Kerja memang banyak tapi Abah saya cuma seorang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini saya EL! Aten dengan gaya kecohnya, ketuk pintu bilik dengan gaya perompak mengarah mangsa keluar dari tempat persembunyian.

Aten: Along buka pintu ni!!! Cepat bawa Abah pergi hospital!
Jantung terus berdegup lebih pantas dari biasa.
Dayah:
Aq kerjalah beb! Ko bawalah Abah pergi hospital
Aten: Aq tak boleh *tangan terus mengetuk pintu macam nak roboh.. ish budak ni!*


Saya taw walau saya kata tak, saya memang akan bawa juga Abah pergi hospital. Sarung jubah laju-laju. Baru sejam tidur. Balik dari office sampai rumah jam 4am macam tu la. Lambat gila. Sempat siapakan beberapa benda penting, alhamdulillah dengan bantuan Angah & Sri. THANK YOU FOR BOTH YOU!!!! Nanti along belanja ya.

Dengan laju Dayah call my Director, kata tak dapat masuk office.. bla..bla..bla.. EL terus. Turun bilik Abah, dia dah terbaring dengan muka pucat. Cuak beb! Ajak pergi hospital. Ya Allah degilnya bapak aq ni! Bapak siapakan, kekekekeke. Sampai Dayah give up nak pujuk.

Abah: Tutup lampu tu! Aq nak rehat! Tak payah pergi hospital! Kejap lagi nak pergi jumpa... ... kerja banyak.. korang apa taw! *dengan muka sungguh bengis*
Dayah: Jomlah, kejap je tak apa nanti Along bawa Abah pergi jumpa siapa pun Abah nak jumpa. Jomlah.. jomlah..
Abah: Keluar! Tutup lampu tu!


Perghhh... orang nak bawa dia pergi hospital dia marah kita pulak! Siap nak kerja pulak tu, haishh yang Mama dah bising. Bawalah Abah tu pergi hospital tadi dia dah tak nampak jalan dah. GULP!

Geram betul! Duduk bersila dekat bilik TV bising2 dekat Aten, "ko pergilah pujuk Abah tu! Degil" Give up! Abah tu kalau dia kata putih.. putihla. Puas bebel-bebel celah telinga dia pun bukan dia nak dengar. Kerja dia, duit dia yang dia pentingkan. Hahahahaha.. bapak siapalah.. LIKE FATHER LIKE DAUGHTER YOU! hahahaha

Elok katanya nak rehat tup tup tup dia bersiap nak pergi jumpa client dia mana ntah. HA!!! Abah tak payahlah kita g hospital dulu. Muka dah pale. Macam paksa budak kecik! Di masuk office dulu la. Dayah nak je tarik masuk kereta, tapi fikir karang dia tempeleng mampus. hahahaha.. Suruh Angah start kereta tunggu. Dayah ni pujuk lagi. Dia sibuk pula nak jumpa staff dia bagai. Hayoooo.. Abah la Abah.. Dayah tarik beg kerja dia colek, masuk dalam kereta.

"Mana beg kerja aq!" matilah! hahahaha.. terus jawap "orang dah masukkan dalam kereta" .. "yang ko pandai-pandai letak dalam kereta siapa suruh!" ... "Yerlah kejap orang ambilkan" bengis gila muka. Ish cuak Dayah di buatnya. " Sebelum tu "jomlah Abah"

Jomlah .... jomlah.. dia seret kita orang pergi Kilang besi dulu. Lepas tu lawat site .. lepas tu site lagi. Lepas tu dia kita orang cakap kita pergi kejap hospital ya. Diam! Maknanya OK. Fuh! Elok client dia ok. Nak meet dekat KPJ Kajang. Fuhh.. senang.

Register check up.. semua jumpa doctor.. sibuklah doctor tu tanya itu ini. Suruh refer pakar. Abah tak nak. Then Dayah geram cakap "Along bayar, Abah ikut je!" Bapak siapalah ni! hahahaha. Kena buat cek up Jantung dulu, dia dignos jantung. Lepas tu terus jumpa pakar.

Sini jugaklah Dayah buat cek up.. hehehe.. tapi pakar yang berbezalah..

Doktor kata HYPO *betul ke eja ni.. hahaha hentamlah labu* kalau biar lama boleh serang otak. GULP! Bahaya Abah ni. Ikut suka dia je. Sudahlah overdose. Macam dia doktor pula kalau bab ubat. Makan ikut suka. Puas Dayah berleter... hahaha mcm nenek tuakan. Gula dalam darah 18.1 ambik ko... tinggi nak mampus! ish ish ish ish geleng kepala.

Doktor nasihat itu ini itu ini. Suruh jaga makan, kalau cucuk isulin tu jangan over. Hahaha.. ohh Abah siapahlah yang over ni.. kena 14 dia 20.. haishhh ikut suka dia je Dr. Othman ni.. hahahahaha.. Lepas jumpa specialist tu kebetulan Abah ada appointment dengan management KPJ, so temanlah joint sekali meeting dia orang *hahaha.. tak ada kaitan langsung* sempat jugak menyampuk *huhuhu.. sibuklah ko ni Dayah* Kali ni job Abah high profile although kalau nak compare income memang sangat ciput. Tapi Abah memang confident selalu. That my IDOL!

Sampai petang baru balik rumah. Huhuhu.. kerja banyak ooohhh! Pening. Tapi mana lebih penting, rela Dayah tinggalkan ofis demi seorang Abah! Yes, everybody pun akan jadi seperti saya.

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN, JAGA KESIHATAN SEBELUM SAKIT. PREVENTION IS BETTER THAN CURE

D_Y_H
Best la pulak cite "bread.." ntah apa pulak tajuknya ni..

2 comments:

NONIE ABDUL AZIZ said...

baguslah Dayah ni..anak yg bertanggungjawab!!

Dayah said...

Salam Kak Nonie,

Dayah yakin semua anak-anak akan berbuat seperti Dayah heeee ^___^ cuma sedikit bantuan di hulur kak. Berbanding pengorbanan Abah Mama yang tak tahu boleh balas ke tidak ^_^