El Nino

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sedar atau tidak, keadaan panas yang kita semua rasai kini adalah El Nino frasa lemah atau sederhana menurut pusat kaji cuaca tempatan. Panaskan? Fenomena El Nino ini berlaku setiap 3-7 tahun disebabkan fenomena laut(pemanasan lautan) dan berkait dengan banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan.

Nampak tak perbezaan kondusi biasa dan ElNino?

Selalunya malam mesti sejuk sahaja kan? Sekarang ini malam ke siang ke panasnya!! Dayah sekarang ini, siap pasang aircond & kipas sekali hah cayalah. Kalau ketahuan Abah memang kena marahlah. Membazirkanm, tapi sungguh panas. Bila mai pukul 3 -4 pagi kesejukkan pulak.. kekeke. Terus tutup kipas tinggal aircond terpasang.

Pusat kaji cuaca menjangkakan El Nino ini akan beransur pulih pada bulan April. Sebulan lagi untuk cuaca kembali normal. Bahasa kasar yang di gunakan, apabila orang mengadu panas akan di jawab dengan "eh kau banyak dosa ek" biasakan dengar macam tu. Panas ke sejuk ke. Kita kena terima sahajalah, ujian Allah. Kalau kita rasa panas sekarang terlalu panas, agaknya panas di padang mashyar nanti macam mana agaknya, di gambarkan matahari hanya sejengkal dari atas kepala kita dengan tidak berpakaian.

Petang kelmarin, Dayah yang duduk dalam ofis sedikit kecut dengan suara petir yang kuat dengan hujan lebat. Walau ia sekejap, tapi mampu membuatkan basement ofis ini banjir sedikit. Di Malaysia kita rasa kepanasan kan? Di negara-negara lain ada juga fenomena lain yang berlaku. Sebagai contoh negara Jiran kita Indonesia, kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu bertambah buruk. Perasan tak? Sabtu lepas Dayah berjalan ke KL, memandu pulang nampak KLCC tanpa bucu bangunnannya kerana di selaputi awan tebal (di malam hari ya).

Mengikut BH, 50 negeri di Amerika Syarikat masih lagi di selaputi Salji sedangkan ia sepatutnya musim sejuk sudah ke penghujungnya. El Nino bukan sahaja melanda Malaysia malahan seluruh dunia merasainya. Jadi kita semua kena sentiasa beringat, kesihatan harus dia jaga. Dalam suasana Malaysia sekarang, kita perlu minum lebih air (air masak yer kurangkan gula dalam pengambilan seharian)

Nota: Info El Nino (Bagaimana ia di beri nama)
(SUMBER: BERITA HARIAN, Selasa, 2 March 2010)
  • Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.
  • Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.
D_Y_H
Panas..panas..panas.. kita sejukkan dengan air yerpeace peace no war!

0 comments: