Not to allow

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Kelmarin dalam theedge Dayah terbaca ni "Call for a study on non-Muslim being allowed to be syarie lawyer"
KOTA BAHARU: Kelantan Syariah Court Chief Judge Datuk Daud Mohamad on Monday, May 17 called for a study to be carried out following the Kuala Lumpur High Court's decision to allow a non-Muslim to seek a judicial review to enable her to become a syarie lawyer.

A study should be carried out to get an explanation based on the country's laws and constitution, he told Bernama here today.

This was because Kelantan's Administration of Syariah Court Enactment 1982, and that of the other states did not allow a non-Muslim lawyer to handle cases involving syariah laws.

"Hence, the issue of a non-Muslim lawyer being allowed to handle cases in the syariah court is indeed extraordinary," he said.

Daud was commenting on the Kuala Lumpur High Court's decision on Friday to allow a non-Muslim woman lawyer to seek a judicial review to practice as a syariah lawyer in Kuala Lumpur.

Justice Datuk Mohd Zawawi Salleh granted Victoria Jayaseele Martin's application for leave to seek a judicial review for a mandamus order to compel the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) to accept her as a Syariah lawyer. — Bernama (Resouce from: Theedge)
Dan hari ini di berita harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi pandangan:

Hanya orang Islam layak jadi peguam syarie: Jamil Khir

2010/05/19

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hanya orang Islam saja layak menjadi peguam syarie.

Beliau berkata demikian di sini, sebentar tadi.
Itu yang nak dengar. Ia melibatkan hukum hakam Islam. Dalam Islam tidak ada halangan untuk seseorang itu belajar agama Islam, tetapi bila tahap menjadi peguam syariah. Kenalah guna akal, bagaimana seseorang itu hendak "argue" sedangkan dia sendiri tidak faham hukum hakam Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Ibarat menyuruh semut menyalak seperti serigala. Mana mungkin, kecuali ia Serigala.

Dalam hadith Nabi S.a.w (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia):

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).” Riwayat Al-Baihaqi

Penjelasan yang diberikan untuk hadith di atas adalah seperti berikut:-
1. Dalam konteks penghakiman atau pengadilan, seorang hakim adalah dikehendaki memutuskan sesuatu perkara dengan adil berdasarkan keterangan yang diberikan kepadanya. Hal ini disebabkan manusia itu lazimnya suka menurut dakwaan dan pengaduan mereka sendiri demi mendapatkan harta atau menuntut bela (di atas sesuatu kejadian seperti pembunuhan).

2. Oleh itu dakwaan atau sebarang aduan tidak boleh didengar atau diterima begitu sahaja tanpa ditunjukkan bukti yang sah menurut hukum dan kerana itu juga Rasulullah S.A.W menghendaki agar dikemukakan saksi oleh orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang terdakwa.

3. Sebab dikehendaki saksi atas orang yang mendakwa ialah kerana ia menuntut suatu yang berlainan dengan kenyataan. Maka disebabkan itu mestilah ia mempunyai cukup bukti untuk dakwaan yang dibuat.

4. Manakala orang yang engkar iaitu orang yang terdakwa dikehendaki pula melakukan sumpah untuk membuktikan keadaannya bahawa ia terlepas dari dakwaan itu. Sumpah ini dinamakan sumpah sabar iaitu sumpah yang menahan orang yang berhak dari kehilangan haknya seandainya hak itu adalah haknya yang sebenar. Tetapi jika seseorang itu bersumpah untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya maka sumpahnya adalah sumpah dusta.

5. Punca sengketa yang sering terjadi dalam masyarakat adalah dari harta benda hingga membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Semua ini bermaksud untuk memperolehi dan menguasai harta benda sebanyak mungkin biarpun dengan cara yang kotor dan keji. Oleh itu Islam menyuruh agar berhukum dengan adil.


D_Y_H
Bukan kehebatan yang di ukur tetapi kefahaman dalam Islam itu sendiri, jangan di campur adukkan hukum dunia dan hukum Allah. Manusia kebanyakkannya hidup mencari nama dari mengejar ilmu dan amal ke Syurga Abadi.

0 comments: