Mengimbau

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah sekarang sangat-sangat pening kepala + mengantuk. Aduh, tak suka la. Kerja tok sah cakap, sentiasa banyak. Minggu ini semua kerja on hand kena submit. Ada new work due pulak. Haihhh, layan je la. Walau tak tahu kaki tangan mana harus di capai lagi.

Utk mengelak mata saya tertutup. Dayah buka friendster yang sudah lama bersawang. Kesian dia kan. Sejak-sejak ada fb ni, pemalas benar nak click friendster ni. Padahal, dia hadir dulu & di selia syarikat milik Malaysia (correct me if I'm wrong)

Tiba-tiba terlihat gambar-gambar lama. Haihh mengimbau kenangan lalu sungguh. Sungguh rindu saat itu dan sangat-sangat teringin kembali saat itu. Tidak mahu duduk di kerusi ini walau sesaat pun. Tapi apakan daya, masa berjalan ke hadapan bukan kebelakang.

Waktu ini, final year. Alhamdulillah, Project Jejak Ilmu ke Laluan Sutera saya berjaya di laksanakan. Kami mencari sponsor sana sini dan membuat sedikit jualan dan untungnya kami salurkan dalam tabung ke Beijing ini. Gambar ini saya selitkan kerana ada wajah Prof. Madya Dr Noorhayati Mansor yang sangat saya hormati. Beliau seorang pensyarah yang tidak lokek. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.

Yang ini program "ACCOUNTING TALK" Alhamdulillah berjaya dilaksanakan juga. Kami jemput Speaker dari MIA. Without sokongan team2 yg hebat. Program ini tidak dapat di laksanakan dengan sempurna. Banyak lagi program2 talk akademik yang dah Dayah dan kawan-kawan usul dan laksanakan sepanjang di kampus dulu. Semuanya pengalaman berharga yang tidak dapat kami kutip di mana-mana.

Inilah my best buddies, Uma, Neni, Ili and me.. Dayah. Mereka tulang belakang saya di kampus. Sewaktu pilihan raya umum kampus, saya masih ingat mereka membantu saya menampal poster di seluruh kampus ketika saya sibuk berkempen dari satu kolej ke satu kolej. Pengalaman yang berharga yang tak mungkin Dayah lupakan. Dengan mereka jugalah, saya gelak ketawa dan menanggis bersama. Kami juga team yg hebat untuk membuat assignment & presentation. Dan keputusan kami masing-masing cemerlang, syukur. Dan yang paling penting, kami serumah dan sebantal. Alhamdulillah, final year saya berniat dalam hati yang saya nak adakan program yang kami boleh melihat dunia luar bersama kawan-kawan baik saya. Syukur terlaksana. Walau terpaksa turun naik canselori, redah hujan panas mencari sumber kewangan. TQVM my friends cium

Ini kenangan di Titlis, Switzerland. Belaja kehidupan dan sosial masyarakat luar buat saya berfikir jauh mana sudah kemajuan tempat kita, elok mana dah sosial negara kita? Tinggi mana sudah tahap pendidikan rakyat negara kita? Baguskah perkembangan ekonomi rakyat Malaysia jika di banding masyarakat membangun dengan pendapatan perkapita $66,926 (as at 2008-Swiss)

All ladies in black @ King's College, Cambridge. Prestige memang tempat ini. Jejak kaki masuk sahaja ke dalam college, Dayah dapat hidu suasana menuntut ilmu. Sungguh teruja. Kalaulah berpeluang lanjutkan ke sana. Amin.

Us.. suku dari rakan-rakan seperjuangan perwakilan pelajar. Waktu ini dekat Brussel tak silap Dayah. Kami yang ladies-ladies sibuk nak ambil gambar dia org pun nak menyibuk sama. Apa lagi round picture la. Some of them berniat menjadi pemimpin negara satu hari nanti. Saya doakan mereka berjaya dan menjadi pemimpin yang berjaya dan berlandaskan norma-norma kehidupan normal manusia & paling utama berlandaskan pegangan agama. Tanpa agama ibarat manusia tidak bertulang. Kebanyakkan mereka kini ada yang bergelar pensyarah, masih menuntut membuat Sarjana, researcher, doktor pun ada dan dayah cuma orang biasa peace

D_Y_H
Rasa hebat bila di kelilingi orang-orang hebat

0 comments: