Senggugut oh sakit tak?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Senggugut tu apa? Heeee.. pasti semua orang tahu apa dia kan. Tidak perlu Dayah bercerita panjang lebar apa benda maksudnya. Kaum Adam jangan buat-buat tak kesah or "lantak ko situ". Kalau ada adik, bini, kakak hatta anak kena ambil tahu.

Tak tahu ke? Ayok! Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang di alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit (Sumber Kotex Malaysia)

Puncanya apa, Dayah?
  • Pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus (sebab tu sakit!! Dah rasa tahulah macam mana sakitnya.. guling-guling pun ada.. tongeng-tongeng pun ada.. opsss... sungguh ni.. ada yang sebegini)
  • Ketidakseimbangan Bahan Kimia (juga di kenali sebagai Dismenorea Primer)
  • Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
  1. Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  2. Jangkitan
  3. Radang Rongga Pelvis
  4. Endometriosis (keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid)
  5. Penyakit usus seperti apendisitis
  6. Kehamilan ektopia (hamil luar rahim) atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Lepas tu apa akan jadi, Dayah?
  • Kekejangan. Bahagian bawah perut, mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.(perghh memang best saat ini! rasa nak lempang orang pun ada.. cubalah dekat sure kena pelempang sedas.. hahahaha)
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut (macam orang mabuk! Pernah tengok?? tak pernah cuba bayangkan! Tak pun macam selalu dekat TV tu..tak pernah ek! yer la tu.. tipulah..)
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan (if me.. lenguh kaki la kot! Kadang-kadang nak hayun kaki pun malas. Lenguh dia ya Ampun! mau teriak kadang-kadang, rimas...rimas.. ohh)
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam
Apa nak nak buat, Dayah?
  • Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Sejam untuk bersenam.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran.
  • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri. Jika pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kenapa tiba-tiba, Dayah bercerita tentang Sengugut ini. Panjang lebar dan tentunya dah fahamkan dan tahu apa yang perlu di buatkan. Kenapa? Sebab ada seorang sahabat Dayah yang bertanya. Mari kita baca mesej beliau:-
Dear Dayah,

x sure la awak still ingat saya x. before this saya memang penah greet awak kat blog awak la. (Igt! hehehe ^_^)

ok, saja nk tny based on your experience. dlu masa u blom operate, u senggugut teruk x? after operate dah berkurangan ke? (x pernah! mild je.. tu pun after operation)

saya baru 3 bulan tau. first appointment dgn doktor, my ovarian cyst 3cm. then second appointment doktor kata 1cm dh. But i still continue mkn mercilon (pil hormon). But kali ni, tiba2 kena senggugut teruk. risau pulak i. so, this saturday i decide nk jumpa my specialist tu. risau takut appendiks ke apa pulak since i sakit sebelah kanan. (alhamdulillah, keep continue jaga makan)

any idea x?
Satu lagi soalan! hehehe
Dayah,
lg satu, takpe ke scan perut masa period?
time senggugut gni?
x effect result apa2 ke? (boleh..boleh.. Dayah pernah.. bolehlah tengok kantung Darah.. hahaha.. yer boleh nampak.. mula igt cyst.. rupanya doktor kata itu kantung Darah.. ohhhh)
Ovarian cyst! Yer Dayah pernah ada beberapa bulan yang lalu dah remove. InsyaAllah tak ada lagi. Now checking with doc pun dah kurang. Alhamdulillah. Frankly speak, I had this (senggugut) after operation. Sebelum ini tidak pernah mengalaminya. Sudah Dayah bertanya pada Doktor. Katanya, normal. Dayah cuma mild. Tak sampai rasa nak lempar diri sendiri ke.. hahahaha.. ada ke yang macam ini? Ada ke? Jangan..jangan.. Ingat Allah!

Mungkin sebab ubat hormon tu kot! Dayah tak pakar, makanya tidak tahu kenapa. Eloklah refer pada doktor. Kalau dah sampai terlampau tu lebih baik dapatkan nasihat pakar. Dayah kalau setakat senggugut sikit-sikit, bolehlah habaq suruh tarik nafas dan baring bagi mengurangkan rasa sakit. Ada kawan-kawan, yang ambil ubat Hormon yang kena macam ini juga? Apa korang buat? Adakah ia berterusan lama? Kenapa ek? Dayah pun nak tahu! Kongsilah

D_Y_H
Sakit jangan tunggu2.. tahan2.. kata saya kuat.. saya kuat.. nanti dah parah.. tak nya saya kuat.. masa tu saya lemah.. saya lemah.. jadi sila dapatkan nasihat pakar dan jangan lupa beli insurans hahahaha apa kaitan =P (senang oh, investment tu!!! Jadi bijak!!)

Psst: Info Dayah ambil dari KOTEK MALAYSIA (http://www.kotex.com.my/)

Oh ada lagi pesanan penaja: INGAT SENANG JADI WANITA!! Kepada yang teringin sangat nak jadi WANITA, bukan senang ohhh.. lupakan hasrat jadi wanita! eleh kita orang tak rasa benda ni! Memanglah sebab ko memang bukan WANITA!! Faham?! Tak faham sendiri mau ingat! Bukan anti, tapikan sedar tak terlalu ramai dah wanita dan mana perginya lelaki? Pulanglah menjadi lelaki sejati, korang bukan tak macho tak handsome.. Allah jadikan sesuatu bersebab jangan merungut! Korang KHALIFAH TERPILIH!!! Ingat tu KHALIFAH TERPILIH!

8 comments:

noorma said...

salam....hmmm...saja nak sharing ngan dayah n kawan dayah tu..hmm..setakat ni..alhamdulillah..kma tak rasa kuat sngt sengugut tu..even masa amik pil hormon tu pun..tak lah teruk sngt..tp..sblm dikesan kma ada ovarian cyst..memang sengugut tu teruk...sampai sehari dua hari gak la mencucuk2 sakit..tp kini dah ok...org kata..petanda awal kalau sengugut tu...ada ovarian cyst..n memang terbukti..bila cek2...ada...

so..buat kawan dayah tu...better check lah ngan doc...kot2 ada kesan dr pengambilan pil hormon tu..tp based on my experience...selama i amik pil hormon tu...senggugut i ok..maksudnya..tak steruk sblm amik pil..

k yea dayah... =) salam

Dayah said...

Salam Kma,

Dayah tak pernah ambil ubat hormon kak. Makanya tak tahu. hehehehe..

Berjumpa dengan doktor adalah jalan terbaik.

mama apih said...

salam Dayah...

Akak masa muda mudi dulu mmg teruk period pain ni...sangat teruk, tapi bila dah kawin n ada anak, dah kurang dah...kdg2 sengal2 biasa ja...err, membantu ke tak statement akak ni...hehe

take care, Dayah

Dayah said...

Salam Kak Ayu,

Hahaha.. x taw nak kata membantu ke tak.. jawapannya kena kawin dan ada anak la kak kan .. baru x teruk.. hehehehe..

Ada yang tiba2 kena buat iklan dah akhbar "diperlukan seorang suami" muahaahahaahahaha... ohh ada ka yang sanggup! kekekeekke.. opss gurau!

Mrs.Sheikh said...

salam..

1st time jejak sini .good info dayah. sy pun pernah kena ovarian cyst. 2 thn leps dah buang. doktor kata kebarangkalian akan berulang. skrg ni lepas makan pil still mendatang sakitnya. tp 6 bulan kebelakangan ni sakit teruk balik. but takut nak pi check. takut ada balik :(
but i think kene pi juga kann.
doktor ada kata. ubatnya hanya kawin!! :P betul mama apih tu..

Dayah said...

Salam Mrs. Sheikh,

hahahaha.. kawin kah?? kahkahkah.. susah oohhh..

so ladies.. kenalah hangpa kawin nak selesaikan masalah senggugut ni! Haru ohh! hahahaha..

hehehe.. yah Dayah pun samalah.. dah buang tapi possibility untuk wujud kembali pasti ada. Scary merry.. ohhh.. sila jaga pemakanan yer.. penyakit sekarang semua berkait rapat dengan makanan.. baiklahhhhh saya juga kena jaga makan.. huhuhu...

armouris said...

info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Soal-jawab Senggugut

syiekin azam said...

salam,

saya pun memang ada senggugut yang teruk..siap dah ada endometriosis..lps bersalin cyst tumbuh balek dan senggugut pon tak pernah hilang sejak 1st period mase budak2 dulu..orang kata lps kawen dan bersalin senggugut akan hilang, tapi tak pon..before proceed dgn option operation buang cyst, amik pil hormon ataupun pregnant lg skali(sbb mase tue masih breastfeed anak, jd tak plan amik pil hormon dan pregnant), saya cube pakai PB korset..alhamdulillah sejak pakai PB, tak pernah kene senggugut, dan cyst pon mengecut..sudi jengok my entry utk kisah endometriosis saya..dari kisah sebelom pakai PB, hinggalah sekarang..:)

http://mamafaizzhafran.blogspot.com/2012/02/endometriosis-update.html