Berita Harian Online | Umpan kereta mewah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tertumpas akhirnya! Siapa yang tertipu? Siapa yang merana? Siapa yang untung? Berhati-hati dalam membuat pelaburan. Berapa ramai anak muda yang tertipu dek kerana mahu duit pantas.

Berita Harian Online | Umpan kereta mewah

Kawan-kawan sekalian, kadang-kadang kita memang cepat gelap mata apatah lagi apabila di hujani dengan wang ringgit dan melihat senangnya mereka memandu kereta mewah dengan bangganya. Kata orang, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI! Tak salah untuk mencari duit lebih tapi hati-hati. Kerana duit orang gelap mata. Sebelum benar-benar terjun dalam bidang perniagaan, adakah kalian benar-benar faham produk apa / service apa yang di tawarkan. Siapakah pengguna produk / service mereka? Macam mana produk itu di pasarkan.

Satu lagi perlu di ingat bahawa, rules of thumb HIGH RISK HIGH RETURN! Jadi itulah risiko yang telah mereka dapat. Senang cuma seketika dan merana yang berpanjangan. Teringat Dayah pada seorang kawan yang bercerita tentang berapa banyak duitnya telah habis kerana mahu invest duit. Haiyoooo... banyak ohh. Gaji sebulan dan setahun belum tentu dapat melunaskan hutang. Apatah lagi kita yang muda dan banyak perkara yang ingin kita grab!

Berfikir dahulu!!! Sebelum berbuat sesuatu keputusan elok-eloklah teliti. Kerana yang untung @ rugi esok-esok kita! Bukan orang yang mengajak. Walau hatta yang mengajak kawan baik sendiri. Orang selalu gelap mata dengan duit! Orang boleh bergaduh kerana duit! Duit sekarang RAJA kerana orang agungkannya! Nak masuk toilet la ni pun DUIT! Apa taknya, walau rumah sendiri, hang lupa air bulan-bulan hang kena bayar juga kan?? So lu fikir la sendiri!


D_Y_H
Kadang-kadang terlalu berfikir terlepas pula peluang! Macam mana tu? So plan!

0 comments: