Menulis

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semua orang pandai menuliskan. Tak kira pada catatan apa pun juga. Ia di kira sebagai menulis. Menulis entri blog pun menulis jugakan, bezakan kita menekan butang-butang keyboard dan tulis pun tertera di skrin sengihnampakgigi kan kan kan.. hee

Hari ini terasa kurang sedikit beban kerja, sebab file-file penting semua dah masuk bilik manager, fuhhhh kelegaan yang tiada tolok bandingan. Cuma bit risaukan report & some of the workpaper tak menepati kehendak mk. Review file pun dah habis. Tengok meja clean rasa nak menari-nari je ni. Jom menaricelebrate

Tapi ada lagi, kerja mana reti surut. Major work dah siap. Sekarang ini tengah draft audit program pulak, revamp some AP yang tak berapa nak relevant and put some update. Creak head sikit. Sambil mendengar lagu-lagu dendangan Maher Zain. Memang terbaiklah lagu-lagu dia. Meh dgr sekali lagu yang pada Dayah kita semua ada tanggungjawab ini.



PALESTINE WILL BE FREE!! InsyaAllah.

Berbalik pada cerita menulis tadi, dah lama Dayah nak letak karya-karya lama Dayah yang dah tersimpan bertahun lamanya dekat sini tapi bila fikir-fikirkan kembali, eh kenapa ek setiap kali tgk cerita ni. Aq dah pernah tulis la. Tapi idea itu tersimpan lama dan dikurung baik dalam sebuah folder dalam komputer peribadi. Hehehehe. Sekarang bila dah tengok ada idea yang sama, I feel like to delete it! Bukan satu dua tapi dah beberapa. Jadinya sekarang ini, Dayah rasa nak kena olah semula cerita tersebut supaya menjadi bahan yang lebih fresh. Tapikan, bila agaknya Dayah nak buat ek? Pagi sampai malam (paling awal sampai rumah 10.00++pm) kerja. Balik sudah tentu tak ada langsung idea muncul. Mcm semalam sampai ke pagi dengan baju kerja takbole ish ish not to follow, buruk perangai! Sampai terbawa mimpi, insurance tak lulus. Sob sob sob. Kalau tak lulus juga. Nampaknya kenalah tunggu another 5 years. Insurance company memang tak nak ambil risk. Kata exclude! Pelikla. Nak kena ada Insurance comp. sediri ke ni. Modal kena RM1Million tak silap (betul ke ni ek.. tak silaplah.. correct me ya kalau salah) Hari minggu? Tok sah cakaplah, kelas beb.. kelas.. kalau nasib tak berapa nak baik sampai petang kelas. Dah penat idea pun malu nak keluar. Dulu Dayah amalkan bawa "buku idea" jadi bila tiba-tiba dpt ilham Dayah akan catat tapinya bila dah menulis di buku di komputernya kadang-kadang terlupa pula nak update. Alih-alih jadi lain pulak.. kekekkeke.. mcm-mcm kan.

D_Y_H
Nak menulis kena ada upaya dari segi bahan & idea

0 comments: