Saya pelik, bagaimana mahu menegur dengan cara terbaik?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sudah berhari-hari Dayah mahu menulis tentang hal ini. Di suatu petang ada seorang bukan Islam bertanya kepada saya,

"Akak kenapa dia tidak sembahyang" kebetulan Dayah baru mahu duduk di kerusi. Prihatin sungguh kawan saya sorang ni. Tilik dalam diri, kalaulah dia bertanya soalan yang sama kepada saya? Malukan.

"Sembahyang itu wajib, andai dia tak laksanakan itu dosa between him and Allah" tenang saya menjawab. Walau dalam hati takut jawapan di beri tidak elok. Dia yang mendengar, mengangguk dengan "oooOoo"

"one more thing akak, you all have to pray 5 times, right?" Saya angguk.
"tapi kenapa, dia kata oh tak apa 3 kali pun boleh" nak jatuh rahang Dayah mendengarnya. Kalau tidak sembahyang pun janganlah sampai memberi jawapan sebegitu rupa. Then, Dayah explain semula kepada hamba bukan Islam tersebut. Solat dalam Islam sehari wajib lima waktu, kalau tidak di laksanakan itu dosa. Between you and Allah. Individu itu perlu bertaubat dan moga Allah menerima taubatnya.


P/s: Al-Fatihah buat Arwah Atok kak Tijah yang pulang ke rahmatullah beberapa minit yang lalu. Moga rohnya di cucuri rahmat illahi, Amin.

D_Y_H
Moga hari-hari esok lebih baik dari minit sebelum ini. Dalam sehari ini, banyak perkara yang membelengu diri sampai tak tertanggung.

0 comments: