Perlukah Menangis

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Manusia akan menangis apabila emosinya terusik atau terganggu. Pernah menangis? Siapa pun pernah bukan. Begitu juga Dayah, adakalanya kita tidak dapat mengawal emosi. Acap kali berlaku apabila ada perkara tidak puasan hati berlaku atau marah akan tidak sendiri mahupun kecewa dengan diri sendiri. Itu yang berlaku pada Dayah. Bila menangis ia sekurang2nya membantu mengurangkan beban perasaan yang di tanggung.

Menangislah apabila rasa tertekan atau rasa gembira. Dayah suka keluarkan emosi dengan tangisan. Tapi selalunya tatkala sendiri. Tidak berdepan dengan individu lain. Selalu berlaku di pagi hari. Terutama sekali, apabila terlalu menyimpan perasaan tersebut dan perlu untuk dilepaskan. Ada tiga (3) jenis tangisan;

1- Tangisan Biasa (basic cry)
2- Tangisan Marah (anger cry)
3- Tangis pedih/sakit (pain cry)

Yang mana satu emosi yang membuat korang menangis? Ada orang kata buat apa menangis buang air mata sahaja!!! Iya memang membazir air mata tapi kita manusia biasa, kadang-kadang kita tidak dapat mengawal emosi. Kita perlu luahkan. Jika tidak sampai satu tahap ia akan lebih parah dan merosak emosi seterusnya mental. Lokasi mana agaknya sesuai untuk menangis?

Dayah? Selalunya ketika memandu dan bersendirian. Ketika itu emosi dapat diluahkan dengan tangisan dan beban perasaan dapat diluahkan. Bukan semua cerita ada teman untuk kita luahkan. Bukan sepanjang waktu ada teman mahu berkongsi emosi dengan kita dan bukan setiap cerita kita mahu ceritakan pada seorang teman. Tahun lalu terlalu murah airmata Dayah. Setiap kali teringat pasti ada sisa emosi yang meledak. But I really appreciate my friend who really care and pampering me when ever I need your shoulder to cry. Masa itu memang sentiasa tersemat di hati. Lebih 24jam dia sanggup menceriakan dan teman tanpa mengeluh. Emosi lalu ini jugalah yang berjaya mengocak emosi Dayah pagi hari tadi. Entah? Adakah terlalu tamak? Atau sukar untuk lupakan?

D_Y_H
Apabila emosi menguasai diri kadang-kadang susah nak kawalkansigh

0 comments: