Susahnya kalau kita sendiri tidak mahu berubah dan pandang lekeh pada bangsa sendiri

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tajuk entri sungguh panjang. Adakah petanda entri ini juga bakal panjang. Hehehe. Tidak yer kawan-kawan. InsyaAllah, cuba untuk jadikan ia pendek.

Ini adalah petikan dari blog SRI

Wednesday, May 26, 2010

Mentaliti kita......

hahhaha...da lama x update blog...x tau nak cerita pasal apa...
ahhhh bosan jak keja...xde keja sangat....eh!!!geram!!!asal lar dealer x ada pembahagian client sama rata...ish...xpaham2...dah cine...of course nak cari cine gak...tp yg aq x paham nie...melayu pon sama nak cari cine gak,...abes tuh dealer melayu camna????tu belom lagi kes remisier....kdg2 x paham tul...owg cine g ngan dealer cine leh lagi pham...bab dowg ak cakap cine..tp kalu melayu..aq x paham...masyarakat melayu x amik sikap cine nie yg bagus..dowg suka menolong sesama sendiri dlm urusan perniagaan..tp melayu...hmmm selalunya mereka akan dengki sesama sendiri sampai guna black magic pon ada...aduish...x paham betul la...nie lah mentaliti owg melayu yg x nak ubah....mcm mana kita nak maju....kalau bangsa sendiri x nak tlg menolong..sejak keja jd dealer nie...napa owg melayu akan cari jurujual cina???kita kena jd dr c2...sebab diowg nie sweet mouth tau dr segi perniagaan....kita kenalah contoh dowg...bukan nak memuji tp nak amik iktibar dr sikap mereka.....bagi owg melayu yg jadi jurujual...tlg jgn sombonk melayan customer...how good a chinese people treat us, we need to follow their attitude......

Betul apa katanya. Kadang-kadang kita terlalu membangga dengan keupayaan orang lain sehingga terlupa periuk nasi kita di tutup. "Black magic" tak payah cakap. Dengki mendengki sesama sendiri cukup menggerunkan. Tapi apakan daya,
"aku memang tak sukalah dia tu"
"dia ingat dia bagus sangat!"
"kau tunggulah!"
"Hidup kau tak akan senang"
"Bisness kau mesti lingkup lepas ni!"

Hasad dengki tidak membawa bahagia, sebaliknya meninggalkan titik hitam dalam hati serta memusnah diri sendiri serta orang lain. Untuk apa bahagia yang cuma seketika tetapi sengsara seumur hidup.
Say "NO TO SYAITAN!!"

Antara kata-kata ugutan yang mungkita pernah dengar dan tidak mustahil selepas itu mencari bomoh-bomoh, dukun-dukun atau ilmu-ilmu tertentu untuk menganiyai orang tersebut. Kasihan. Niat hendak berniaga di musnahkan rakan @ keluarga sendiri @ bangsa sendiri.
Jaga penglihatan kita, awas! Jangan biarkan iblis bebas menguasai pandangan kita.

Persoalannya kenapa perlu, bermentaliti sebegitu? Bukankah lebih baik kita mendoakan dan membantu mereka berjaya. Jadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk kita turut sama berjaya.
D_Y_H
Tidak sukar menjadi sesuatu itu realiti kerana didunia ini tidak yang mustahil kecuali jika ANDA ingin menjadi TUHAN! Itu mustahil, kerana kita ada PENCIPTA yang Maha Esa.

4 comments:

fusherna said...

first week akak masuk ipta jd lect, ant benda2 yg diceritakan pd akak adalah benda2 khianat, hasad dengki ni la..to the extent of guna black magic..ni di klgn org berilmu ni.. title prof etc..nauzubillah..

Dayah said...

Salam Kak Husna,

MasyaAllah, dahsyatkan. Itulah manusia bila lupa siapa pencipta. Moga-moga di jauhkan dari semua perbuatan ini

zack said...

ni semua atas pengalaman ke.... ape yang cine ke tak cine tu .. hahha.... masyarakat ..... dengki dengki ......... memang selalu dah ..

Dayah said...

Salam Oyot.. kekekeke.. zul,

X kira bangsa apa pun.. selagi ada perasaan hasad dengki.. perbuatan ini pasti berlaku. Minta jauh dari kita la kan