Perubahan itu perlu?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat hari Ahad & HAPPY TEACHER's DAY banggakan pernah didik oleh ramai guru sehingga menjadi ke peringkat hari ini. Walaupun diri ini tidaklah sebijak mana. Cukup sekadar cukup.

Semalam Dayah di tegur adik-adik kerana berubah. Bila di kaji semula kata-kata mereka Dayah akui benar. Kenapa wanita di jadikan fitrahnya pemalu? Harus di tundukkan pandangan apabila berdepan dengan bukan mahram.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Makanya kini, Dayah silalah jangan sesuka hati menjawab/menerima/membalas call or sms dari stranggers especially bukan mahram. Bertemu apatah lagi. Dulukan Dayah boleh bilang jari cukup lah jemari yang ada sahaja sahabat lelaki. Bercakap pun kurang-kurang. Sekarang ini tidak tahu mana muncul kawan-kawan yang ramai itu gatai *haiihh alasan semua tu Dayah* peribadi muslimah cermin diri.

Satu hadith Muslim telah membuatkan Dayah terduduk membacanya, jahil dan khilafnya diri. Mari kita baca dan tenung-tenungkan:

Hadith :
Dari Sa’ad bin Abi Waqas r.a katanya:”Rasulullah SAW pernah melarang ‘Usman bin Mazh’un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.”

Huraianya korang boleh baca DISINI

Itu Usman yang mahu mengabdikan dirinya kepada ALLAH SWT tapi kita *merujuk kepada Dayahlah kan ihikhik*?? Hakikatnya kita sama-sama mencari cintaNYA. Cuma dalam konteks yang berlainan. Fitrahnya manusia semua sama. Dayah akui keperluan sebuah perkahwinan itu tapi saya nak menyelam lagi ILMU. Luasnya bumi Allah ini, maka banyak lagilah ILMU yang perlu di cari, InsyaAllah selagi di beri kudrat.
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
Betulkan, banyak perkara dalam dunia ini buat kita rasa "flying in the air" sedangkan ini cuma sementara. Syurga Abadi menanti kita kelak. Mati itu pasti dan Syurga is our destiny.

D_Y_H
Teguran itu membina dan mereka tegur kerana mereka kesah.

0 comments: