Penghinaan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah baru je baca berita ini dalam Bharian. Terkejutnya! Ada lagi peghinaan di lakukan keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Baca ni!

South Park' hina Nabi Muhammad

2010/04/23

Pergerakan Islam bantah gambaran kartun Rasulullah pakai kostum beruang

LOS ANGELES: Pencipta rancangan kartun televisyen South Park diberikan amaran bahawa mereka mungkin akan menghadapi tindakan ganas kerana menghina Nabi Muhamad apabila menunjukkan Rasulullah memakai kostum beruang.
Laman web kumpulan Revolution Muslim di Amerika Syarikat memberitahu Matt Stone dan Trey Parker bahawa mereka mungkin akan menerima nasib seperti Theo Van Gogh. Penerbit filem Belanda kontroversial itu ditembak dan ditikam hingga mati pada 2004 oleh seorang Islam yang marah kerana filem beliau mengenai keadaan wanita Islam.

Laman web berkenaan turut memberi maklumat mengenai lokasi rumah Stone dan Parker.

Ia turut menyenaraikan alamat pejabat penerbitan mereka di California dan pejabat penyiaran South Park di New York, Comedy Central.

“Kami memberi amaran kepada Matt dan Trey bahawa apa yang dilakukan mereka adalah bodoh dan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini,” kata penulis artikel, Abu Talhah Al-Amrikee.
“Ini bukan satu ancaman tetapi satu amaran kepada realiti mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” katanya.

Al-Amrikee kemudian memberitahu Associated Press bahawa kiriman terbabit bukan bertujuan untuk mencetuskan rusuhan. Ia disiarkan untuk memberikan kesedaran mengenai isu itu dan melihat ia tidak akan berlaku lagi, katanya.

Jurucakap Comedy Central berkata, rangkaian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

Dalam episod ke 200 South Park yang disiarkan di Amerika dan United Kingdom minggu lalu menunjukkan Muhammad muncul beberapa kali dalam satu kostum beruang. Utusan agama lain juga turut digunakan termasuk Buddha.

Bercakap dalam satu temubual laman web Boing Boing sebelum rancangan ke 200 disiarkan, South Park mempertahankan adegan berkenaan.

“Kami bersikap hipokritikal terhadap mesej kami, pemikiran kami, jika kami katakan ok bermakna jangan jadikan jenaka dengannya kerana ia tidak akan melukakan kita,” kata Parker. – Agensi

Sumber: Berita Harian, 22-April-2010
Allahuakbar. Apa lagi propaganda mereka. Selagi bumi belum hancur selagi itu musuh Islam berada di mana-mana. Tidak pernah kenal erti hormat pada agama lain. Dalam Islam kita di ajar untuk menghormati agama lain, jangan sesekali kita menghina orang lain. Moga-moga Islam terus mekar di hati kita dan rahmat Allah sentiasa makmur bersama kita, Amin

D_Y_H
Kesal dan marah, tapi lebih menyakitkan melihat Palestin. InsyaAllah, PALESTINE WILL BE FREE!

0 comments: