Nakalnya masa itu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru selesai menghabiskan artikel student accountant, syukur. Faham dan harap2 ada soalan yang berkaitannya keluar, doa sangat2. Amin

Baru juga selesai membaca cerpen penulisan AK, cerpen baru beliau. Thanks nuar selalu tag Dayah kalau tak jangan harap Dayah taw. kekekeke.. Siapa-siapa nak membaca silakan di sini, http://anuarkamaruddin.blogspot.com/2010/05/cerpen-nota-muzik-dari-langit.html

Membaca tulisan beliau buat Dayah terus teringgat kenangan lalu di Kolej Matrikulasi Melaka (KMMk) Siapa pernah belajar di sana. Setahun di sana banyak menukar Dayah menjadi lebih baik. Syukur, antaranya. Setiap Khamis malam Jumaat adalah hari wajib seluruh penduduk kolej berkumpul di Surau diri Jumaat kolej kami. Siapa tak pergi siaplah. Hatta uzur sekali kena hadirkan diri. Jadinya, Dayah dan geng memang akan pergi awal ke Surau.

Alasan utama kami berlarian ke surau adalah kerana ingin mengenali milik siapakah yang mengalunkan Azan. Hehehehehe.. Datang awal kerana suara dia yang cukup memukau. Melt macam aiskrim kami semua tatkala mendengar dia mengalunkan Azan Maghrib. Sungguh.

Siapa yang pernah belajar di KMM year 2002/2003 pasti tahu fenomena ini. Atau kami sahaja. Kekeke. Sejurus azan di alunkan mata kami semua memerhati siapa agaknya yang keluar dari bilik Azan, hahahaha nakalkan. Sekarang rasa nak gelak guling2 pun ada. Tapi malang sungguh berbulan-bulan kami menanti tapi hampa setiap kali yang keluar org yang pasti berlainan. Sehingga kami feed up. Tapi masih tetap awal ke Surau dan pasti duduk di saf paling depan.

Mujur waktu tu, Dayah join PRS. So budak-budak PRS lelaki ini ramai ahli surau. So mengorek rahsia dari dia orang la. hehehehe. Malu dowhh nak tanya, tapi selamba je la. But not me la bertanya, of course la my friend yang memang sangat mengilai suara tersebut. Kalau balik bilik dia tentu baring atas katil sambil senyum then "Dayah!! Sedapnya suara dia" sambil senyum2 golek2. kekekekeke lucu sungguh. Sampai topik perbualan kami lepas isya' pasti tentang pemilik suara tersebut.

Najib kami punya big boss PRS, reveal dia adalah Rasul. Dia ni sebenarnya selalu kami jumpa. Rakan baik si big boss. Takkan si kurus ni punya suara! Itulah bisik hati Dayah pada mulanya Malunya, masyaAllah kalah perempuan.. menunduk sahaja pandangan matanya. Dayah cuma teruja dengan suara sahaja. Tapi si kawan Dayah ni dengan orang-orangnya sekali dia dah jatuh hati. Kelakar sangat. Sampai tak boleh tidor malam dia di buat. Masih cuba mendekati si Rasul walau mereka di kampus. Takdir, mereka berada di kampus sama negeri. Tapi takdir menentukan dia bukan buatmu sahabat. InsyaAllah, akan ada rasul lain buatmu.

D_Y_H
Sungguh waktu dulu suka dengar orang suara sedap, sampaikan paling update dengan lagu2 nasyed Malaysia, skrg? hermm hampeh.. dgr radio pun kadang-kadang.

0 comments: