Kejam sungguh.. apabila akal yang pendek di guna membuat keputusan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Setelah 2 minggu kita satu Malaysia riuh dengan kehilangan Jutawan Kosmetik, kini segala teka teki terjawab. Kejam sungguh mereka mati di pukul, di bakar dan abunya di buang ke dalam Sungai.

Lokasi kejadian (Credit Bharian)

Individu terbabit mungkin ada masalah mental!! Pandangan Dayahlah. Orang yang waras tidak berkelakuan sedemikian. Apabila di desak dan terdesak, akal mereka mungkin mati untuk berfikiran waras.

Bukan setakat Datuk Rosilawati sahaja malah ada 3 individu lain yang turut terbunuh. Kejam! Kejam! Sedikit Kronologi yang Dayah baca di Bharian.

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

TAKZIAH buat keluarga Arwah Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abd Karim, Kamaruddin Shamsudin & Noorhisham Mohammad. AL-FATIHAH

D_Y_H
Moga roh mereka di cucuri rahmat Illahi, Amin dan semua yang terbabit di beri hukuman setimpalnya.

0 comments: