Alahai adikku sayang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tengah dok stadi kepala pusing-pusing melihat sekeliling. Ternampak dua remeja perempuan duduk di kaki lima sambil menghirup kopi segar. Di jarinya yang panjang-panjang dan comel ada sepuntung rokok. Lalu di lalukan ke mulut dan di hembuskan udara kotor ke udara.

Cantik orangnya, tapi sayang kenapa kau sia-siakan waktu mudamu adik. Waktu sebegini layaknya tempatmu di sekolah melakukan aktiviti sekolah yang tak lama lagi kau pasti rindu untuk melakukannya semula. Tapi ketika itu ia sudah terlambat. Terlalu lambat untuk berpatah kembali.

Kadang-kadang kita lupa, orang sebelah kita membuat salah tapi dek kerana terlalu memikirkan masalah sendiri, orang sekeliling kita lupakan. Bila sudah terlambat baru mahu sedar. Ketika sudah lambat untuk berpatah kembali. Dalam hati,
Mau habis sekotak budak ni!
Mula datang tadi kotaknya masih berplastik


Sayang adik bangsaku,
Kenapa biarkan kita di pindang sebelah mata,

Sayang adik bangsaku,
Kenapa biarkan dirimu ditertewakan musuhmu,

Sayang adik bangsaku,
Mana pergi ilmu tertib, sopan dan agama yang diajar gurumu,

Sayang adik bangsaku,
Mana pergi jati diri yang mahu jayakan diri dan setanding bangsa agung dunia,

Sayang adik bangsaku,
Perlukah kau hanyut dek kepalsuan nikmat dunia yang kelak merosakkanmu,

Sayang adik bangsaku,
Perlukah kau gadai duit, maruah dan cita-cita semata-mata kerana dunia gelap itu.

D_Y_H
Sayang adik bangsaku .. kata orang selagi tak jatuh gaung dalam kau takkan sedar! Tapi adakah aq sanggup melihat Sayang adik bangsaku jatuh sehingga ditelan dek bumi??

0 comments: