Apa? Israel minta di iktiraf????????

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah baru sahaja terbaca berita hangat! Sangat hangat! Macam air mengelegak pada suhu 300C! Eh tak panas lagi ek. 1000C la kot. Ini beritanya,

Dari KOSMO

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam meminta penduduk Palestin mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.

Menurutnya, pengiktirafan itu perlu sebagai batu asas untuk keamanan dan beliau kesal kerana penduduk Palestin masih enggan untuk mengiktiraf negara Israel.

"Batu asas negara Israel ialah ia merupakan negara untuk penduduk Yahudi," kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat mingguan Kabinet.

"Ia merupakan asas yang sebenar tuntutan dari negara Israel dan penamat konflik antara kedua-dua penduduk," jelasnya.

Perunding veteran Palestin, Nabil Shaath berkata, Israel menggunakan tuntutan itu sebagai alasan untuk menafikan hak memulangkan semulan kem-kem pelarian Palestin.

Menurutnya, alasan itu turut digunakan untuk menangguhkan hak sepenuhnya penduduk Palestin yang menjadi rakyat Israel.

Tuntutan itu akan dikemukakan sekali lagi apabila Netanyahu menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam mesyuarat mereka yang pertama kali di rantau tersebut selepas satu rundingan damai mengenai Asia Barat diadakan di White House, Washington pada awal bulan ini. - AP

Persoalan saya:-
1- Kenapa perlu penduduk PALESTIN menjadi Rakyat Israel???
2- Kenapa Israel mahu penduduk Palestin perlu mengikhtiraf ISRAEL??? *bukan ke selama ini sewenang-wenangnya mereka menindas penduduk PALESTIN sesuka hati? Nak bom.. suka hati nenek moyang je serang! Siapa yang beri bantuan akan terima nasib yang sama.. bayangkan sampai segala bahan bantuan yang hendak masuk di catu? Hospital di sana sudah uzur, kelengkapan tidak pernah lengkap, malah berusia lebih berpuluh tahun!!! Sedangkan Israel?? Maju!!! Guna akal atau guna lutut depa pikiaq???*

Siapa pula yang membela nasib kanak-kanak ini??

Ada hadith Rasulluh s.a.w yang bermaksud;

“Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” Daripada Abu Hurairah ra

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. (Sifat Yahudi inikah yang mahu kita contoh? Kalau tidak mari perbaiki diri)

Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146)

Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak.

Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)


Dalam firman Allah di atas ada menyebut bahawa Israel itu "Selalu menceroboh" (tak terbilang dek jari kaki & tangan berapa kali Palestin di serang???). Ya Allah, berilah kemenangan bagi Rakyat Palestin, agar mereka juga dapat hidup seperti Umat Islam yang lain, Amin.

D_Y_H
Perjuangan membebaskan Palestin harus kita hidupkan. Jangan lupa berdoa padaNya agar kiblat pertama kita di bebaskan dan sebaik-baik percutian bagi Umat Islam adalah

“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” Dari Abu Hurairah, r.a.

0 comments: