Niat mereka sangat mulia namun kerana sifat semula jadi tamak Israel, syahid akhirnya mereka

Assalammualaikum Wbt & Salam Sejahtera,

Dayah pasti ramai yang sudah mengetahui sikap angkuh dan tamak Israel. Tentera mereka menyerang sebuah kapal yang membawa misi kemanusia ke Gaza. Dakwaan tentera Israel, bersama mereka ada senjata TAJAM!? Tapi adakah senjata tajam mampu melawan peluru hidup mereka?? Tak masuk dek akal.

Inilah senjata yang di jumpai (BOLEHKAH SENJATA SEPERTI MELAWAN PELURU HIDUP? Bagaimana bantuan kemanusia memulakan serangan dengan hanya "ini" seperti didakwa Israel Laknatul!!!)


Lihat video ini, dakwaan mereka! Antara senjata yang di rampas.

Marah memang marah! Siapa tidak marah dengan sikap kejam dan keji mereka. Sesuka hati membuat tuduhan dan akhirnya mengambil nyawa yang tak berdosa. Tapi apakah mereka tahu apa itu DOSA & PAHALA? Mengambil nyawa manusia lain sesuka hati!

Sumber Bharian : GAMBAR dirakam daripada siaran TV Turki menunjukkan bot komando Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh. - Foto AFP May 31, 2010 5:50 pm

Misi kemanusian ini datang dari segenap pelusuk dunia. Malahan ada rakyat Malaysia turut serta. Dan Armada yang di serang itu terdapat 2 rakyat Malaysia yang masih kabur apa khabar mereka. Di doakan agar, semua yang masih selamat dapat bertahan dan hanya Allah yang dapat memberi ganjaran buat mereka disana kelak. Mari kita sama-sama DOAkan agar misi mereka berjaya, walaupun besar rintangan yang bakal mereka tempuhi.


Mari kita amalkan Qunut Nazilah setiap lepas solat (dibaca selepas iqtidal selepas ruku' rakaat terakhir);


Update 1/6/2010 (Sumber BeritaHarian):
1)Seramai 16 orang di laporkan terbunuh dan ramai lagi yang cedera
2)Rakyat Malaysia yang turut dalam misi kemanusian ini (Sumber dari lifeline4gaza.org -1/6/2010);
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Kapal Mavi Marmara (sebelum berlayar)
Info:
  1. 10,000 tan barangan bantuan (ubat-ubatan, pakaian, bahan binaan & makanan) di bawa dalam misi kemanusian ini
  2. Kapal Marvi Marmara diserang jam 9 pagi (ada di dalamnya sukarelawan dari Malaysia). Serangan di buat dari udara. Sebuah helikopter. *KEJAM* Di buat di perairan yang bukan kawasan Israel *Melanggar hak asasi manusia!*
  3. Israel (laknat!!) mendakwa serangan tembakan bermula dari Kapal Marvi Marmara dahulu kemudian menyerang balas, walhal tidak ada langsung senjata di dalam misi memberi bantuan ini.
  4. Kapal bantuan lain (Kapal utama Rachel Corrie) selamat. Alhamdulillah. Ketika serangan mereka berada 1,000 batu nautika dari Gaza dan meneruskan perjalanan. Antara rakyat Malaysia yang turut serta di dalamnya
  • Shamsul Akmar Musa Kamal
  • Matthias Chang
  • Ahmad Faizal Azumu
  • Mohd Nizar Zakaria (Ahli Parlimen Parit)
  • Halim Mohamed (Wartawan Tv3)
  • Mohd Jufri Judin (JurukameraTV3)
Sumber Bharian: AKSI penunjuk perasaan yang berhimpun di Pusat Peringatan Atatuerk, Dataran Taksim, Istanbul, Turki dan di Stockholm, Sweden, bagi membantah serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza semalam. Serangan komando Israel itu mengakibatkan kira-kira 10 orang aktivis pro-Palestin terbunuh. - Foto Reuters. Jun 1, 2010 11:51 am

Seluruh dunia mengutuk perbuatan KEJAM ISRAEL. PALESTIN, TOMORROW WILL BE FREE! AMIN

Update 1/6/2010-11.00pm:
1) Dengar di IKIM.FM tadi:-
  • Rakyat Malaysia terselamat, alhamdulillah dan di tahan di Haifa. Buat yang terbunuh, Al-Fatihah.
2) Baca dari Aljazeera.net (lebih banyak update disana):-
  • Katanya, UN Security council "council requested the immediate release of ships and civilians held by Israel and called for an impartial investigation"
  • NATO called for an investigation

D_Y_H
Kenapa harus takut pada senjata yang tajam sedangkan kau punya senjata yang lebih maju, KONONnya!! Marah memang marah apabila TIDAK GUNAKAN AKAL KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN

0 comments: