100 ekor

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Abah kata, "bela 100 ekor lembu lebih mudah dari seorang anak perempuan" itu namanya dia upset & marah. Anda kata apa? Susah ke bela anak perempuan ni?

Senang ek nak bela lembu-lembu ni?? Dayah memang dah lama mengidam nak jadi toke lembu. Kalau Abah kata senang, elok sangatlah cita-cita saya tu. Mula dengan 100 ekor lembu dulukan. Kita tengok mana lebih mudah gelakguling bukan Dayah perli Abah yer. Hehehehe. Hakikatnya saya setuju. Memang agak payah membela anak perempuan. Abah kalau boleh dizikirnya telinga Dayah hari-hari. Kalau dia tak puas hati dengan anak-anak dia, Dayah di jadikan mangsa suruh mencari & tegur. Haihhhh

Saya pun degil taw! setan Dulu main redah je apa nak buat tapi bila Abahmama kata jangan masuk juga dalam kepala. Nak buat masa tu terus patah balik. Hahahaha pergi tempat lain. Masa 1st year dekat UMS, ada aktiviti BTN ke one place dekat pendalaman. Call Abah tanya boleh pergi tak, immediately dia kata JANGAN PERGI! Saya kata kat dia TAK PEDULI NAK PERGI! Abah kata KALAU JADI APA2 JANGAN SALAHKAN ABAH!

Haa.. mengugut taw Abah saya ni. Dayah tak pergi yer. Sampai masuk 4th semesta baru Dayah joint aktiviti keluar Uni itu pun pergi Australiagelakguling nak bagi pergi yang jauh aje ko. kekekekeke.. Tapi aktiviti kampus yang lain saya tetap gigih ikut. Cuma bermalam tempat selain asrama adalah DILARANG. Yang best lepas balik Australia, Abah suruh Dayah bawa engineer TNB pergi tgk chiller dekat Shanghai, rezeki..rezeki beb. Bestt oooo. Now tak tahu bila lagi ada rezeki nak pergi sana lagi. Wehhh, tender2 kerajaan itu tak ada ke yang nak keluar boleh tolong buat & dapatlah pergi tgk chiller lagi... hahahahaha...

D_Y_H
Dayah nak anak lelaki la.. takut bela anak perempuan ni..huhuhuhu berangan besar budak ni!jelir

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

anak lelaki pun sama jg la dayah..kalau tak cukup didik rosakkan anak org mcm mn..? naudzubillah..

Dayah said...

Salam Kak Aima,

Betul tu kak.
Minta simpang la tu semua.