Emolah saya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hoiii curang!!!
Maya curang pada Adam. Oh, Dayah memang addicted dengan cerita Adamaya ya.
Di tambah dengan kecomelan Amani dengan suara rock dia tu. Comel sungguh budak kecik ni.
Walaupun tak balik kerja awal tapi masih dapat mengikuti cerita ini secara online. Terima Kasih TV3! Dulu catch cerita Nur Kasih, sekarang hot Adamaya. Emo Dayah watch this movie. Kesian Amani, bila dia kata "Mama tak sayang kita" sedih sob sob sob.. emokan Dayah!

Siapa turut emo? Mesti ada yang sakit hati dengan Maya kan. Ada suami yang baik buat hal. Rasa tersisih, rasa kosonglah. Mentang-mentang di gula-gula oleh si Dani. Mamat sekor ni pun buat Dayah panas mata tengok dia. Rasa nak lajukan loading bila nampak muka dia. hahahaha buruk perangaikan.

Tapikan bila di kaitkan dengan isu masyarakat kini, perkara macam ini tidak mustahil tidak berlaku dalam masyarakat kita. Tengok sahaja kepada Statistik pencerian di Malaysia ia makin meningkat dari tahun 1990 (dilaporkan sebanyak 11,194) dan tahun 2008 (22,289 *ini paling update) kenaikan sebanyak almost 50%.

Statistik sumber dari : WWW.ISLAM.GOV.MY


Mengerikan, terlalu rapuhnya institusi kekeluargaan bila melihat statistik ini. Antara negeri yang mendaftarkan kes pencerian lebih 2,000 (utk tahun 2008) adalah KEDAH, SELANGOR (tertinggi dilaporkan), JOHOR, dan KELANTAN. Paling rendah adalah Labuan sebanyak 114 kes.

Dayah taklah come cross bila adalah masalah terus bercerai berai. But most of it macam itu. Apa punca semua ini berlaku? Saya nak ajak semua dengar lagu ini, dari Maher Zain. Is good song to listen and understand and good voice also, why you need wife for the rest of your life.



Ada sebuah lagi lagu yang tentang perkahwinan. Dengar dan hayati lirik-lirik lagunya, buat yang belum berkahwin tak salah boleh dengar dan ambil nasihatnya dan yang dah berkahwin cuba imbas kembali saat kalian di ijabkabul. Indahnya Islam.


Sedapkan suara dia sengihnampakgigi

Masa mematangkan manusia tetapi sekarang di lihat sebaliknya. Dan tidak kurang ada juga remaja yang belum tamat sekolah yang sudah tak sabar untuk berkahwin. Salah ke? Aisyah isteri Nabi s.a.w berkahwin dengan rasulullah ketika berusia 9 tahun. Mudanya, kalau kita mahu? Tentunya tidakkan. Sebabnya ramai wanita kini berdidikan dan Dayah tak kata orang terdahulu tidak. Kita di beri peluang setaraf dengan kaum Adam. Jadinya bila lebih berdidikan makanya lebih berfikir seseorang itu. Sebelum hendak membuat satu-satu keputusan semestinya berfikir panjang dahulukan?

Pada Dayah sekarang, ini sayalah untuk memilih calon suami bukan calang-calang. Bukan Ibarat memilih kain di Jalan TAR. Agak-agak cantik, murah dan kualiti. Terus, "makcik saya ambil yang inilah" Tidak! Definisi layak seorang suami pada saya memandu ke syurga yang hakiki. Berat dan luas maksudnya. Dunia makin bertambah usianya begitu juga manusia. Sebolehnya mahu yang sempurna tapi dalam kesempurnaan pasti ada cacatnya sedikit akan tetapi kecacatan itu boleh di tampung dengan adanya keseimbangan (ingat tu Dayah!).

D_Y_H
Jika cinta manusia itu sukar, kejarlah cinta Illahi. Saya bertanya pada diri saya sedalam mana cinta saya kepada Allah?

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

naudzubillah saya di UJI sedemikian rupa..masa becinta pun banyak dugaan ni kan lagi berumah tangga..WALAU APAPUN menduakan suami itu NERAKA lah sd pasti..sbb syurga isteri d bawah tapak kaki suami T__T..yup tidak mustahil..beberapa kawan saya pun sudah terJEBAK sedih kan?! tp itu urusan mereka dan suami yang penting kita kena amik iktibar..'kawan jangan main api nnt membakar diri'-kawan, ruhil

Dayah said...

Salam Kak Aima,

Itulah kak minta simpang dan sentiasalah berdoakan. Kisah benar mungkin ramai. Kalau rakan terdekat elok di nasihati. BaitulJannah perlu di jaga. Saya setuju dengan akak tempat seorang isteri di sisi suami. Sebab itu sebelum berkahwin kena faham kenapa perlunya berkahwin.