Londang mengamit rindu lama dan di sana termerai satu janji

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Londang yang di sentiasa dalam memori. Perjalanan bermula dari exit Kajang sehingga ke exit Simpang Ampat. Jammed juga, cuti sekolah baru bermula dan sana-sini sibuk orang membina masjid. Tak kurang Dayah turut sama di jemput untuk raikan. So ke London .. ehh silap Londang. hehehehe

Lama gler tak jejak Londang setelah meninggalkan Kolej in year 2003. Saat yang sanggat di rindu, adalah berebut-rebut bangun Subuh. Siapa solat dulu. Hahaha lawak sebenarnya. Diam2 bangun, lepas selesai baru kejut yang lain. Hahaha.. jahat tol. Sama je semua ahli bilik .. kekeke

Dah dekat dah, mulai memasuki simpang kanan menghala ke Alor Gajah. Kali ini naik kereta Cik Ili (atau Awak). Berkonvoi kami semua dengan 5 buah biji kereta. 4 MyVi putih dan sebuah gold CRV. 3 buah kereta dengan keluarga masing-masing dan 2 buah kereta dara pingintan dan teruna pujaan..hahahaha.

Inilah Cik Ili, pagi-pagi sebelum bergerak kami terjah kedai nasi lemak yang superb berlemak. Macam biasa Dayah mesti tak habis, hehehe. Next time kena minta nasi suku satu makcik! Kami sebenarnya lewat.. hehehe.. sepatutnya 10.30 gerak.. disbbkan Cik Ili yang malu dengan tudungnya *1st time dia pakai* dan Sibuk cek rumah yang bakal di tinggal tak bertuan, maka lewatlah kami ke check point pertama. Sampai Edy, perli dia "Drift ke hapa?" hahaha.. haip.. Dayah tak ajar dia ek.. dia yang lari 130km/h hahahaha.. buat lagi yer awk.. ekekekeke

Eh.. eh.. eh.. macam tak percaya! Dah sampai lah awak! Lompat..lompat gembira .. haipp pancit tayar nanti! ekekekeke.. Cik Ili lead the konvoi with her life GPS (siapa lagi ,Dayahlah! Sesedap kopiko dia panggil Dayah life GPS.. hahahaha..) Haza ada beri awk map, tapi Dayah kata

D - tak yah la .. awk kita igt lagi jalan g sana. Sebelum bulatan tu ada jerat cina.
I - Awk tgk map tu!
D - tak yah awk. Kita igt!

hahahaha.. lawak je.. sebati dah jalan ni dengan Dayah. Mana taknya dulu masa Kolej, pergi dan balik Dayah drive. So untuk mengingati jalan sangat-sangat mudah. Kalau jadi co-pilot memang failed la kot.
eh..ehh..ehhhhhhh... awk pintu masuk kolej kitalah.... ehh BSN pun masih tersergam indah di pintu kolej. Itu tujuannya keluarkan duit biasiswa yer kawan-kawan.. hehehe.. Kami teruskan perjalanan sehingga sampai ke destinasi..

Sampai-sampai perut lapar, cari makan dahulu. Lauk-lauk standard ke rumah orang kawin. Si suami masing menjaga anak masing2 dahulu memberi laluan si Isteri makan dahulu. Kami yang bujang tak perlu, MAKAN DULU.. hehehehe

Itu Aqil. Sangat comel. Pipi dia yang tembam itu. Dengan mata sepet semula jadi dia tu. Ishhh geramnya! Muka checky dia lagi. Alo..lo..lo.. comelnya Aqil ni. Awk kata tu Boyfriend dia.. hahahaha.. apa2 je la awk. Kak Juni *mommy aqil.. pun layankan.. kekeke*

Lepas kami isi enjin kosong masing-masing .. borak2 seketika.. layan2 kerenah si bayi2 comel di depan mata. Sambil sembang-sembang manja. Tak lama lepas itu, yang di raikan pun tiba dengan pukulan kompang. Serba GOLD YOU! Cantik pengantin perempuanya! TAHNIAH HAZA & AZIE.

Ini Edy & Alia. Cubaan Edy mendukung Alia sementara Mommy & Daddy Alia bersembang manja.. hehehehe.. Behave je Alia ni. Kami waktu ini menanti Haza turun pelamin untuk group photo. Panas gler! Menitik peluh .. tes..tes..tes..tes.. Walaupun tak jauh dari laut. Sebenarnya jauh jugaklah about 5km dari laut.

Bulatnya mata Damia! Itu Kak Faz, kata awk dia dulu study dekat UMS-Labuan. Dia kenal Naib Presiden-KAL. Owhhh, Dayah anggukan aje. Tapi Dayah tak kenal dia..kekekekeke.. sorry la Kak Faz, Dayah ni kalau budak kampus induk. Mungkin kenal. Terjah Labuan dulu pun bila ada urusan rasmi kampus. Kalau tidak..mana mungkin jejak kaki ke sana.

At last dapat juga kami ambil group photo.

Dan Dayah sempat minta mempelai jeling ke kamera chabok Dayah.. hehehehe. Moga kalian bahagia ke Akhir hayat dan bertemu kembali di destinasi Syurga kelak, insyaAllah. Amin.

Comelkan! Geram x? Dayah geram sangat tengok dia. Mata dia tak leh buka kalau kena cahaya matahari. Silau, sian dia. Tapi dia tetap COMEL.

Hehehe.. berkerut-kerut muka Aqil. Entah apalah yang Daddy dia sembangkan sampai begitu riak wajah Aqil.

Dua aweks.. hehehe.. Damia & Alia with their mommy.

Nak balik dah! Bye-bye Aqil, kata Edy. Bye-bye Aqil, kata Ili.

Ini Damia lagi ^__^, sebenarnya Dayah nak tunjukkan kat korang. Mommy & Daddy Damia ini pasangan yang comel. Mommy Damia ni paras pinggang je. Daddy dia macam galah. Itulah dinamakan jodoh. Nampak x? Yang berbaju merah tu.. hehehe.. tentulah nampakkan.. hehehe

See? Tinggikan.. yang depan Daddy Damia tu. Edy. Daddy Damia tinggi hampir sama tinggi dengan tinggi khemah taw. Damia pun tinggi juga.

On the way back. Hujan lebat dari Seremban ke Nilai. Sepanjang perjalanan di temani hujan lebat itu, kami stucked dalam jammed. Rupanya sebelah jalan ada kemalangan. Bukan satu, tapi 3. Teruk juga kereta masing2. Ini gara-gara hujan lebat & break emergency kerana laju then di langgar kereta belakang. Dan di belakang pun ada lagi yang berlanggaran. HATI-HATI korang di jalanan. Hujan lebat jangan drift!! Jangan sesekali, bahaya nyawa dan duit pun melayang.

Dan sepanjang perjalanan, Dayah jadi co-pilot sajo dan Life GPS. Jadinya mata ini sibuk pandang kiri kanan. Selain sejam pertama membaca buku. Dalam mata meliar sana-sini, becok-becok la mulut Dayah,

D - Awk hensemnya!
I- Awk kita tengah drive ni!
D- hahahaha.. awk bawa kereta biar orang je tgk.. ekekeke

Kejap-kejap Dayah nampak orang hensem bawa kereta. Last-last awk kata, Dayah ambil gambar orang hensem tu.. Hahahaha.. nak mampus! Tak adanya Dayah nak buat macam tu. Sampai dia bet. Dia sanggup slow sikit kereta dan suruh capture. Luckily, kereta tu bergerak laju. hahaha.. selamat!

D_Y_H
Hari ini sepenuhnya duduk berangan! hahahaha.. tak la.. study yer..

2 comments: