Jangan berkahwin dengan wanita yang punya 6 sifat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam petang Khamis kawan-kawan. Sekadar sedikit perkongsian yang Dayah baca. Buat kawan-kawan wanita yang belum berkahwin mahupun sudah, renung-renungkanlah. Adakah sifat kita sedemikian? Belum terlewat untuk berubah.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Toleh kiri toleh kanan. Adakah, kita tergolong seperti di atas? Jika iya perbaiki diri, supaya jadi lebih baik dari hari semalam. Terus panjatkan doa pada yang Maha Esa,



D_Y_H
Wanita itu cantik hanya jika disusuli dengan peribadi yang mulia. Cantik paras rupa tidak pernah akan kekal lama. Sebaliknya akan di makan usia. Cocoklah botoq berapa jarum pun kalau Allah tak izinkan maka buruk tetap buruk.

4 comments:

almutarjimah said...

Good info guys :) but it's a good reminder for ladies too.

Cik Cip Puding said...

Last time org ada dengar satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri tentang ciri-ciri wanita yang patut dicari untuk dibuat isteri.. Sangat bagus ustaz tu cerita. A very good guideline from our Nabi a.s yang jarang kite dengar. Selalu kite duk dengar hat 4 ciri utama keturunan, agama, paras rupa & Harta. (ke org tersalah?) Tak jumpe dah cd tu..

What am trying to say is that this article yang dayah post is very informative to share with everybody. Keep it up!

Dayah said...

Salam,

Almutarjimah,
Yap its good infor, as women we have to look back on our attitude and try to do our best to be a good muslimah, InsyAllah.

Azrul,
Ya ke? Menarik ni! InsyaAllah kalau Dayah jumpa mana-mana artikel menarik akan di kongsikan. Kalau Azrul jumpa nanti boleh la post dlm blog ek.

Anonymous said...

salam, masalahnya kaum lelaki pun sama saja. mereka pun nak senangso kawin wlaupun tak sesuai. dizaman moden ini kaum lelaki makin tidak malu dan ada maruah. kerana nak senang kawin aja bak kata org basuh kaki pun dia sanggup. bila lelaki buat sedemikian maknanya dia sanggup menerima apa condition situasi. dah tu ada sanggup walau diri tak mampu menanggung keuarga. kata haram suami memakan hasil isteri? dah ada yg sanggup kawin lain walau tak mampu tahan suruh bini keja cari duit tambahan sampai si bini ni ikat perut pun ada.
yg lelaki kawin bini bekerja dia tak bekerja pun ada jugak.. sudahnya ada nak dapat penghormatan, terpaksa lah pura pura alim.
lepas tu kalau bini dah keja separuh mati, di sibuk duduk macam lord buddha, demand itu ini diidang dan disuap kemulut. angkat jari pun tak de.
ada tu lupa nak bagi bini duit makan belanja tahu nak sedap. sampai tua nak mati selamba aja demand nak sedap sedap padahal sesen duit pun tak beri. bini yg bersabar pun naik hot... tapi nak kata apa sabar ajalah. cuma dlm hukum islam kata-isteri boleh minta cerai kerana pengabaian nafkah.....
any way dlm islam kata lain, tapi pengkhususan juga lain. things are not as easy as it seem.
banyak juga list yang perlu ditambah didlm mencri pasangan dizaman moden ini...jgn kawin lelaki yang pemalas, pengotor, tak tahu tanggungjawab membantu isteri dirumah, yg hanya tahu semua kerja org pppuan, dia sbg lelaki kena nganga mulut sj. dia sahaja ada suara bini tak boleh bantah walau dia salah, control freak, kedekut duit pada isteri dan keluarga isteri, pada ibu dan mertua.
yg mempunyai mentaliti kotrolfreak inilah kena dielakkan. dan yg anak manja tunggal yg dididik tak sah masuk dapur, tu suma keja org ppuan, yg nampak pemalas , cincai dan tak boleh terim pendirian org...stay away. dan macam macam lagiii...;