Puasa dengan penuh kesederhanaan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Macam mana puasa? Sudah hari ke-15 kan. 1/2 month lagi to go. Orang dah sibuk nak beraya. Dayah tak rasa pun nak raya.. hehehehe. Syok puasa. Alhamdulillah, masih penuh ^^____^^ weee.. syok!

Kalau jalan-jalan p blog kawan-kawan, tu dia meleleh ohhhh... macam-macam juadah ada. Sampai penuh meja dan yang sampai tak muat meja! Habis tu hangpa makan tang mana kalau meja dah penuh? huhuhu.. Sabar na. Baru sehari tak makan, tak sampai seharian pun. Cuba kira berapa jam. About approximately 13 jam setengah la. Cuba bayangkan, orang yang tak makan lebih pada tu kesiankan. Jadi kawan-kawan muhasabah diri. Same goes to me also la.

Dayah bulan posa tak adalah rajin nak masak. Rajin nak makan je. Hahahaha. Kalau weekend tak di penuhi aktiviti berbuka bersama teman, mungkin akan bersilat di dapurlah. Jika tidak Cik Aten sahajalah sibuk menyediakan semua juadah berbuka. Syabas ATEN! Lepas ni hang boleh buka kedai. Dia bukan masak untuk 1-5org makan na.. Tapi 20-30 orang makan. Begitulah rumah saya hari-hari. Ramaikan.

Nak di jadikan cerita, Dayah hari Ahad yang lalu telah rajin masak. Masak la sikit-sikit, antaranya Kari ayam pekat di makan bersama ROTI JALA ATEN yang bestnya. Cik Aten telah membancuh ROTI JALA PINK!! Ulang PINK! hahahahaha.. sayang you darling. That is one of my fab warna taw. Hahahaha.. mesti ada yang kata ohh ladiesnya kamu =P

Tu dia! Roti jalan finkkkkk... bersama kari pekat Dayah.. huhuhu.. sedap! Boleh kita gabung aten buka kedai roti jala.. muahahaha..

Ha. Nak habaq ni, mungkin yang kenal rapat Dayah taw la. Mama Dayah ni ada meniaga ayam percik tiap-tiap tahun without failed dari tahun 1990an lagi. Siapa dok dekat Seri Serdang mungkin selalu la kot beli. Alhamdulillah inilah rezeki ramadhan mama. Abah? Biasalah sibuk dengan kerja dia. Tapi kadang-kadang ada sahaja abah kat bazaar membantu. Ikutkan hari-hari kot dia ke sana. Siapa nak bawa lori oooi... semua staff dia balik after 5. Maka pukul 2 ptg lagi dia dah jerit2 nak hantar lori ke bazaar. Itulah riuhnya abah.


Inilah Ayam Percik Mama! Orang lebih kenal dengan AYAM PERCIK HIDAYAH! *tumpang famous you! hahahaha padahal memang famous pun.. alamak matilah puji diri sendiri.. hahahahaha* sampaikan orang panggil mama Dayah .. HIDAYAH! Apa kes! Mai nak habaq. HIDAYAH tu nama saya DAYAH ni tuan punya blog. Mama saya namanya SITI. Jauh benarkan. hahahaha. Apa nak buat. Layan! Kalau sapa-sapa terasa nak pekena ayam percik, boleh p try. Kalau sedap mai beli lagi na. Kalau tak sedap, maafla yer. Mama saya pun ada buat katering taw. Habaq mai nak makan berapa ramai menu apa? Sure akan cuba di layan sebaik mungkin, ada client yang tak puas hati mai la habaq kita manusia tak lepas buat silap kan. Ampun kan kami, hehehe.

Kawan-kawan jom kita renungkan apa kata nabi junjungan, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”


Huraianya:-

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:-
  • Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
  • Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
  • Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
  • Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Selamat menempuh separuh ramadhan lagi dan selamat beramal ibadah.

P/s : Buat adik-adik saya yang membaca. Bermaaf-maafan lah yer. Tak elok bermusuh lama-lama. Maafkan along tak sempat nak tegur dari awal. Kerana sikit persengketaan, seluruh keluarga turut sama bermasam muka. Sampai bila kita hendak sesama kita simpan rasa dendam dan benci? Sampai salah seorang di bawa jenazahnya ke kuburan? Pastikah kita esok masih ada buat kita? Semua salah sangka perlu di uraikan. Bukan melarikan diri atau berdiam diri. Kita masing-masing dah besar, sampai bila nak musuh? Sampai bila nak saling menuduh? Masing-masing dah dewasa. Along tak pandai nak tegur korang, nanti takut berat sebelah katanya. Selesaikan masalah yang korang rasa kecil tapi sebenar telah buat Abah / Pak Long monyok sepanjang masa.

D_Y_H
Kadang-kadang kita rasa sukar untuk memaafkan tapi kita kena belajar memaafkan.

0 comments: