Ekspresi C.I.N.T.A

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A
Baja bunga dengan "C.I.N.T.A" boleh? Kenapa tidak. Bunga benda hidup bila ia selalu di sayang ia akan hidup segar seperti kehendak tuannya.

Macam-macam C.I.N.T.A .. ekspresikan rasa CINTA anda. Macam mana? Bila kita rasa CINTA kenalah spread your LOVE *maaf bercampur bahasa .. ngeeehhhh* tunjukkan rasa kasih anda pada si CINTA.

Siapa CINTA?? Siapa sahaja boleh jadi CINTA.

Dayah berharap rasa CINTA saya tak pernah kurang pada DIA, walau sedikit. Hari-hari nak baja, nak siram, nak rasa rindu. Nak ngadu pada DIA selalu. Nak nangis pada dia selalu. Itulah eksperisi CINTA saya. Kalau buat salah cepat nak mohon maaf. Kalau ada benda perlu bantuan segera senaskah buku azimat boleh di rujuk. Kalau masih ragu, mengadu lagi pada DIA moga DIA datang memberi bantuan.

Pernah saya tak pedulikan DIA, dan DIA tak pernah ambil hati. BAIKNYA DIA!
Pernah saya tak buat apa yang DIA suruh dan DIA tak pernah marah. BAIKNYA DIA!
Pernah saya salahkan DIA atas apa yang berlaku dan DIA diam dan tak hukum saya. BAIKNYA DIA!


TERIMA KASIH C.I.N.T.A dan saya tidak mahu cepat lelah MENCINTAI DIA sepenuh hati.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

D_Y_H
CINTA agung yang di cari. Moga dari hari ke hari CINTA ini tidak pernah kurang malah bertambah. Takutlah kalau di benci ALLAH.

0 comments: