Kenapa bersedih

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Semalam entah kenapa, acap kali hati meruntun-runtun. Mata tak henti-henti merembes cecair hangat melimpah ke pipi. Sedu sedan menjadi teman sepanjang perjalanan, hari ini hari yang lebih ceria dan tidak mahu meratap dan mengeluh sebaliknya mahu bangkit dan terus berusaha memperbaiki diri. Oh ya, Limau adalah kegemaran Dayah. Baru baca di blog Auntie Betty tadi tentang khasiatnya iaitu,

"Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu"

Nice color, great taste & love to eat it



Hati korang ada macam ni tak? Kiub-kiub you =P unik! huhuhu

Don't be sad! Kadang-kadang kita terlalu melayan perasaan, terlalu emosi.. Antara kita sedar atau tidak menangis itu kadang-kadang membuat kita jatuh sakit. Tapi dengan menangis itu ia dapat melegakan hati. Tapi salahkah kita bersedih?

TIDAK! Tapi perlu berpada-pada. Jangan melampau batas. Setiap manusia dikurniakan hati. Ada kalanya ia gembira dan ada kalanya ia berduka. Rawatlah ia sewajarnya tapi jangan di sandar pada pagar berduri. Kelak membawa padah.



D_Y_H
Semalam cuma hati yang sakit dan hari ini adalah permulaan merawat hati biar ia bersih dari kesan tompok hitam dan dengki.

4 comments:

sWeeT said...

knp ko bersedih......ko d tinggalkn kekasih ker???

Dayah said...

Salam Angah =P

No.. its not a big thing I suppose, I never feel it.. apatah lagi berada di situasi bercinta cintun.. kekekeke..

Ntah la ngah weii.. hidup terasa seperti layang-layang.. di sepak terajang manusia dan kadang2 diri sendiri yang membuat angkara.. huhuhu.. Insaf la konon kejap.. sat lagi buat balik dosa yang sama.. sbb tu hati pilu.. puas meratap tapi muncul juga perbuatan yang sama.. aq konfius kadang2 .. aq ni di lahirkan utk berbuat dosa je ke? dan aq di lahirkan untuk menyusahkan mama Abah je ke? hehehe tu la terus sob sob sob.. dan bila tiba2 terdengar bisikan orang kata sipolan itu sipolan ini tak suka aq.. aku rasa bersalah sangat dgn sipolan bin/binti or anaklelaki/anakperempuan or apa2 la.. teruk sgt ke aq layan mereka?? cuba muhasabah diri dan letakkan kesalahan mereka x suka pada diri sendiri kerana angkuhnya seorang manusia seperti aq.. huhuhu.. terukkan? ntah berapa ramai sebenarnya benci dengan sikap aq yang mungkin eqois tak bertempat.. huhuhu.. itulah kesahnya...

ada faham kah.. hahahahaha..

Marina Monroe said...

Mengalirkan air mata utk Allah dpt menggugurkan dosa2..InshaAllah

Dayah said...

Salam Aunty,

Tq Aunty ^__^
Mencari terus cinta illahi, Amin