Menjadi tugas tidak kira kawan atau lawan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sungguh Islam mengajar kita untuk hormat sesama insan tidak kira agama, bangsa, warna kulit hatta pangkat seseorang itu sekalipun. Walau dalam keadaan kritikal seorang Doktor tetap menjalankan tugasnya walaupun yang sedang di rawatnya adalah musuh yang kejam.

Dayah membaca di Berita Harian tadi,

"keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada"

Gelojoh sangat sampai menembak sesama sendiri!

“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.

Lihatlah sikap menghormati sesama insan yang ada. Tidak mengira kawan atau lawan yang tercedera tetap di beri bantuan.

Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” (Sumber: e-hadith, Jakim)

“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.

Takut dengan bayang-bayang sendiri. Terjun ke laut?

Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat demikian.” katanya.

Sungguh Dayah kagum dengan mereka. Walau mereka diserang dengan peluru hidup dan mereka tidak berbekal apa2 senjata masih mampu memberi bantuan seikhlas hati.

Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.

MasyaAllah, tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika itu. Zalimnya ISRAEL sampai di tembak terburai kepala. Al-Fatihah buat mereka.

Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa pesakit keluar. “Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang tertembak pada tangan. “Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah menjadi hospital,” katanya.

Nah!! Mengaku pun! Kenapa tidak di dakwa Menteri Pertahanannya? Dakwa di mahkamah Dunia. Bukan seorang yang Syahid, tapi 10! Dan ramai yang tercedera.

Dalam berita tersebut, rakan beliau, Dr Arbaie Syawal sempat mencium dahi tiga sukarelawan yang mati ditembak dan menurut beliau baunya harum seperti Wangian Kasturi, MasyaAllah. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Lihat pada wajah anak kecil ini, pasti ada jiwa yang meruntun. Syukur, kita di Malaysia masih aman dan sentiasa selamat untuk bebas bergerak ke sana ke mari tanpa rasa takut walau sekelumit pun. Jom, kawan-kawan kita sama-sama membantu bebaskan palestin. Walau kita tak dapat taburkan dengan segunung emas tapi dengan sepotong doa pun, insyaAllah besar maknanya.

D_Y_H
Beringat selalu yang langit tak selalunya cerah.

0 comments: