Beku macam ais batu dah kepala ni

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

6 hari! Catat rekod tak update blog. Kepada yang selalu berkunjung terima kasih banyak-banyak dan mohon maaf rumah tak bertuan. Tengah clean-clean apa yang patut. Banyak gambar-gambar aktiviti terkini yang nak di update dan tak kurang sok set sok set dunia kita kini. Sana sini ada sahaja berita gempar yang bisa meruntun hati. Tak kurang yang melonjak-lonjak gembira membacanya. Pertama,

1- TAHNIAH KAK CEERA, dah selamat lahirkan BABY KIESHA *Comelnya namanya* Moga jadi anak yang solehah dan bijaksana, Amin.

2- BEBAS! Yeah Dayah dah selamat jawab 2 paper. Tapi........ *biarlah saya simpan sendiri ^___^*

3- SIBUK! Mulai sibuk dengan job2 outstaion selepas ini! Dan paling tak best .. we have to leading & no another manager after this!

4-STUDY! I've new target! I want to finish ACCA by 2011! Yer kena besarkan supaya DAYAH tak lupa. Itu target! Kalau tidak bila kaki nak jejak buat MASTER pula??? Jawab Dayah, Jawab!! Saya ada misi untuk belajar lebih tentang RISK! InsyaAllah, kawan-kawan doakan yer ^__^ Malulah dgn adik sendiri wei!!! Lembab!! Ambik ko EMOSI! hahahaha

hahaha bukan pertama dah tu...empat Dayah! =P hahaha .. KEDUA..

Walaupun Dayah sibuk nak exam sempat buat beberapa perkara penting, antaranya memenuhi permintaan perut, Abah, dan batin.

1) PERUT! Ini cubaan kedua! Selepas cubaan pertama cair dan lepas ke longkang! Sigh. Memang tak berbakat! Tak apa practice make perfect *igt tu Dayah! Latihan kena buat biar muntah hijau!* Jadinya Dayah mencuba lagi.

Ini bahan-bahannya.. gula.. milo.. susu .. serbuk koko yer kawan-kawan...

Ohh .. ada lagi ni.. 5 biji telur di kacau bersama-sama esen vanila.. ehh cop.. ada butter juga..

Ini pula biskut marie yer adik-adik.. mak-mak kat luar sana agak2 anak-anak dah muak makan biskut marie mari kita pelbagaikan jadi juadah enak seisi keluarga... *hahaha.. mcm mak timah masuk dapur ... becok menceceh =p*

Ohh perkenalkan CHEF TIAH! Apa ko belajar tu TIAH aq tergeliat lidah, kena minta bidan betulkan balik lidah aq ni.. apa ke benda namanya itu... GARDE MANGER .. apa tu weiii?? Dia nyibuk je ek... kacau2 kejap lepas Dayah ambil alih.. bersempena buat senaman mengecilkan lengan.. fuhhh tes..tes..tes..tes.. basah ketiak weii! hahahaha.. cubalah senaman ni di rumah yer =P

Bahan tadi semua di gaul rata sehingga pekat .. cannot cair yer kawan-kawan.. selagi tak kental jangan berhenti mengacau.. kalau tidak hangit koko kita... sukatan yang Dayah guna setiap bahan adalah 1 1/2 cawan kecuali gula. Kurang dari 1 cawan. Lepas dah benar-benar likat coklat kita tu.. masukkan biskut marie gaul sampai rata then masukkan dalam loyang dan mampankan rata..

Inilah hasilnya .. selepas hampir sejam di dalam petis ais... orang x sabar.. kekekeke..

Bila di potong .. cenggini hasilnya.. hahaha.. uglykan! hahaha.. itulah x sabar nak rasa.. belum pun sampai sejam dah keluarkan dari peti.. rasanya baru setengah jam kot.. hahahaha.. Selamat mencuba.. senang ni.. orang tak reti masak pun boleh teror you ^___^

2) Abah & Batin *mueehehehhe.. jgn berfikiran asing ya! Maaf Zahir Batin ^__^* permintaan Batin yang maksudkan keiginan mengubah.

I love FLOWER! Tapi dalam hati tak do TAMAN! wakakakaka.. Hasil gubahan tak seberapa. Masa mula-mula di minta Abah buat gubahan, seriously Dayah hentam buat! Dalam hati. matilah client marah! Tapi mungkin bakat ni turun dari Mama agaknya. Rumah Dayah, macam taman rimba dulu! Skrg ni kami bermaharaja, no bunga-bunga yer. Berhabuk! Kalau FRESH FLOWER i like ^___^ tapi nak beli replace balik susah sikit. Jauh naaa, nak kena terjah Petaling street nun.

Dan, Dayah, angah & Sri juga telah menolong mama buat gubahan menja pengantin. OMG! Memang bengkak la kepala memikir. Tak pernah buat. Apa lagi nak ukir-ukir. Bayangkan nak ukir Cili pun setengah taun Dayah memikir. Buat tak jadi buat tak jadi! GERAM... grrrrrr.. Ini antara hasilnya ^__^ biasa sahaja tapi syukur.

Gubahan Walkaway pertama dari Hidayah Catering. Sebelum ini tidak pernah ada client yang minta. Kali ini berpeluh-peluh juga kami memikir. Dia nak yang MURAH! Haaa! ambik ko! Oh ya, memang Catering kami menawarkan harga munasabah. Pasu putih tu idea abah. Dia bertukang sendiri! hehehehe.. my father my idol! Dia memang seorang yang pemikir tapi AWAS sekali dia buka mulut, fuhh terbang apa yang baru difikirkan hahahahaha.. jangan bagi Abah bising kalau tidak nahas.. hahahaha..

Ohh ya, masa menolong Abah Ahad lalu, kita orang di kerah mencari ais batu juga. Kerana ais block habis dengan cepatnya! Adoi! Sudahlah tak biasa. Namanya study sini, tapi ulang-ulang UiTM juga Dayah pergi. Sekali pusing2 Shah Alam... dekat 2 jam x jumpa satu pun kilang ais. Tanya orang hampeh! Tanya orang kedai, dia orang pun tak taw, katanya beli ais dari lori sajo. Kami pusing lagi bandar Shah Alam dengan harapan jumpa LORI AIS! Sekali jumpa yang kat atas tu! OMG! Berapa jutalah rumah2 mereka ini. Ini yang sempat di snapp! Takut juga tiba2 keluar orang bawa pistol! hahahaha imaginasi melampau.. hehehehe.. yerlah rumah orang tu. Tapi seriously, kaya gila!

Dalam kepala memikir berapa agaknya Zakat dia orang bayar setahun ek? Eh tiba-tiba Zakat. Heeee, ni nak pesan. Jangan lupa bayar Zakat yer kawan-kawan. Bayar lebih pun tak pa, lepas tu tak yah bayar government tax. Pilih nak kena kejar Income tak ke soal sebab tak berzakat? Tepuk dada tanya diri. Sehari menabung Rm2-5 hinggit ke buat Zakat, pelaburan akhirat tu beb.

Ambik ko, panjang gler Dayah punya n3 kali ni. Ampun ya buat yang penat membaca, esok saya tulis lagi panjang... muehehehehehe.. cau dulu. Kepala sudah berat. Esok mula ke pejabat semula.

D_Y_H
Demam bola sana sini. Dayah tgk gitu2 je. Ada tak kesah, tak ada pun tak kesah. Kalau tak ada makan yer, Dayah perlu kesah.. muahahahahaha..

4 comments:

fusherna said...

wah..ada biz catering ye dayah..bagus tu..pandai dayah gubah menggubah eh.cantik! kalau akak..bak kata mak akak, buat rosak bunga je :P

Dayah said...

Salam Kak Husna,

Hehehe.. bukan Dayah.. parents Dayah.. Dayah tukang sibuk je.. hehehe.. kebetulan nama Dayah yang di guna.. sampai kadang-kadang mama Dayah diorang panggil Pn. Hidayah.. wakakakaka..

Sya try2 je kak.. hehehehe
Masih lagi memperbaiki diri..
Akak pun boleh kak..
Practice make perfect!

tie_sri said...

yup...practice make perfect...tp bunga yg sri gubah x reti nak kembang pon...asyik kemetot jer...huhuh..~sigh~hehehee

Dayah said...

Salam Sri,

Do again.. again n again.. surely you become perfectionist! Put trust on yourself.