Merembat-rembat segala-gala ^______^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Yeahhh hari ini Dayah telah keluar bershopping sakan barang2 rumah. Sedikit barang makan, penjagaan diri dan juga kecantikan rumah. Berjanji dengan Angah & Sri di rumah. Yang pada niat asalnya Dayah mahu ke HQ nya sahaja tapi di bangkang sekerasnya oleh Angah, makanya ke Putrajaya, Presint Diplomatik sahajalah kami Berbelanja juga dengan sungguh sakan lihat sahajalah berapa banyak kami menyumbang

Weeeewwitttt banyak x? Hehehehe Juling mata. Sekali shopping barang rumah sebanyak ini. RM719.75 yer kawan-kawan. Omakkkaihhhhh, Ko telan apa ni Dayah? Banyak GLER!! Memang banyak. Tapi kami puas. Banyak hasil rembatan. Semua total barang di beli adalah 120 items. Hah! Ambik kau. Hehehe.. utk pengetahuan semua isi rumah Dayah ada 13 orang ke semuanya. Eleh sikit je tu Dayah oii! hehehe x de x de. Nak juga kata banyak. Hehehehe. Harap2 semua barang ini bertahan selama sebulan yer. Jangan esok ada yang buat pesta sabun, pesta susu, pesta sardin, pesta tuna, pesta ubat gigi. Mahu botak kepala den, beli lagi. Hahahahaha. Selepas itu Angah dengan semangatnya mengajak Dayah g makan dekat Mr. Kebab. Layankan aje hehehe

Bersungguh-sungguh dia taw! Yer yang baju kuning, ala-ala comel tu adalah Angah. Yang muka terkejut dan memerlukan CPR itu adalah Sri. hahahaha.. ada siapa2 nak bantu Sri ;P


Tadi Cik Sri kita ni putus semangat melihat bil, sekarang dia lebih bersemangat kerana sedang berangan di beri CPR oleh jejaka hensem. ekekekeke, siapakah itu? Jeng jeng jeng... oh ya itu pilihan minuman kami. Aten tan ton pun turut serta ya. Cuma dia pemalu untuk bergambar, hahahaha.

Ecehcehceh semangat Angah tuangkan minum buat bakal suami.. wakakakaka. auta semata-mata. Dia sengih ala-ala Angelina Jolie tu, sebab Dayah nak ambil gambar dia. Hehehe, oh ya air dalam botol itu SANGAT SEDAP! 1st time nampak. Bergas. Sri punya ni. Dia memang hantu air gas. Pantang keluar makan, tak sudah2 dengan air gasnya. Sri hati-hati, jangan berlobang perut tu nanti.

Ini Dayah punya, Chicken Sheesh Kebab *betul la kot.. kekeke lupa plak namanya* Not bad! Boleh la korang try ek. Cili tu rugi je dia bagi. Bukan Dayah makan pun. Hahahahaha.

Ini Sri punya. Grilled Chicken with Mandie Rice. Ayam tu rasanya sedap. Nasinya Dayah tak taw. Tak jamah pun.

Ini Angah & Aten tan ton punya. Grilled Chicken Wing. Notice tak setiap hidangan dia ada cili hijo tu. Agaknya la kan pak-pak Arab ni kunyah cili hijo ni macam makan karot la kot kan?


Ohh ini namnya, chicken curry ya kawan-kawan. Sumpah tak ada test curry langsung. Mungkin rempah mereka lain agaknya. Oily gler. But not bad la.

Dan ini pula adalah Tandori Nan Cheese. Sungguh tak berapa nak Cheesy. Tak rasa langsung ek cheese dia. Memang ko kedekut la!! Siap Dayah panggil waiter tu tanya betul ke ni Cheese Nan. Sampai mamat tu kata yer betul, Dayah pun kata tak ada Cheese. Sudahnya mamat tu nak angkat, agaknya nak letak cheese la kot. Tiba2 Angah menyampuk, ehh adalah cheese. Dayah geram terus cakap, tapi kedekut. Mamat tu pun blah, entah dia dengar ke tidak. Sedap lagi Cheese Nan dekat Q-Bistro & kat KL tu apa ntah nama kedainya. Melimpah2 cheese dia.. adehhh terliur pulak teringat!

D_Y_H
Penatnya mata membaca. Perut pula kekenyangan. Apa tah lagi syaitan dok berbaris kat kelopak mata ni. Makin berat di rasakan, seolah mahu katup, hoiiii berapa ramai ko syaitan menyibuk duduk kat kelopak mata aq ni?? Dengki eh, aq nak stadi ni!! Poh poh poh balik India!

5 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Dayah dalam satu rumah ada 13 orang..ramainya adik beradik Dayah..mesti kecoh sentiasakan Dayah, akak suka dayah letak gambar2 macam ni kat blog, kalau tak Dayah menceceh seseorang aje...tak bergambor..ha.ha

Dayah said...

Salam Kak Yati,

hehehe.. tu la ramai memang..
Riuh tok sah cakap.. tapi kami riuh waktu2 tertentu sahaja. Bila semua keluar bekerja, sekolah or kolej.. rumah seprti rumah hantu tak berpenghuni.. kekekekeke..

hehehe.. baiklah kak ^___^ dayah akan letak lebih banyak gambar ... hehehehe

tie_sri said...

uit k.long...x aci letak gambar terkejut...letakla gambar comel sikit....hahaha.....
entah lah sapa owg tu kan???hahah...
cpr??tolong2x

Kak Ungku Betty said...

Wow.....lepas shopping sakan, pergi pulak makan-makan sakan...satu hari aunty nak joint jugaklah...boleh Dayah? hikhik...HEBAT!

Dayah said...

Salam Auntie Betty,

No hal.. menambah ahli shopper.. hehehe
anytime you can joint us Auntie ^__^

Terapi tu auntie.. lepas buang duit kami buat lemak.. ekekekeke