4D3N V4

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah version 4, muak dah ke? Hehehe, lama benarkan Dayah nak update blog sekarang. Busy ma, nak update hari-hari kena curi-curi masa. Buat ketika ini susah sikit nak curi-curi masa. Masa terlalu mencemburi sayalah. Dengan sibuk siapkan report & review file di tambah dengan rumah yang sedang di cantikkan dan persiapan si tiah. Dayah rasa kurang kaki tangan. Semalam suku rumah baru kami kemas. Itu pun terus pengsan semua lepas tu. Masih banyak lagi tak kemas. Hari ini dia orang continue work, mesti berhabuk balik.

Kita orang dah tak tahan tengok rumah macam kapal pecah, that why decide yesterday kemas all the pinggan-pinggan dulu & level 2 tengah. Sekurang-kurangnya pagi ni mata saya sedap sikit. Hopefully before mama & Abah come back rumah dah siap *mcm berangan je ni*

Kali ini catatan hari ke-4 dan malamnya kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini, merupakan hari bermakna buat Nuraenih Abd Sama, my buddies. Hari dia di ijab kabulkan. Alhamdulillah dengan sekali lafas Neni selamat bergelar isteri kepada Azhar. CONGRATE NEN.

Dayah tiba-tiba terjun tukang bawa dulang hantaran. Layan ajalah. Hantaran dia simple & menarik. She do it herself with help from other friend. Mudah sikitkan dari nak tempah, confirmlah mahal.

Ini barang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Sweet sangat color peach tu. Kalaulah letak sekali dengan fresh peach ROSE banyak-banyak mesti lagi menarikkan.

Dekat surau pun kami terjah sama. Sempatlah menyaksikan saat-saat CIK Neni bertukar status kepada PUAN NENI. Sempat uga kami berposing. Ada kawan saya bukan Islam yang turut sama. Dia orang nak masuk, saya tanya mereka. Kamu bersihkan. Haruslah bersih. Sama-sama kami dari Hotel bersiap bagai dia orang pulak nak kawin *opss x la sampai mcm tukan*. Saya katakan pada mereka tak salah, boleh masuk. Lagipun tujuan mereka untuk meraikan. Hormat rumah Allah. Kedengaran ada suara, "eh cina masuk dalam surau" dalam hati "Allah tak melarang sesiapa memasuki rumahnya pun" Kalau ia satu larangan kenapa Masjid Putrajaya, Masjid Negara membenarkan bukan Islam masuk ke dalamnya. Pada Dayah ia cuma pandangan seorang yang konservatif.

Kami sempat merakam gambar bersama pengantin di pelamin peach ^__^

Kali ini, Neni dah tukar baju ke peach. Cantikkan. Di sana semua hiasan menggunkan bunga-bunga palsu. Saya tanya kenapa tak pakai fresh flowers, kata Neni terlalu Mahal. Kalau taw saya tolong eksportkan. Tapikan dekat sana ada sahaja tempat-tempat sejuk. Macam kundasang, agaknya ketamakkan peniaga membuat barang murah jadi mahal. Dayah rasalah.

Tu dia, Pn Neni, Pn. Uma, & Cik Dayah, missing here is Cik Ili. So now kami dah balance. 2 dah berumahtangga dan 2 lagi single.

Dayah pun nak jugak ambil gambar dengan housemate saya ini. 2 tahun kami berkongsi bilik. Jadinya macam-macam cerita kami kongsi bersama juga.

Inilah suami Nen, Azhar. Jagalah kawanku ini baik-baik iya. Moga perkahwinan kalian kekal, aman & bahagia sehingga akhir hayat dan Nen menjadi bidadarimu di Syurga kelak, Amin.

Tengok tu si cik ceria. Ntah apa agaknya yang di pandang aten??? Curious sampai hari ini. Nak kata nampak abg. engineer tidak sama sekali. Konpius den. Si Sri pulak sibuk dengan pokok cilinya.

Nak balik dah sedihsengihnampakgigi sedih dan gembira dalam masa yang sama. Tapi yang pasti kami sangat penat. Sehingga the next day, Saya apply cuti. Kolaps + Demam. Uma sempat bawa Dayah & Chay Haw pergi minum ABC sedap ooo... macam-macam jenis pilihan ABC pun ada. Variasi jenis. So siapa-siapa singgah tawau, jangan lupa pekena ABC ya. Ada rezeki dan umur panjang kami sampai lagi, InsyaAllah.

D_Y_H
No one is free now.. everybody looks busy and me also lorr... but I', no longer staying office till late nite. I bring my work home and do it before sleep.

0 comments: