4D3N V2

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Before I start let me warn you, its will be my longest entry ever sengihnampakgigipeace huhuhu. Dayah took about 2 days to edit all the picture.

In our 2nd day trip, we going to Island hoping which is we choose to go to Mabul Island & Kapalai Island. It's very beautiful Island and I can see the blue sea and crystal water. Tak macam dekat PD. All what you can see is "TEH TARIK" sometimes "MINYAK HITAM". Its show how we've been contribute to the polluted sea. Did we contribute to the sea pollution?? I can say YES. Tepuk dada tanya diri masing-masing.

Cantikkan. Inilah Pulau Mabul. Siapa pernah pergi angkah tangan.. sengihnampakgigi

We start packing our things at 7.00am and having breakfast then waiting for boat to the Island. See below, Angah, Aten & Sri yang semangat. Lebih-lebih lagi Angah. Dia paling excited nak snorkeling.


See aten, she said she become more fatty?? Come on la dear, look at me. I am more fatty than you la darling. Live must go on & go healthier life. I like picture with aten.

Tinggi gila masa nak kena lompat masuk bot tu. Agak-agak ada dekat semeter. Tinggi la kan. Nasib masa Dayah terjun tak terbalik bot, hahahaha. Gurau je ek.


Macam-macam gayalah adik-adik saya ni. Berposing sahaja kerja mereka. Kejap-kejap "along ambik la gambar aq" haihhh layankan ajalah. Dalam hati bilalah saya nak beli kamera yang lebih hebat. Bila tu ek??

Berangan je ni, lesennya tidak ada ya.. kekeke

Lihatlah sahajalah gaya si Aten, hampir keseluruhan picture dalam kamera adalah gambar dia. Jenuh mengedit. Masa ni on our way to Island. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sepanjang perjalanan tidak ada sebarang gangguan. Bot tentera melintas membuatkan Dayah berfikir, rondaan polis ada army pun ada, senangkah sempadan negara di bolos? Tapi bila difikir-fikir balik, manusia ni kan terlebih kreatif. Macam-macam idea muncul bila mahu buat jahat.

Jernihkan airnya. Teruja saya masa sampai. Seolah saya nak terus berjalan di atas lantai pasir pantai tersebut terus ke homestay. Tempat pertama kami di bawa adalah homestay. Di sana kami, di beri peralatan untuk snorkeling & di beri tempat untuk menyimpan barang-barang yang kami bawa. Di nasihatkan untuk tidak membawa barangan berharga. Kami mengikuti BIG JOHN SCUBA dengan harga RM130 (student price), 3 times snorkeling with lunch. Murahkan.

Patutnya dah boleh gerak ke pulau. Tapi terpaksa menanti ada sepasang couple yang sedang pusing-pusing pulau mencari pakaian. Lama juga kami terpaksa menanti. Agak membuang masa, tapi kami sempat berlegar-legar disekitar BIG JOHN SCUBA HOMESTAY. Ada seorang mat salih yang dah tinggal kurang lebih 4 bulan di sana. Mula2 Dayah ingatkan dia tetamu tapi kenapa bersihkan google?! Konpius sekejap. Bila di tanya-tanya. Saja membantu. Dia sangat mesra. Agaknya terlalu suka dengan pulau tersebut membuatkan dia mahu tinggal lebih lama.

Ini adalah our 1st destination. Pulau Kapalai. Sangat-sangat cantik. Ada resort disini. Kalau menginap sedialah duit RM1000++ (price for no diving ya). Di sini banyak coral yang Dayah lihat. Kedalaman kami snorkeling adalah lebih kurang 20 meter. Banyak hidupan laut yang kami lihat. Dah tengah hari waktu ni. Dayah memang waktu ni tak berani lepas pelampung. Ada rasa fobia dengan air laut yang dalam. Sebab saya tak reti berenang. Tapi angah sangat berani. Dia sendiri-sendiri bergerak dengan googlenya menikmati kehidupan di dasar laut. Bila nak selam sikit air masuk, paling rimas.

Sebelum ke Kapalai, kami sempat membeli LOBSTER yang sangat-sangat murah padaDayah la. Kalau dekat sini mahu beratus habis. 10 ketul LOBSTER cuma di baya RM30. Mula ingat nak bawa balik, last-last kami habiskan terus. Ikan tongkol atau di Sabah lebih di kenali sebagai ikan kayu, Dayah agak-agak dalam 6++ kilo kot berat ikan tu, cuma berharga RM20. Murahkan hahhah percayalah. Ke ada siapa-siapa pernah dapat lagi murah? Free tak kira ek.

Gelapkan Dayah, you can see ada nampak belang sikit tu. Kalau panas sangat, my pipi macam pakai blusher kadang-kadang. Before this tak notice, baru-baru ni perasan. Ke Dayah yang perasan lebih, kakakaka. Tengok tu kami sempat hentam LOBSTER yang di beli. Semuanya di masak. Sedap hingga menjilat jari.

Uiiinaaa.. sana kau.. kekeke. We are at 22 meter deep from sea, dalamkan. This time baru Dayah confident untuk berenang sendiri. Without anyone oversight me. Padahal lebih dalam dan lebih banyak kumpulan-kumpulan ikan yang berenang. Kalau ada nelayan ni mau kenyang sekeluarga. Seronok bila tengok ikan berenang hampir dengan Dayah. Ada yang kecil dan tak kurang yang besar. Ada juga kumpulan ikan todak kelihatan semasa snorkeling di Kapalai. Paling banyak kumpulan2 ikan adalah di Mabul.

After Mabul snorkeling. Nampak tak seorang budak besar berbaju hijo tu. Dia sebenarnya masih ragu-ragu sama ada mahu terjun atau tidak. Angah siap mahu sambut lagi. Ish ish ishh Dayah ... Dayah.. memang saya rasa ragu-ragu waktu ni. Lebih dalam dari kapalai. Tapi ada seorang diver kata, nothing to worry terjun jak. Kau boleh ba. Terus Dayah dengan dari mana kekuatan terjun ke dalam air. Nasib baik paras air laut tak laporkan meningkat tiba-tibakan. Kakakakaka jelir

Inilah kehidupan mereka di sana. Tinggal di rumah kayu di atas laut. Ini lebih baik nasib mereka. Ada yang tinggal hanya di bot. Di situlah rumah mereka. Masak mereka di sana, tidur mereka di sana, mati pun mereka di sana. Kumpulan lelaki yang sedang berehat itu, bernasib baik kerana berumah walaupun cuma kayu. Gembirakan mereka bersantai ketika itu jam baru 3 lebih. Menurut master diver di sana, kebanyakan mereka tidak bekerja. Makan bergantung dengan hasil tangkapan. Tapi mereka tetap masih boleh tersenyum. Tidak seperti kitakan, masalah baru sedikit, tersepit sedikit masamnya seolah masalah tidak boleh selesai.

Kami mula dengan sedikit misi kemanusia. Dayah waktu ini, cuma diingatkan untuk membawa makanan ringan sahaja. Bila sudah hampir dengan mereka Dayah berfikir ini bukan pemberian yang sihat. Maafkan saya. Tidak berfikir panjang. Tapi mereka cukup-cukup gembira. Lihat sahaja wajah-wajah mereka. Walau tidak pandai berbahasa melayu, cuma sekadar "hallo", "minta ba" tapi dari raut wajah mereka Dayah tahu mereka gembira.

Ini adalah suku Bajau Laut. Mungkin yang melihat mengata mereka terlalu jauh ketinggalan, kenapa tiada orang yang mahu mengubah nasib mereka? Bukan tidak ada, tetapi mereka yang masih sempit pemikiran. Bagi mereka laut adalah hidup & mati mereka. Mereka tidak kisah walau tidak kaya harta apatah lagi pakaian. Lihat sahaja pada anak-anak mereka. Semuanya telanjang bulat. Kita melihatnya malu. Tapi bagi mereka itu lumrah, bagi yang sedikit dewasa mereka berpakaian.

Lihat sahaja pada wajah-wajah gembira mereka. Tersenyum manis menerima kunjungan kami. Dayah berkata pada Sri, "along rasa baik kita bagi buku pada mereka" bantai gelak sakan sri dan sempat berkata pada Dayah. "along dia orang bukan sekolah" tepuk dahi saya. Yer la pulak. Mereka tidak ke sekolah ya. Mereka hanya bersekolahkan laut sebagai kehidupan. Mereka masak dengan laut. Belajar dari ibubapa mereka. Ibubapa dan laut adalah guru mereka.

Ada rezeki insyaAllah saya ingin pergi ke sana lagi. Saya tertanya-tanya, apa agama mereka? Bagaimana mereka di kebumikan? Bagaimana mereka tidur & mandi? Tidakkah mereka berasa mahu keluar dari kehidupan mereka dan menjadi lebih terpelajar. Keluar dari pemikiran lama mereka. Saya di maklumkan, cuma ada seorang dari anak-anak "pelauh" / bajau laut ini yang berjaya menjadi professor. Siapa saya belum dapat full informasinya. Dia di besarkan oleh keluarga angkat. Syukur, sekurang-kurangnya dia berfikir ke hadapan. TAHNIAH di atas keterbukaan beliau. Mana tahu satu hari nanti ada lagi yang mengikut jejak langkahnya.

Sedang kami memberi sedikit makanan ringan dari satu bot ke satu bot yang lain. Dayah perasan ada satu bot itu di hujungnya ada "garam mungkin" dalam tong. Kata driver boat, "sia ndak taw" Dayah yakin itu garam, sebab atas atap kanvas rumah boat tersebut ada ikan kering yang di jemur.

Alangkah baiknya kalau mereka boleh menukar, rumah boat mereka seperti di Amsterdam. Mereka berkehidupan di tepi-tepi sungai *hampir sama, berhampir sumber air* tapi mereka mengikuti arus kemajuan seiring bangsa yang lain.

Berebut-rebut mereka demi sedikit makanan ringan yang kami bawa. Mujur yang berebut itu kanak-kanak, kalau emak-emak atau bapa-bapa. MasyaAllah tak dapat nak bayangkan. Pasti baju angah, aten akan koyak. Rumah mereka terlalu kecil Dayah tengok. Hanya muat untuk 2-3 orang menginap, itu pun sempit. Bagaimana agaknya mereka tinggal? Ini Baju laut juga. Tapi mereka membina rumah di atas pasir pantai. Dan hidup mereka berpindah randah.

Setelah habis kesemua makanan kami edarkan, angah, seri & aten naik semula ke boat. Sri sempat memberi pesanan kepada aten, "ten jangan kau pijak kompek" kompek tu plastik. Tapi Cik Ting Tong ni memang kepala TING TONG dia boleh pergi pijak kompek. Nahhh, ambik kau sana. Naik bot satu bot berbau HARUM BUSUK. Terpijak dia TAHI MANUSIA gile pening juling kami satu bot. Immediately dia terjun masuk air laut. Menjerit2 "along, bagi syampo" gelakguling gelak besarlah kami. ATEN.. aten.. tu la.. Jadi berhati-hatilah ya.

D_Y_H
pergghh panjang gila entri ni. Pitam baca.

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

bestnye saya yang kat sabah pun x pegi lagi,,I will insyallah

fusherna said...

cantik la dayah tmpt ni..kena pegi balik nanti kalau ada rezeki..akak suka gambar kat kg nelayan tu..gambar cantik sbb mmg cantik ke guna camera mahal?? nanti buat tutorial camne nak edit gambar mcm dayah tu leh??

Dayah said...

Salam,

Kak Aima, dulu masa study pun Dayah tak pergi jauh2 sgt dari KK, setakat kundasang, Beaufort, kota belud, sepanggar, sekitar KK je.. itu je kak. Pergilah kak, best ooo gerenti nak pergi lagi.

Kak Husna, pergilah kak. Gerenti terbaik. Sabah memang kaya dengan tempat2 indah. InsyaAllah nanti Dayah buat tutorial ek. Dayah pakai photoscape kak. Mudah nak edit. Picture Dayah ambil pakai kamera biasa kak. Nak beli yang canggih tak berkesempatan. Cantik selepas di edit. Saya tambah backlight pada gambar dia nampak lebih real.