Bonggol Unta

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah sedang membaca artikel student accountant tentang IFRS for SME sambil melepak minum green tea. Nyum sedap rasa milky. Hehehe.. hakikatnya Dayah tak berapa suka susu. Tapi susu itu baik untuk kesihatan.

Membuka facebook dan terdorong membaca artikel tulisan Kak Ummu Noraslina, Dayah memang gemar membaca penulisan beliau yang seperti membaca sebuah cerpen pendek yang penuh pengisian. Kali ini beliau menulis berkaitan wanita dan fesyen. Sedar atau tidak makin ramai yang berpakaian berlebih-lebihan. Memang kita wanita di lahirkan fitrahnya mahu kelihatan cantik tapi kita harus beringat ada batasannya. Jangan sampai ia mendatangkan fitnah dan kemudaratan buat diri kita sendiri.

Hadith Nabi junjungan ini yang Dayah nak kongsikan bersama dan sebagai renungan kita bersama:-

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan mereka ), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”. (Hadith riwayat Ahmad )

Bonggolan si Unta, faham tak? Maknanya bertudung tapi ada bonggolan di kepala. Menunjuk setinggi mana rambut mereka boleh di ikat. Dari tengok bonggolan sahaja, sesiapa sahaja dapat meneka panjang mana rambutnya. Serupa menelanjangkan rambut mereka. Jadi kawan-kawan mari kita perhatikan. Seperti bonggolan si Untakah kita?

Ini mesti Unta di kutub.. tebal benar bulunya.. kekekeke.. for me its look ugly.. sorry enchik unta.. hihihihi

So kawan-kawan, berhati-hati dalam berfesyen. Tidak salah berfesyen tapi haruslah berlandaskan hukum. Sama-samalah kita perbaiki diri. Supaya lebih baik dari semalam.

D_Y_H
Duduk dkt sini saya makin rimas.. pakaian sopan tapi mencemarkan imej pakaian tersebut.. bertebaran asap kotor ke udara.. apa nak jadi.. sudah di war-warkan itu tidak baik tapi masih tidak sedar.. sudah diwarkan kononya tidak boleh merokok di kaki lima.. tapi di mana penguatkuasa?? DIMANA? adakah sekadar membuat undang2 tapi tidak dilaksanakan?

0 comments: