Keterbatasan waktu dan & dan & jalan2.. dan makan-makan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ketidaan masa ketika ini. Nak blog walking apatah lagi, memilih certain blog yang infonya berkait rapat dengan isu terkini. InsyaAllah ada masa Dayah walking2 di alam maya yer. Kadang-kadang baca, nak leave komen pun tak sompat. Curik-curik masa ketika dah pening lalat, wahahahaha. Ade ek istilah macam itu. Huhuhu. La ni, tidoq pun tak lena. Asyik2 ingat kerja. Eh, yang tu tak siap.. ehh yang ni pun tak sudah lagi. Aikk bila masa aq nak siap ni! hahahahaha..

Trips work tempoh hari memenatkan tapi had fun. Every night pun makan kat tempat mahal, hahahaha. Ohh saya tak ada pilihan... bila mana kena ikut majoriti.. saya teringin makan di tepi jalanan.. mungkin lebih nikmatkan kan. kan.. its ok.. next time kita sampai lagi.. janji nak makan di jalan-jalan.. siapa tahu mungkin lebih sedap & duit lebih boleh shoppingkan.. kan .. kan..

Ini antara menu yang mencuit hati

Ini antara minuman yg dah lama (bertahun tak sentuh) errkk DURIAN itu!

Minuman ini sungguh sedap!

Ini pilihan ahnor.. katanya bolehlahhh.. pedas la kot

Ini pilihan Dayah .. tapi.. tapi.. maafkan saya nasi & lauk.. di sebabkan anda tak sedap x dapat Dayah menghabiskan.. suku sahaja saya ambil.. maaf yer.

Ini pula ahJohn pilih.. nasi yang famous di Sabah.. tapi mungkin lauknya berbeda...

Satay Ayam campur.. best lagi Satay Samuri.. sungguh tak bohong

Meh Dayah share sikit antara picture2 yang di ambil pada hari Jumaat lalu. Di mana kami laju2 ke Plaza Indonesia. Kononnya nak ke Tanah Abang, tapi dah tutup. Apa tak nya kerja sampai dak gelap. Pukul 8-9 malam baru kami gerak balik ke hotel lepas tu setakat letak barang then keluar cari makan malam. Kemudian balik semula ke hotel sudah jam 11mlm or 12 mlm. Ambik ko makan ke melantak.. kekekekeke. Kami gunakan masa yang ada sepenuhnya. Siang kerja malam makan + jalan2 di sekitar + sambung kerja kembali.. ehh bila ko tido dayah?? hahaha memang tak cukup tido!

Haaa.. ambik ko.. ketat sungguh nak masuk shopping2 kompleks yang mana ada orang kaya berkunjung haruslah melalui security check! Kalau kompleks orang kebanyakan .. masuk ajelah.. tak yah nak lalu2 nak kena scan beg bagai.. 2 kali ke pusat membeli mewah di sana iaitu Plaza Indonesia & Plaza Senayan, kedua2 mempunyai polisi yang sama. Dan yang penting setiap kereta yang masuk juga ada di periksa. Baik tayarnya mahupun bonet keretanya...

Yes I'm not! Ado yang minatkah? Bolehlah berkunjung ke sini ya. Tapikan kelmarin dulu jalan-jalan di Danga Bay.. ada fake .. cantikk oo. sebab pink.. hahahahaha.. dah bocor rahsia kekeke.. yep I'm fans of pink.. malu!

Eiffel Tower ... kalau notice "eiffel in love" ni tak ubah macam tiang TNB .. kekekeke mulut ko Dayah! hahaha.. opss maap.. ohh namanya eiffel in love kerana orang kata itu lambang cinta.. so Dayah gelarlah eiffel in love.. hehehehe

Ohh.. ini bulatan di tengah bandar Jakarta.. namanya "Tugu Selamat Datang" kata bapaknya Budi.. tempat inilah selalu di adakan tunjuk perasaan. Malam harinya penuh dengan anak muda menyanyi-nyanyi menunjuk bakat. Mungkin tersinggkir dari pertandingan nyanyian agaknya, melepas gian menyanyi di khalayak sebegini.. kekekekeeke =P

Ohh nampakkah? Dayah mula terkejut, kenapa ramai sangat kelompok Umat Islam menaiki motorsikal & berkenderaan dengan penuh muatan sambil membawa bendera. Macam ada sesuatu yang berlaku. Cuak pun ada, kerana tiba-tiba mereka ini muncul di tempat yang pada Dayah agak riuh dengan orang yang melepak2 makan-makan, minum-minum, membeli-belah & sebagainya- lebih kepada liburan malam minggu.

See sempoinya mereka.. berpelekat.. mengibar bendera persatuan mereka gamaknya.. Helmet tak pakai .. owhh brother menempuh bahaya tu!

Ohh.. mesti makcik tu ingat Dayah ni wartawan agaknya. Sengeh sampai ke telinga... kekekeke.. untung dapat masuk blog Dayah kan .. kan.. muehehehehe... See penuh selori tu bawa orang. Kata orang di tepi jalan. Hari tersebut adalah hari para ulamak di Indonesia berkumpul dan berdakwah di Jakarta.. ohhhh begini kaedahnya dan katanya lagi mereka sedang bersiar-siar... owhhhhh... bagitu... kita tak ada la pulak macam ni kan?? Ehh ke ... ko Dayah yang tak tahu.. hahahaha.. nampak sangat tak campur orang .. hahahaha

Pastukan korang.. sepanjang dekat sini. Hari-hari di jamu kueh2 tempatan sampai naik penat mengunyah.. penghabisnya kami tak sentuh pun. Masing-masing sibuk kerja, di sogok pula dengan kueh2 yang bisa melalaikan. Maka kami biarkan sampai terlupa untuk makan.

Perasan tak dayah bulatkan apa? Itu namanya cili api. Tu dia... setiap kali ada hidangan popia ke samosa ke.. lupa la pulak dia orang panggil apa.. mesti ada CILI API... pelikkan? Kita tak la pula hidang popia goreng or samosa goreng dengan cili api kan.. nak pepak macam tu je ke.. gler! Mau tegok aiyaq sebotol laju2.. hahahaha

Dan ini lagi... sebenar banyak.. sepanjang 6 hari kami di jamu 2 kali sehari.. setiap kali dihidang 3 jenis.. haaaaaaa... rasakan.. banyak kan tu... tea break jam 10pg mcm tu.. lepas tu jam 4 macam tu hantar lagi... sampaikan kita orang ni.. bila akak tu masuk je pandang sesama sendiri.. bila dia letak je sebelah terus cakap "TERIMA KASIH" bila dia keluar je laju2 masing2... "I TAK MAMPU NAK MAKAN DAH!" hahahaha.. gler sopan...

D_Y_H
Bulan ini terlalu hetic.. sekarang ni.. Dayah kat JB.. tak habis penat trip work Jakarta now @ selatan semenanjung.. berjuang lagi.. hujung bulan mungkin ke Melaka pula... huhuhuhu..

2 comments:

zack said...

salam,

amboi along dapat jalan ... penuh ya memory card dengan gambar saja.. haha.. teruja jugak tengk gmbar dekat Jakarta... macam best.. nanti kite pegi dua orang yea ,,... !!!

truely,
zulhelmy.....

Dayah said...

Salam oyot.. hahahaha.. mmg best.. everyday pun clean memory card.. kekekeke..x pernah penuh taw!