Siapa dekat sini minat Nasyid? Sila angkat tangan kanan

Assalmmualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sempena di dendangkan dengan lagu-lagu nasyid dan zikir-zikir yang menenangkan hati. Terus Dayah rindu saat dulu-dulu. Dulu Dayah memang hari-hari IKIM.fm. Sejak mula bekerja tidak lagi. Kalau dulu, setiap masa. Especially night mesti radio terpasang IKIM.fm sokmo. Ia bermula dari tingkatan 3 kot. Mula bergiat aktif dalam nasyid sekolah. Sebelum itu cuma meminati artis-artis tertentu. Dulu mana kenal Sami Yusuf, Maher Zain, Yusuf Islam, Tompi (ehh betul ke? nasyid ek.. bukan jazz ke Dayah? ekekekeke =P belasah la .. hahaha) dulu kenal Raihan, Rabbani, In-team, Unic, Mastika, Brother dan dan dan... beberapa lagilah..

Siap suka tengok ustaz yang muka tenang (sebenarnya hensem.. hahahahaha .. ishh ishh jangan ikut yer adik-adik.. nakal akak ni! =P) kalau boleh hari-hari nak tengok. Tengok je la. Tak de la tangkap leleh bagai. Lagi suka suara sedap + muka tenang. Memang duduk terpaku study sambil bernasyid. Sumbat earphone!

Orang panggil buat dek! hahahaha.. maaflah kawan-kawan dan Dayah juga akan pastikan setiap kali keluar album baru, kaset original pasti jadi milik Dayah yer! hahahaha.. betul.. dulukan.. tak popular lagi CD.. lagipun CD mahal zaman tu. Kaset la murah sikit less than RM20.. student kan! Mana nak mampu beli mahal-mahal. Sekarang.. CD lagi murah... RM2 beli cetak rompak.. hahahahaha (opssss tak .. tak.. tak) beli oberseanya je cetak rompak.. hahaha mengaku tu! Ada artis ke baca entri ni?? hahahaha perasan ek ko ni Dayah! Artis mana la nak baca. hahahahaha..

Korang beli original ke cetak rompak?

Ok kita stop pasal pirated or original ek, sendiri jawablah yer. Berbalik pada nasyid tadi. Memang selamanya irama nasyid ini Indah di pundak telinga. Sekarang Dayah cukup gemar dengan Nasyid Universal dari artis luar negara antara Maher Zain & Sami Yusuf. Musik mereka sangat sedap. Maher contohnya, semua lagu dia Dayah dengar suka! Tak ada satu pun tak suka. Tak percaya google carilah. Dengar di Youtube pun boleh.

Dan, korang tahu tak dulu-dulu Dayah juga bergiat aktif dalam nasyid sekolah.. ehh bukan dah bagi taw ke tadi ... hahaha =P setiap petang sebaik loceng sekolah berbunyi. Dayah akan sibuk dengan nasyid. Latihan selalunya jam 3ptg. Sebelum itu, adalah aktiviti ko-kurikulum yang lain. Persatuan itu ini. Selaku budak biru, wajib masuk bilik gerakan siapkan report dahulu then submit pada cikgu displin oooo.. lepas tu mulalah aktiviti2 melalak... kekekeke..

hahahaha.. buruknya! kekekekeke.. malu I you =P *masa ni x reti pakai tudung pesyen-pesyen lagi.. pada Dayah - nak buat apa pakai tudung pesyen2 ni.. janji labuh tudung bawah dada.. itu wajib! - serius selekeh gler dulu! tak ada rasa malu langsung.. rock la konon.. kekekeke* ohh ada juga cerita mulanya Dayah mula bertudung. Dayah bukannya dari kecil bertudung. Alhamdulillah, kerana rasa malu dengan adik! Dayah mula berjinak-jinak pakai tudung. Tapi perangai tetap HANTU yer.. hahahahahaha...

Hohoho... tahu tak korang, ini ketika Dayah form 5. Kami JOHAN! Yep Johan! Bila sampai peringat negeri, NAIB JOHAN! Hohoho terror la tu, lawan dengan budak nasyid yang dah pro, dari sekolah Maahad ... sekolah agama tinggi.. sekolah berasrama penuh.. kami sekolah biasa sahaja. Dan kami je wakil wanita! Ambik ko! (oh, masa tu mata tak pandai lagi nak usha-usha ustaz-ustaz berwajah tenang.. hahaha) Memang nak menang tu tipis. Jadi kami cuma bernyanyi bersungguh-sungguh, yang penting kami tak kecewakan jurulatih kami dan cikgu kami kan kan kan. Alhamdulillah. CUKUPlah sampai tahap sekolah sahaja. Makin dewasa, Dayah mula sedar itu salah! Jadi simpan sahaja buat dendangan diri.. huhuhuhu.

D_Y_H
Tahu start bila Dayah start galak.. hahahaha.. kena guna terms ini! hahaha.. ohh malunya! tak apa tak apa. Orang kata imbas kembali.. start Matrikulasi yer kawan-kawan.. ohhh rasa nak menyorok bawah meja! =P

0 comments: