E-Filing

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah menunaikan tanggungjawab? Apa lagi hantar file ke Lembaga Hasil la kawan-kawan. Kita duduk dekat Malaysia, kena bayar TAX. Jangan buat-buat lupa pulak ek jelir untuk individu kena submit pada 30-Apr-10 dan bagi individu berserta pendapat syarikat due adalah bulan 6 (tak ingatlah.. nanti Dayah inform balik yer)

Ada beberapa hari lagi yer untuk submit. Dayah pun belum habis filled up. Sebab kena kira balik berapa deduction for study yg Dayah belum convert to RM lagi. Haihhh tak sempat nak buat. Asyik-asyik pending.

Ada orang kata, buat apa nak bayar tax, korang taw duit tu government belanja ke mana? Banyak berhabis untuk kerja-kerja salah je .. masuk poket sendiri depa yg rumah besaq kereta besaq .. isteri berderet! dan ada juga orang kata itu tanggungjawab kita & sumber kerajaan adalah hasil cukai untuk pembangunan negara, kalau dia salah guna itu dosa dia, tak amanah & berintegriti! haa.. korang orang yang mana satu? ke tak masuk dlm kedua-duanyasengihnampakgigi

Tepuk dada tanya hati, sebagai Khalifah kita ada tanggungjawab. Zakat jangan dilupa. Rasa tak mau bayar tax banyak, bayarlah zakat lebih sikit. Itu saham akhirat. Sekurang-kurangnya dapat rebet. Mana lebih korang pilih? At least tanggungjawab terlaksana & saham akhirat di kumpul. Tapi kena ingat nak dapat rebet, Zakat kena bayar pada atau sebelum 31-Dec setiap tahun.

Buatlah ada file tapi tak hantar, esok2 kena audit! Nasiblah kena bayar tax menimbun. Konsepnya sama mcm ada hutang tak bayar2. Macam hutang PTPTN, MARA dan seangkatan dengannya. Kalau di perap2 tak bayar2, akhirnya siapa yang susah? Inilah lumrah masyarakat kita kini. Dalam Islam, kita adalah di tuntut untuk membayar hutang. Kalau tahu diri tak mampu kenapa berhutang? Jadi kita kena beringat semasa berbelanja. Ukur kemapuan diri lepas itu baru buat loan, ya. Dayah ni pun sama, cepatlah habiskan bayar PTPTN tu Dayah oiii!! Percaya atau tidak lagi banyak kita bayar lagi sikit management feesnya! I did it sebab tu bagi taw!

D_Y_H
Jangan lupa ya, kita hidup berperaturan kalau kita hidup berlandasan hukum insyaAllah kita nampak kenapa ia perlu.

0 comments: