Sakit itu penghapus dosa

Assalammualikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Abdominal cramp! This is what I feel now. Rasanya Dayah dah ngomelkan sebelum-belum pun juga. But today more worse. Kaki dah rasa longlai. Tahan je la kan.

Rasa nak balik waktu ini pun ada. Mujur semua urgent work dah siap. Preparing work for outstation sahaja. Itupun dah almost done, Alhamdulillah.

Sometimes, I wonder why its happen? Never feel this before (berlaku selepas operation dan fungsinya tinggal satu), but when I refer to doctor she said menstrual tension. Oh la badan, tension sangatkah?? Tak boleh menjawab lah pulak adus. Jari jemari dah mula kesejukan, sedang mengurut jari-jari tangan. Nak menaip pun sedikit payah. Nak email client sat lagi, rasa otak tak boleh function.. hahahaha.. melampau benar la Dayah ni! hahahaha... betulah. Terpaksalah menahan dan menelan rasa in selama beberapa hari sebelum dia nyah beberap minggu kemudian muncul kembali dan rutin yang sama perlu Dayah hadapinya. Ada sesiap yang selalu menghadapi? Apa yang korang buat yer? Nak hilangkan terus mustahil la kan. At least releasekan sikit kekejangan.

Symptom ini, jikalau mengikut pembacaan adalah di sebabkan, "uterine contractions (when your uterus tightens and relaxes allowing blood to leave your uterus). The lining of your uterus releases special chemicals called "prostaglandins." These substances can increase the intensity of the contractions, especially if the levels rise. High levels of prostaglandins may also cause nausea and lightheadedness" Petikan http://www.youngwomenshealth.org/menstrual8.html

Ada beberapa perkara yang akan berlaku sama ada "mild" to "moderate":-
  • Nausea (feeling like you want to throw up)
  • Vomiting (throwing up)
  • Loose bowel movements/diarrhea
  • Constipation
  • Bloating in your belly area
  • Headaches
  • Lightheadedness (feeling faint)
Ada seorang kawan Dayah masa sekolah rendah dulu, sangat teruk bila menses. Dia boleh tak hadir ke sekolah beberapa hari. Katanya, dia hanya mampu baring sahaja dan berguling-guling sahaja menahan sakit. Masa tu Dayah pelik? Sangat pelik, iya. Sebab tertanya-tanya kenapa dia macam tu. Dayah tak pun. Makin meningkat dewasa, persoalan itu terjawab. Dayah lain kawan Dayah tu lain. Setiap individu mempunyai kondusi badan yang berbeza. Kadang-kadang tengok kawan-kawan menangis tahan sakit tak tahu nak buat apa, melain kata

"Sabar la ya"

"minum dulu" kita ni tak tahu apa, bagi jelah air suam. Suruh bertenang ajalakan. Kawan tu nangis je la. Menitis-nitis airmata. Tapi syukur, saat ini Dayah tak ada sampai nak menangis. Cuma tidak selesa dengan tekanan badan. Dari tadi dok urut-urut jari. Jalan pun perlahan. Dah rupa nenek tua, kekekeke. Wanita beruntung kerana kita sahaja dapat merasakannya, even yang bertukar tiba-tiba jantina ke perempuan pun tak mungkin akan merasa ini. Ini anugerah Allah beri kepada hambanya yang memang telah di tetapkan di Loh Mahfuz lagi, dia adalah Wanita. Kaum lelaki telah di berikan tanggungjawab yang lebih berat iaitu menjadi Khalifah, meminpin keluarga, masyarakat seterusnya negara. Mungkin yang bertukar ini takut menerima cabaran seorang Khalifah, kadang-kadang tertanya-tanya apa yang kalian dapat bertukar menjadi wanita? Hakikatnya masih sama, kalian tetap klon bukan asli seperti mana kejadian Allah s.w.t. Dan tak kurang wanita yang mahu bertukar menjadi lelaki, hakikatnya, wanita itu tetap ada lembutnya kerana itu fitrah seorang wanita. Semuanya di buat-buat, cuba menjadi diri sebenar. Mana tahu manisnya lebih kelihatan.

Dan wanita juga beruntung hanya kita sahaja yang mampu melahirkan zuriat. Tak ada lagi lelaki yang boleh mengandung secara naturalnya, kecuali di lakukan perkara-perkara abnormal seperti di lakukan barat. Melawan kuasa tuhan rupanya. Korang rasa, yer tak?

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

Dalam hadith di atas jelas, "... anak itu dalam perut ibunya.." Untungnya kita di lahirkan sebagai seorang wanita. Jadi Dayah tak perlu merungut, tahan sahaja rasa tidak selesa ini. Moga-moga esok hari keadaan kembali normal. Dulukan Dayah pernah terdetik di hati macam mana agaknya rasa sakit bila menses. Allah dah kabulkan, teringat pesan Ustazah setiap lafaz kita adalah DOA. Makanya, setiap lafaz yang zahir dari mulut kita harus di jaga.

Sebelum Dayah menoktahkan entri hari ini, ada satu Hadith yang baru Dayah baca dan kita perlulah sentiasa beringat iaitu:-

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.


D_Y_H
Dari ngomel tentang tension, terus ke soal tukar jantina dan seterusnya ke anak dari perut ibu.. huhuhu jangan ada yang mabuk sudah la yer. Sekadar sedikit perkongsian, dan buat siapa2 yang ada tips mengurangkan kekejangan ini bolehlah di kongsikan bersama.

4 comments:

:: mrs rainbow:: said...

hai..saya riha..
dayah ada facebook x?
suka bc blog dayah...
anyway, i pun baru tau ada ovarian cyst sebesar 3cm last month.
skrg tgh mkn pil hormon.
hrp2 Allah dgr doa saya.
sedih jugak dan risau memikirkan masa depan.
tapi lepas baca blog dayah n pengalaman kwn2 yg lain, i rs lega...
we're not alone!

Dayah said...

Salam Riha,

hehehehe.. alamak malu la pulak.. kekekekeke..
ada2.. sila la add... ada dkt sebelah kanan ti icon "F" klik situ yer...

Mudah-mudahan.. huhuhu..Sama-samalah kita.. Jaga pemakanan.. kita boleh punya..

:: mrs rainbow:: said...

jaga pemakanan? iye, dh almost 2 years x mkn daging merah bcoz b4 this i ada breast lump on 2008 (which is benign tumor n i x remove until now). tp tgk2 this year ada ovarian cyst pulak...

dugaan kan?
Allah Maha Mengetahui

saya redha...

ok, nti riha add dayah.

Dayah said...

Salam Riha...
Allah :(
Sabar yer Riha...
Ada orang tak boleh terima hakikat..
Alhamdulillah ... kita kena banyak bersabar.. Allah ada sebab kenapa dia pilih kita kan..

Pemakanan memang kena jaga ...
Dayah kan sebenarnya ada juga langgar2.. kekekekekeke... haip.. nakalkan... x pe xpe.. akan cuba sedaya upaya.. mana taw.. boleh turun berat badan sekali kan. kan..kan... hihihihi..

Take care Riha...