Rembesan airmata di pagi hari

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pagi-pagi sebelum sampai ke pejabat perkara wajib yang di lakukan adalah memandu sambil melayan celoteh Am.crew di Hot.fm. Dulu berdua sekarang bertiga. Makin gamat rasanya konti, kadang-kadang kesian Farah kena buli. Tapi Farah strong ^__^ tiba-tiba dengar berita, tersentap jiwa.

Ya Allah! Sungguh kejam perbuatan ibu yang melahirkan bayi ini. Tidak ada langsung belas kasihan. Tahu buat tapi tak tahu bertanggungjawab! Itulah berita pagi tadi yang buat Dayah tersentap terus menitik air jernih. Dari berita yang di khabar, seorang bayi di jumpai tanpa pakaian masih lagi bertali pusat, di anggarkan baru selamat dilahirkan 3 jam sebelum di jumpai, di Damansara. Seperti gambar no.1. Sungguh tak sanggup tengok gambar-gambar bayi tersebut. Apalah dosa mereka. Mungkin ada yang tidak sempat hidup walau sejam pun. Telah dibunuh kejam oleh ibu mereka sendiri. (Dayah salahkan ibu kerana dia yang melahirkan)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Sumber: e-Hadith, Jakim)

Kalau tidak mahu anak yang dilahirkan itu, apa salahnya di berikan kepada rumah kebajikan atau sesiapa yang memerlukan. Sekurang-kurangnya akan ada orang yang masih sayang dan mengambil berat dari halau dari dunia tanpa kerelaan mereka.

Mulianya mereka yang menjaga anak yang bukan dari darah daging mereka, rumah mereka sentiasa ada malaikat yang singgah. Tetapi hinalah bagi mereka yang berbuat zalim ke atas anak yatim.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” (Sumber: e-Hadith, Jakim)

Seandainya takdir Allah, ibu mengandung itu keguguran maka,

Sabda Rasulullah s.a.w:”Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”

Caranya:
1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.
2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.
3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.


(Sumber: e-Hadith, Jakim)

Mulianya seorang Ibu,

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Sumber: e-Hadith, Jakim) (makanya silalah tambah bilangan anak.. hehehehe.. ramai anak banyak pahala)

Comelnya!

Dia beruntung kerana ibunya masih sayang dan kasih. Dayah juga beruntung, mama tak buang seperti bayi-bayi di gambar 1,2,3 &4 dan dibesarkan bagaikan juara, TERIMA KASIH MAMAABAH. Malangnya nasib mereka. Dilahirkan tapi di buang. Kalau sudah tidak mahu kenapa ambil risiko? Kenapa tidak berfikir panjang sebelum melakukannya. Bila ditanya:
1-Saya terlanjur *ter..ter..ter je alasannya.. cetek akal.. tahu nak yang indah2 je.. akhirnya manis ke?*
2-Dia paksa saya *dah tahu dia jahat kenapa kawan?*
Saya sayang dia *ohh.. sayang.. sayang lepas tu melayang*
3-Saya nak dapat perhatian ibubapa, mereka terlalu sibuk *ehh banyak cara lain lagi.. cuba dapat result kebabom.. sure! satu Malaysia kecoh*

Iya kita boleh marah di akhirnya, tapi sebagai orang dewasa tugas kita memerhati. Setiap perilaku pelik yang berlaku ke atas sikap adik-adik, anak-anak hatta kawan kita sendiri. Kita perlu ambil kesah. Bukan jaga tepi kain tapi ambil berat *tapi janganlah sampai annoying*. Isu pembuangan bayi kini hampir setiap minggu mesti ada. Seolah almost everday dengar. Almost yang di dakwa di mahkamah adalah Melayu! Apa nak jadi dengan anak bangsa kita? Makin digula-gulakan dengan kemajuan, kemanisan yang sementara dan sia-sia, dilambakkan dengan kekayaan yang tak seberapa.

Berubahlah, setiap individu melakukan kesalahan. Bila sedar, berubahlah. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang mahu berubah. Pintu taubat sentiasa terbuka. Jangan tunggu esok yang belum tentu milik kita *peringatan buat diri yang sentiasa alpa*

D_Y_H
Sungguh parah masyarakat sekarang. Makin menjadi-jadi isu sosial di kalangan remaja tak kurang yang dewasa dengan pengalaman

4 comments:

zulhelmy said...

nak tnye sikit . budak yang kecik tu pakai contact lens ke.. geram zul mata dia... giler la.... orang yang dah terlanjur n sampai dah boyot tu n dah pon kuar .. betoi cakp kak long kalo tak mau bg la kat sesiapa yang mahu kan ... ni boleh ke pergi buang tanpa rasa malu o ape ape...

Dayah said...

Salam oyot,

yer kan.. mcm pakai lens pulak dia kan..
x kot.. mata ori dia tu..

tu la ...
sian bayi2 tak berdosa tu kan

Kak Ungku Betty said...

Bila tengok bayi2 ni semua kena buang tanpa belas ikhsan geram betul. Aunty ni dah macam2 cara usaha untuk nak dapat anak...tetapi masih belum dapat izin Allah. Mengapa sampai tergamak jadi pembunuh?

Dayah said...

Salam Auntie Betty,

Usaha dan terus berusaha. Selagi wujudnya langit & Auntie masih berpeluang, InsyaAllah. Dayah doakan moga-moga dalam masa terdekat ni Auntie beroleh cahaya mata. Amin.

Andai takdir tak ada rezeki, kena terima dengann hati lapang. Allah pasti ada sebabnya ^__^ itu Dayah selalu terap dalam hati.

Kes buang bayi ini makin melampau. Dayah memang marah sangat bila setiap pagi dgr berita, ada sahaja isu ini di bangkitkan. Seolah remaja kita ke arah ZERO quality, minta simpang.