Tanpa segan silu dan bangganya

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Yep! Tanpa rasa segan, mahu pun silunya malahan berbangganya mereka. Mata melihat jadi risau. Sungguh risau. Apa tanggapan lain? Pasti mereka berkata,

Kata mereka "eh kenapa you tak boleh?"

Kata Dayah "memanglah tak boleh..dah sah-sah ia haram. Dalamnya ada menjual arak. Pemiliknya bukan Islam. Makanan yang di hidangkan sudah tentu tak halal kecualilah ada Halal Cert di tayang. Tukang masak, tukang buat air semua pun bukan Islam, barang masakan yang digunakan sudah tentu bercampur dengan yang haram, bagaimana saya boleh yakin pula sahih halalnya?"

Kata mereka lagi "tapi kenapa mereka boleh!!" sambil menunding jari

Kata Dayah "erkkk" kelu lidah berkata-kata.
Soalan MAUT, siotla ko ni! Sambil senyum berlalu. Rasa bersalah amat! Tak mampu memberi hujah lanjut.

Ayok! Sudah, garu kepala. Bukan tidak boleh menjawab tapi sukarnya mahu memahamkan mereka. Paling tidak faham, bukan sekali dua Dayah ternampak tetapi berkali-kali. Tiap kali lunch hour, tea time. Ada sahaja orang yang saya yakin agamanya sama dengan saya, iaitu Islam makan dan minum di kedai yang di kendalikan seorang bukan Islam dan menghidangkan juadah yang bukan halal. Bukankah,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”

Terang jelas dan nyata bukan? Allah, senangnya bercakap ketika menulis ini. Tapi kudrat apa yang Dayah ada untuk bercakap dengan orang yang saya nampak berbuat demikian? Setiap malam apabila saya hendak turun ke pangkir, Dayah akan lalu di sebelah kanan restoran makanan tidak halal dan sebelah kiri kedai menjual arak mahal. Dan untuk perihal arak ini pun, sungguh gusarnya hati, tatkala pulang kerja lewat malam. Mata ini gatal sahaja mahu memandang ke arah kedai penuh dengan tong-tong antik tersebut. Ia konsep terbuka, jadi mudah di lihat. Tak segan dan dengan penuh bangga sambil tersenyum, dia meminum air dari gelas bertiang seksi. Serba tak kena saya lalu di situ. Cepat-cepat mengatur langkah ke kereta. Dan teringat yang,

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”

Akhir kata "Mencari yang HALAL itu WAJIB hukumnya bagi UMAT ISLAM"

D_Y_H
Bantu diri untuk berubah dan cuba memperbaiki diri, memang kita tak sempurna tapi kita boleh ke arah kesempurnaan

P/s: Di hujung deretan office Dayah pun ada Gay club.. hahahaha.. ini ah bos yang bagi taw.. ayokk!! .. Dugaaan. mcm2..

3 comments:

Cik Cip Puding said...

we're on the same page..

mummynana said...

erm kene bg kata-kata dan hujah terbaik nih. kalu idak konpius. cam judi mmg sah2 haram. sbb kt beri2 dan tak dpt ape2. dan melalaikan. bab makan, sumber nye dr mana? ayam telur.. tpt sembelihan mana dorg amik. dll. sbb tu la kt kalu bole cr tpt yg sah2 halal. akak pun da tak g tpt2 yg meragukan. leh cek kat
http://www.halal.gov.my/

Dayah said...

Salam,

Azrul...
ye ke?
How to deal..
susahkan... kena byk ilmu.. belajar berhujah.. tsktsk.... kurang ilmu...:(

Kak Nana,
Itulah website rujukan saya jugak.. No more masuk Kopitiam... especially yang workers dia sah2 dari negara luar.. tuannya bukan Islam.. bab makan minum ni jadi darah daging.. Ramai orang yang ambil ringan bab2 sebegini..