Accrual n3

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alahai tajuk entri macam nak creat accrual account pulakkan. Sapa hutang Dayah ni?? jelir hehehe Dayah yang berhutang cerita sebenarnya garupale saja nak buat muka innocent kekekeke. That day one week Abahmama pergi Indon. Hobi betul dalam setahun tu beberapa kali mesti turun Indon. Macam 2nd home dah pulak. This time they went to Bali with accompanied by Pakcik Usop. Mama kata rumah Pakcik Usop ni macam Istana. Pergghh, tak dapat nak bayangkan.

Happynya muka. Selalu pi sekejap-kejap. Kali ni lama, seminggu depa pi.. apa lagi kami kecoh-kecoh dirumah yang sedang di renovate.

See Mama pun, dari sana bila give a call. Yang dia tanya rumah dah kemas dah?.. rumah dah siap dah?... acehh bukan nak tanya along dah makan?.. huhh mama memang. Rumah dia je dia dok ingat angkatkening

See Datin with Abah. Dia yang request for this picture. I pray that one day, she truly become Datin, hehehehe. Hang nak dak Datin?

With Kak Yati at Pesta Buku. Sabtu hari kedua terakhir baru Dayah sempat jengah. Itu pun terkocoh-kocoh dari kelas di Shah Alam, lari balik jemput adik-adik zaass terus ke PWTC. Jammed beb. Lenguh kaki bawa manual. Kalau dah pi semua Mr. Black tak boleh accommodate semua. Sampai memang booth NB yang kami cari dulu. Mujur sempat tangkap Kak Yati. Mula2 dia macam blur-blur yang mana satu laa si Dayah ni. Apa-apa pun saya suka, sebab setiap tahun saya akan singgah booth NB cuma tahun ni, NB dah kenal saya... huhuhu best ooo. Dayah ni dah la berhutang baca karya Kak Yati lagi ni, karya AK pun sama. Nampaknya kena tunggu after bulan 6. Sekarang mu P1 & P2 yang kena bagi keutamaan. Nak baca buku-buku sampingan yang dah jadi satu rak tu pun tak sempat lagi.

Cik Ting Tong with Kak Yati. Dalam kamera Dayah ni memang gambar Kak Yati semua katup mata. Haihhh. Malu benar mata Kak Yati dgn kamera jelir

Ni budak sedih. Muka tak reti nak senyum.

Lepak while waiting Angah & Sri yang tiba-tiba hilang dari radar

Tiah & Aten. Ni barulah nampak senyuman ko Tiah. Bila tahun budak berdua ni nak update blog ntah la labu. Buka-buka sama je. Kalau fb laju je. Apa salahnya update blog tu. Follower along tengok dah bertambah. Rajin-rajin la bercelotoh. Tiah hang story la tips masakan yang hang belajar, kan berguna tu. Tak pun resipi-resipi terkini ka? Restoran-restoran terkini yang best-best untuk di terjah kah?

Huh budak ni memang suka enterprame gelakguling

Sempat juga kami terserempak dengan Chef. Zaidah. Tengok dia buat kerabu. Dia letak dragon fruit. Dayah tak tahan bau belacan. Menusuk kalbu tu. Terus ajak adik-adik blah. Kerabu terbaik dalam kamus makanan Dayah adalah hasil tangan Pn. Siti Zaleha Ishak. Memang terbaik dari ladang no body can beat it. Cuma Dayah ni memilih ya, saya sangat fussy pasal makan. Boleh makan di mana sahaja, but after that mulut saya akan automatic complaint, hahahaha.. Teruk betul budak ni, Mamalah orang selalu Dayah complaint. Hahaha, padahal sedap je. Sengaja cari pasal dengan Mama... hahahaha.. apa punya anakla.

Lepas dah penat pusing seluruh Pesta buku, adik-adik dapat borong beberapa beg komik. Kami blah. Tujuan adik-adik saya ni memang nak cari komik. Hantu komik masing-masing, Dayah? Takla. Masuk the mall sekali nampak kereta antik dan dan tu berangan bila la aq nak pakai sebiji rindu

D_Y_H
Time for class dah ni, today consol tak ingat apa dah ni!!! taw kalau subsi kena add semua kalau associate just add profit sahaja.. exam less than 2 month lagi ni.. wish me luck surprised

0 comments: