Let's tambah pahala and minus dosa

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai kawan-kawan, rasa lama tak update *padahal baru 2 hari sepi tanpa entri baru =P* Hari ini Dayah bangun agak lewat bersahur, tapikan

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

Baru sahaja sudah menonton video pendek, tentang 24 jam dosa percuma di facebook. Khilafnya diri saat melihat video tersebut. Syukur ada kawan-kawan yang baik hati berkongsi. Dayah nak letak di sini, link dia tak sempat nak copy. Nanti ada kelapangan Dayah copy yer. Kalau di fb Dayah ada sharekan. Jenguk-jenguk la ek.

Kisahnya tentang, gambar yang kita letak dan share untuk tatapan umum. Menarik bukan? Kita kena memastikan bahawa tidak akan timbul isu kelak di akhirat kita "membogelkan" diri. Faham? Berpakaian serupa tidak berbaju. Seluruh susuk tubuh dapat di kenal pasti saiznya. Salah siapa? Orang yang melihat? Bukan! Orang yang mengambil gambar? Bukan! Orang yang upload gambar la!

Jadi kawan-kawan kita kena sentiasa berhati-hati dalam "share" picture dalam dunia maya ini. Orang dengan senang copy & paste dan gunakan tanpa kebenaran kerana ia sudah "milik" public. Di mana sahaja orang melihat. Tanpa kita sedar, tiba-tiba ada peminat misteri. Padahal kenal pun tidak! Tanya diri mana silap, lebih utama letak kesalahan pada diri sendiri dahulu sebelum menunding jari ke arah yang lain. Kerana manusia tidak lepas berbuat kesilapan. Begitu jugalah Dayah ni. Sama-samalah kita menegur sesama kita ya.

Itulah kisahnya, makanya kawan-kawan checklah gambar di profile masing -masing. Jangan kita tambah dosa kita yang sedia maklum tak terkira. Baik kita tambah amal supaya pahala kita lebih berat. Dunia makin tua, penghujungnya bila-bila akan tiba. Waktu itu sudah tak ada lagi maaf buat kita. Jadi bersiap awal sebelum terlewat.

Akhir kata, dengarlah lagu ini yer. Sesuai untuk penanti cinta abadi. InsyaAllah.


D_Y_H
Jangan alpa nikmat dunia dan fitnah dunia yang kelak meroboh ikatan ummah

0 comments: