Outing with her ^____^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Rindu gle!! Pergh.. tak boleh nak duduk diam apa tak nya internet out of service! Nak baca blog tak boleh nak update apatah lagi. Banyak benda berlaku lately.. Hehehe..

Tak ada apa-apa aiihh.. sekadar cerita-cerita biasa berlaku dalam hidup seorang wanita yang terlalu biasa heeeee ^__^

Jumaat lepas, Dayah cuti!! hahahaha.. mcm orang lain tak bercuti ek? wahahahaha.. Plan baik-baik, nak outing out from KL. Ajak Cik Elly sekali. Sangat suka. Dah lama tak outing berdua-dua dengan my budies ni. Dulu zaman kampus hari-hari. La ni masing-masing busy. Kalau Dayah balik lewat kerja, Cik Li pun sama je. Dua-dua memang sangat komited, dari dulu. Ingat lagi masa dulu kalau ada aktiviti Dayah sibuk, Cik Li mesti ada sama dan syukur semua projek kami berjalan lancar dan success.

Tempat tujuan kami adalah, PD. Ambil Cik Li dekat rumah pun dah dekat 11.00 lebih. Pusing punya pusing satu Bangi cari cake. Kedai kek pun tak nampak. Alih-alih jumpa juga. Syukur, cepat-cepat jemput Cik Li and terus ke destinasi. Tujuan, berjalan-jalan di tepian pantai. Jalan nak pergi sangatlah jammed. Selalunya boleh sampai 45 minit, kali ini. Dekat 2 jam baru sampai.

Perut yang lapar di isi dengan laksa dan air kelapa. Puas juga mencari parking. Puas juga pusing-pusing before decide to Telok Kemang, lunch.

Laksa ini nampak biasakan? Tapi sangat sedap. Semuanya terasa. Dayah rekomen kepada kawan-kawan yang ke Telok Kemang merasa. Lokasi di public beach, telok kemang. Gerai berhadapan laut paling hujung.

Birthday girl with her air kelapak ^__^ sedap! Rasa best je. Dengan udara sepoi-sepoi bahasa. Syok, kalau lepak2 sambil makan laksa yang sedap ini.

This is her cup cake that I bought. Colorfulkan. Hehehe... hari cuti, jadi ini sahajalah yang dapat di cari. Next year, insyaAllah akan di usahakan mengorder lebih awal. Tapi adakah awk masih single ketika itu? Hehehe. Wishing all the BEST in your future. Setiap cerita kita kadang-kadang sama hehehe ;P

Inilah dia Cup cake yang colorful, Dayah panggil "Kek budak tadika" kekekekeke.. comel je color dia kan..
Then we go to pantai, jalan-jalan mengambil udara petang yang aman damai. Sambil mencuci mata dengan pemandangan laut yang sejuk mata. Kenapa Dayah suka pantai?
-Sebab angin dia best
-Sebab syok main pasir
-Sebab best main air laut
-Sebab udara air masin kadang-kadang harum dihidu
-Sebab boleh luahkan semua terbuku di kotak fikiran, hati ke laut yang dalam
-Sebab laut sangat luas dan terlalu banyak yang boleh kita terokai & belajar darinya

Lihat ini sahaja. Siput yang terdampar di tepian gigi pantai. Antara hidupan laut yang kerap kita lihat. Cantikkan
Ketam ini telah tiada hayatnya. Cuma bangkainya sahaja. Tapi ia tetap kelihatan hidup. Ia tampak menarikkan.

Happy Bithday, Elly!








With Elly di tepian pantai.. hehehe..














Bergambar berdua...

Teringin nak bercuti yang lebih panjang dan dapat merehatkan fikiran dari semua semak-semak kerja. InsyaAllah, akan ada. Cuma perlu Dayah fikirkan masa dan planning lebih awal.

D_Y_H
Tiba mati idea berfikir. Akan di update lagi ^___^

0 comments: