Mood rajin masak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini hidup rasa begitu AMAN sekali! Tanpa bunyi deringan HP.. aceh..aceh..macam popular sgt orang nak kol kan gataihahaha saja berangan angelina jolie.. ramai peminat gelakguling

HP saya kehabisan bateri & ia rosak. Makanya saya akan tunggu esok untuk membeli bateri yang original. Huhh, awatlah hang rosak! Orang kata PDA hp tak elok mati sendiri ek? It's good for you to charge it before its went off sendiri. Ye ke? Dayah memang tak tahu, tahu pakai hp sahaja. hahaha.

Di sebabkan hari ini my lecture postponed class to next week, makanya saya banyak masa. Dah lama tak rasa macam ni!! Pagi2 genyeh2 mata, uishh lapaq perut ni. Selesaikan perkara2 asas dulu. Kendian lepak depan TV jap. bodek mama la konon, nak nasi lemak. Haihh tak di layan.

Tiba-tiba teringat perbualan dengan "katok" she pregnant now, dah 2 bln. Nampaknya Dayah nak jadi Aunty ni sengihnampakgigi horey! Bakal bersalin bulan 10 ni.. kebetulan sama dengan Murni & Amai. Depa ni sepakat rupanya nak beranak sama bulan, ntah2 sama hari dak?

Ber"YM" dengan ana Jumaat lepas, dia kata dia teringin makan nasi tomato. Haa.. mula tak senang duduk Cik Dayah ni. Kawan mengidam mestilah nak tolong tunaikan. Nak pula dia duduk jauh ngan laki dia. Terus dan dan habaq kata tak pa nanti aq masak hantaq kat ang. Terus dengan tersipu2 malu ana kata, dakk aihhh aq main-main ja. Cehh semangat dah Dayah ni, ni dok semangat nak hantaq sekali ana kata dak. Ceh ceh ceh.

Itulah bermulanya kerajinan memasuk dapur Dayah. Bermula dari pukul 11 pagi, cari basmathi. Cari tomato puri, cari kelengkap yang lain. Alih-alih, ibu kata Along tomato puri dah habis gigil alah macam mana? Terus idea gle datang. Aq masak hentam kromo je la. Angkut rempah kurma. Dah lepas minyak sapi cair, Dayah masukkan bahan2 tumisan. Wangi serumah. Tiba2 rasa sedap letak ayam ni. Potong ayam kecik2, then tumis sekali. Kendian dan kendian sehinggalah nasi itu Dayah kukus. Sambil tunggu nasi masak, potong ayam utk masak ros. Dan ayam pencen utk dalca. Dalam pukul 1 selesai dengan hidangan, nasi hentam sahaja, ayam ros, dalca ayam pencen, jelatah timun & nenas, puding karamel & sejug air oren. Dengan bantuan askar-askar maka kami pun makan dengan senang hati, hehehe.

D_Y_H
gambaq malas nak ambik sempena hp x ada bateri

0 comments: