Cheer up!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Cheer up!! Cheer up!! Bangun pagi gosok gigi .. cuci muka terus mandi ... *eh lupa lirik gelakguling* ada sapa-sapa ingat lagu ni? Dayah ingat itu je la. Pagi dapat "BUZZ" kenapa lama tak online. Hari-hari online bosan jugakkan. Dayah kalau dah mengadap pc karang semua kerja pun tak jadi. Macam manakan. Sekarang rumah tengah horror sangat-sangat. Bilalah gamaknya nak siap. Pening tengok barang bersepah-sepah. Rasa nak kutip pi sedekah dekat orang, lepas tu mama jom kita beli semua barang baru hahahahaha gelakguling setansetan hang jangan nak mengarut Dayah garu kepala sat lagi Abah.

Dayah nak update picture-picture di Tawau, semporna tapi tak habis-habis edit lagi. Semalam memang battery weak. Pengsan sampai petang. Bangun-bangun lapar. Ajak angah pi makan. Lepak-lepak makan & balik pengsan balik. Betapa penatnya. Sungguh full aktiviti kami di sana. Paling membanggakan, Dayah dah berdikari berada di tengah laut yang sedalam lebih 20 meter, hoyeahh peace congratulation Dayah.

Ok ok kena mengaku dekat sini, saya ada perasaan fobia bila berada di paras air laut yang dalam di mana kaki saya tak cecah lantai laut. Sangat fobia & boleh buat saya terus hilang keyakinan. Tapi di Mabul Island telah buktikan Dayah mampu sebenarnya. Cuma perlu yakin! Sangat kagum dengan angah dia berani berenang sendiri ke tengah tanpa oversight sapa-sapa pun.

Dayah berangan nak ambil lesen diving. PADI's course will cost me about RM800. Sound interesting kita tunggu & lihat bila ya. Menjelajah ke pulau Mabul mengajar saya erti kehidupan & bersyukur. Selama 4 tahun belajar di KK dulu pun banyak membuka mata Dayah.

D_Y_H
"Don't complaint too much, we still ok if compare to other people living without house and enough nutrient food and clothes and shoes"

0 comments: