Yes Berjaya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Last week, weekend yang panjang sedikitkan. Di sebabkan sedikit panjang dan Jumaatnya adalah cuti makanya Dayah bolehlah ada masa sikit berperang di dapur. Bergelar part time student ni, weekend dah tak ada. So bila tiba-tiba Jumaat tu cuti di tambah ada request dari kawan ofis, makanya Dayah berjaya masuk dapur kenyit

Kalau tidak agak2 Dayah rajin tak memasak, hehehe haruslah malaskan. Bak kata mama, "hang ni along bela badan betui la" opsss. Anak dara apa ni?? menarimalu Skill masak tok sah cakap memang merundum jatuh. Kalau diberi markah agaknya mesti dapat F, huhuhu.

Dayah sudah start kereta awal-awal pagi ke pasar. Kononnya nak beli di pasar akhirnya ke Jusco juga saya membeli. Ish ish ish, padahal dah masuk Pasar Borong Selangor beli lesung batu buat hadiah. Antara sebab lain terus menonong ke Jusco adalah kerana banyak toiletries yang habis. Dah jadi routine, saya akan beli setiap bulan. So dari 2 menu yang difikirkan jadilah 6 menu termasak. Hehehehe, padahal diri sendiri yang masak. Saya buat dari A sehingga Z. Dari membeli sehingga ke menghidang, about 3 hours. Perghhh lama glerkan. Hahahaha.

Pergi shopping dengan Cik Ting Tong aka Aten, semua total pembelian barang-barang rumah termasuk bahan-bahan memasak almost RM450. Apalah ko beli ni Dayah aiii... takbole not good not goodkan?? Kenapa belanja banyak, sebab isi rumah saya hampir 15 orang. Jadi stok-stok toiletries harus mengcukupi sehingga hujung bulan. Tapi selalu kejap je dah habis. "apa!! korang minum sabun?" angah jawab kat Dayah "Dah ko beli semuanya best-best, apa taknya cepat habis" Sabar je lah adik-adik.

Selepas makan-makan bersama Klida & Anor. Kami punya agenda lain yg harus dilaksanakan. Iaitu mencari mesin basuh buat hadiah kawin rakan ofis kami. Satu ofis kumpul duit & hadiahkan. Lepas selesai urusan pembelian, kami terus bergerak ke Alam Damai. Tujuan untuk beraya ke rumah our partner. So dapat makan oren mandarin. Sebiji pun cukup hilang kempunan, huhuhu. 1st time Dayah sampai rumah my boss although dah bekerja dengan dia almost 3 years. Teruk betul Dayah ni kan, bukan apa ya.. selalu time dia invite selalu clash dengan other occasion. Lepas tu, ada lagi tempat kami jejak. Sampailah jam 1pagi baru pulang kerumah. Punya penat dengan assignment tak siap lagi. Terus pengsan, pagi2 kelam-kabut buat assignment & berkejar ke Shah Alam pula, cool beb peace

D_Y_H
Sya ada banyak gambar nak share tapi tak juga update2.. hehehe

0 comments: