Jangan berkahwin dengan ciri-ciri lelaki begini (bacalah =P)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Jangan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang macam mana? Tiba-tiba Dayah dapat idea menulis tentang topik ini, setelah menerima komen dari Anon yang berbunyi begini:-
Anonymous said...

salam, masalahnya kaum lelaki pun sama saja. mereka pun nak senang so kawin wlaupun tak sesuai. dizaman moden ini kaum lelaki makin tidak malu dan ada maruah. kerana nak senang kawin aja bak kata org basuh kaki pun dia sanggup. bila lelaki buat sedemikian maknanya dia sanggup menerima apa condition situasi. dah tu ada sanggup walau diri tak mampu menanggung keluarga. kata haram suami memakan hasil isteri? dah ada yg sanggup kawin lain walau tak mampu tahan suruh bini keja cari duit tambahan sampai si bini ni ikat perut pun ada. yg lelaki kawin bini bekerja dia tak bekerja pun ada jugak.. sudahnya ada nak dapat penghormatan, terpaksa lah pura pura alim. lepas tu kalau bini dah keja separuh mati, di sibuk duduk macam lord buddha, demand itu ini diidang dan disuap kemulut. angkat jari pun tak de.ada tu lupa nak bagi bini duit makan belanja tahu nak sedap. sampai tua nak mati selamba aja demand nak sedap sedap padahal sesen duit pun tak beri. bini yg bersabar pun naik hot... tapi nak kata apa sabar ajalah. cuma dlm hukum islam kata-isteri boleh minta cerai kerana pengabaian nafkah..... any way dlm islam kata lain, tapi pengkhususan juga lain. things are not as easy as it seem. banyak juga list yang perlu ditambah didlm mencri pasangan dizaman moden ini...jgn kawin lelaki yang pemalas, pengotor, tak tahu tanggungjawab membantu isteri dirumah, yg hanya tahu semua kerja org pppuan, dia sbg lelaki kena nganga mulut sj. dia sahaja ada suara bini tak boleh bantah walau dia salah, control freak, kedekut duit pada isteri dan keluarga isteri, pada ibu dan mertua. yg mempunyai mentaliti kotrolfreak inilah kena dielakkan. dan yg anak manja tunggal yg dididik tak sah masuk dapur, tu suma keja org ppuan, yg nampak pemalas , cincai dan tak boleh terim pendirian org...stay away. dan macam macam lagiii...;

August 28, 2010 5:01 PM

Apa pandangan kalian? Dunia makin moden, wanita pun perlu memilih? Pada Dayah perlu *haihh ada la yang kata demanding!.. hahaha..* sebab macam mana esok-esok terbalik jadinya. Macam komen di atas. Suami jadi Isteri, Isteri jadi Suami? Adoh, susah ohh.

Dayah copy & paste dari web ini http://istiqom4h.wordpress.com. Kriteria Memilih Suami yang Baik mengikiut Islam:-
  • Memilih calon suami yang mempunyai agama dan akhlak, agar ia dapat melaksanakan kewajiban secara sempurna dalam membimbing keluarga, menunaikan hak isteri, pendidikan anak, tanggungjawab yang benar dalam menjaga kehormatan dan menjamin kewangan rumah tangga.
  • Memilih calon suami yang bukan dari golongan orang fasik tukang pembuat dosa yang dapat memutuskan tali persaudaraan
  • Berniat sungguh-sungguh akan menikah bila bertemu wanita yang sepadan setelah melihatnya sewaktu meminang
  • Mempercepatkan akad nikah dan tidak menggantungkannya untuk jangka waktu yang lama sehingga ada kemungkinan menyurutkan keinginan menikah dan membatalkan pinangan
  • Tidak berkhalwat ( pergi berduaan ) dengan wanita yang dipinang
  • Hanya berkunjung dan masuk ke rumah wanita yang akan dipinang bila di sertai mahramnya
  • Tidak melakukan pembicaraan batil dan sia-sia saat berkunjung
  • Tidak menyeringkan datang ke rumah wanita yang dipinang
  • Tidak mencuri pandangan yang dapat membuka pintu-pintu syahwat
  • Tidak mengambil pinangan orang lain
  • Sehat jasmani dan rohani
  • Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berbicara
  • Tawadhu (rendah diri)
  • Bergaul dengan orang-orang shalih
  • Menghormati orang tua wanita yang dipinang
  • Rajin bekerja dan berusaha
  • Optimis
  • Mengucapkan salam ketika berkunjung dan pulang
  • Tidak mengobral janji dan berandai-andai
Dan Dayah cukup tertarik dengan tafsir ini:-

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Untuk masa kini, dengan perubahan yang sangat cepat. Kita sebagai wanita juga kena, ubah mind set. Tak boleh, terus-terus kata "IYA" for me you are not married for tomorrow but until end of your life in this world. Jangan pula ada yang kata saya tak galakkan berkahwin, bukan begitu, carilah yang sekufu dan boleh membimbing dunia dan akhirat. Banyak dah, kes cerai! Banyak dah kes nafkah tak di beri! Banyak dah kes bini kena bunuh! Kerana tekanan hidup kini ramai yang tidak sedar, mereka mempunyai masalah mental. Sihat fizikal belum tentu mentalnya sihat ya. So kawan-kawan jaga mental kita supaya sihat selalu, amalkan pemakanan yang sihat juga serta gaya hidup yang sihat.

D_Y_H
Akal yang sihat bermula dengan cara hidup yang sihat.

5 comments:

mokjadeandell said...

Dayah,
My one cent thought...
Syurga manalah nak dicari lelaki yang ideal zaman ni.
Antara ciri yang afdal: lelaki yang pandai jaga maruah diri seorang lelaki...itu lelaki sejati..layak dibuat suami.

Dayah said...

Salam Mokjadeandell *awat nama panjang sgt.. hehehe*

Susah mmg susah. Tapi mana taw ada. hahaha.. Agree with you. La ni ramai tak reti dah nak jaga maruah diri, baik wanita baik lelaki..

Perbaiki diri selagi Allah beri ruang ^__^

noraliza said...

dayah prasan x yg lately hari2 kuar kat paper psl keganasan suami thadap isteri. kene blasah sparuh mati, sepak terajang,simbah asid, layan cm hamba etc etc..pendek kata harga diri n nyawa isteri cm takde harga kat mata diorang.apa la dosa si isteri smpai d seksa cm patung tak bernyawa.. kekadang tu tertny gak, nape la lelaki skrg byk sgt yg berattitude panas baran cmtu?? ~sgt menakutkan~

Dayah said...

Salam Nora,

Perasan. Sebab tu juga Dayah menulis tentang ciri-ciri lelaki buat suami ni.

Tak taw nak kata apa. Mungkin tekanan hidup mendesak mereka berperilaku sedemikian. Bagi kita yang masih bujang, sudah tentulah ia menakutkan. Susah nak cari lelaki yang ada ciri-ciri sempurna, tapi insyaAllah, Allah sudah tentukan dengan lelaki macam mana kita akan ketemu.. hehehe..

Anonymous said...

Bila sudah bertemu lelaki yg baik ....jagalah perangai. Jangan pula ikut mcm dlm movie atau org lain yg dah ikut movie. Sedar setakat mana kedudukan isteri dan tggjwbnya. Jgn ada rasa ingin berkuasa atau mendapat hak sama rata kerana matlamat adalah syurga dari kebaktian pada suami dan disitu pengorbanan dan keredhaan pada apa yg ditentukan Allah.. InsyaAllah. Suami yg buruk boleh jadi baik dgn isteri begini.