin akan menembak .. ciayokkk girl! Yang penting Dayah nak tengok cite 4 madu raya ni.. hahahaha.. wayang yang di fikirnya dulu =P

D_Y_H
Waktu sahur dah ni... selamat bersahur semua.. ada 3 hari lagi untuk kita habiskan malam-malam ramadhan. Tingkatkan amal.. raya tak ke mana.. selesai beribadah sambunglah semula persiapan raya.. kan.. :)

0 comments: