Monday, February 15, 2010

Ovarian Cyst

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq semua, harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan yang tak berapa nak sihat jangan lupa berehat & makan ubat. Beberapa bulan lepas Dayah ada membuat pembedahan, ia telah mengubah Dayah internally.

Kelmarin merupakan follow up ketiga bersama Dr. Ras, semua cyst yang ada tempoh hari sudah pun di removed. Tapi semasa pemeriksaan kedua, semasa Dr. Ras buat Ultrasound ada nampak cyst about 5cm rasanya. Agak besar. Panik juga Dayah waktu tu, terus terang selepas tu berkecamuk semua perasaan. Tidak mahu lagi merasa sakit seperti sebelumnya. Sakit yang datang secara mengejut dan terlalu sakit.

Kali ini Dayah nak kongsi, apa yang di katakan Ovarian Cyst. Some of the people memang tak sedar tentang kehadiran Cyst ini. Macam Dayah, memang tidak pernah tahu ada cyst yang dah lama membesar bersama Dayah dan pembesarannya telah menyebab ovari Dayah twisted. Tiub pun berpintal2 sesama sendiri. Sebab itu sakit yang melampau di rasai. Cyst ini adalah fluid-filled sacs.

Ini contoh Cyst yang di panggil Follicular Cyst

Ini pula Cyst yang dah banyak terbentuk dan size dia mungkin lebih besar dari Ovari & lihat pada tiub ia telah berpintal. Mungkin ini yang berlaku pada Dayah tempoh hari. Mengikut Dr. Ras memang ovari kiri Dayah dah berpintal bersama-sama cyst. Tidak boleh diselamatkan lagi. Sepanjang berada di hospital sebelum pembedahan, cuma ubat tahan sakit sahaja boleh membantu selain tido.


Lihat betapa besarnya Cyst di atas, lebih besar dari Ovari. Macam mana nak tahu kita ada Cyst ni? Symptom2 might be rare between individu. Ada yang ada sysptom dan ada yang tidak ada langsung. Kadang-kadang ada yang rasa pain dekat lower abdominal.

Cara nak ubati penyakit ini adalah dengan pembuangan cyst (surgery), itu bagi yang serius case macam yang berlaku pada Dayah tempoh hari. Selepas itu dari semasa ke semasa follow-up dengan doktor adalah perlu bagi memastikan tidak ada atau size Cyst tidak membesar dan merbahayakan diri. Ada kaedah traditional yang boleh di praktikkan bagi mengecilkan Cyst. Size dia akan membesar disebabkan oleh our monthly period. Seorang sahabat Dayah berada nun jauh di Sabah, khabarkan dia juga turut mempunyai Cyst. Tapi dia tidak sakit, mengesan melalui pemeriksaan biasa. Doktor advise her to remove it tapi dia minta tangguh.

Doktor memberi dia ubat perancang. Walau hakikat dia tak berkawin lagi. Tujuannya untuk memberhentikan period. Tujuannya untuk monitor size Cyst dan dalam masa yang sama, dia berjumpa dengan seorang ustaz. Dan telah dinasihatkan, mengurangkan pengambilan nasi dan makan cuma sayuran hijau. Dia juga perlu minum rebusan air akar (sejenis sayur, bayam tak silap Dayah kena check balik dgn kawan tu). Alhamdulillah 3 bulan macam tu dia amalkan Cyst pun mengecut. Dayah tahu ubat ini selepas 2 bulan operation. Kepada sesiapa yang telah mengetahui telah wujud cyst dalam abdomen badan, maka bolehlah mencubanya.

D_Y_H
Sedikit ilmu untuk di kongsi bersama

29 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

ngerikan dayah cyst ni...
dayah masa kat hospital hari tu, akak ingat nak datang melawat dayah, penulis NBkara ada bekerja di hospital tersebut bahagian makmal, dialah yang tolong intip dayah punya bilik..
tapi bila nak pergi esoknya dia check utk akak..dayah dah keluar..ha.ha.ha

IDA said...

assalamualaikum, saya just nak berkongsi pengalaman, saya pun tahun lepas ada buat major surgery regarding cyst ni juga. endometrial cyst, sebab formation cyst ni pun due to the endometriosis yang tak akan hilang selagi kita ada menses. Cyst saya tu kat ovari, both ovary dan sangat besar 11 x 12 cm at both side. Saya belum kahwin but dr decided nak buat TAHBSO jugak, ie the removal of the total reproductive organs.. tapi alhamdulillah, berkat doa saya siang malam, a day before the op day, the dr finally changed her mind dan turuti kehendak saya, so dia removed my whole cysts jek and every 3 months, saya kena gi follow up. dekat 9 months jek saya kena ambik depoprovera ie ubat perancang tapi side effectnya adalah teruk ie rambut saya gugur dgn byknya and rasa bloated all the time. moreover my menses pun went haywired so mintak stopkan ubat tu,. of course menses saya turned regular afterwards tapi after menses endometrial pain saya recur again. tapi so far dah 15 months and ovary saya still clean. Lepas stop depo injection tu saya amalkan ambik LDvenus yg elken product tu, so basically menses saya is more than 15 day ie 18 days cam tu but dia clearkan all linings yang lekat tu..so dat it'snot able to form the cysts..

Dayah said...

Salam,

Kak Yati,
ngeri jugak la masa tu..
la ni dia automatik relax je..
sedangkan memang doktor suruh jaga kesihatan. Its will be happen tanpa kita sedar. hehehe.. x pe x pe kak.. dok sana lama2.. buat Dayah x sabar2 nak keluar adalah.. hhuhuhu..akak bygkan lah hari kedua keluar ospital terus merayap ke lowyat... hahaha. memang ngong Dayah ni kan..

Kak Ida,
Thank you singgah kat blog Dayah.
Itulah Doc pun ada kata selagi kita ada menses selagi itu dia akan aktif. Although kita remove bukan bermakna 100% kita tidak akan ada kembali. Just have to take care it. Setakat ini Dayah tak ada ambil apa2 ubat lagi kak. Syukur Alhamdulillah, tapi kenalah follow-up dengan Doktor every 3months. Dia nak monitor takut2 ada lagi. So akak amalkan LDvenus la yer skrg. Dayah ni mmg tak suka ubat. Syukur sangat tak payah makan ubat. I hate ubat dari dulu, sebab bahan kimia yang ada. Mind set Dayah agaknya kan. Bukan fobia ubat tapi selagi boleh cari alternatif lain selain ada campuran sedikit drug itu .. memang saya akan elak kak. ^_^ syukurlah kan.. moga cyst2 ni takut nak dekat ngan kita dah kan.. hehehehe

mrz_reen_018 said...

Assalamualaikum... Saya Azrina dari Brunei. Saya nak kongsi sikit cerita ni...Saya dah berkahwin selama 4 tahun tapi belum mempunyai anak.. Tapi saya dah pun mengambil seorang anak angkat yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.

Pada bulan Januari tahun ni, saya telah disyorkan oleh doktor pakar untuk melakukan laparoskopi di mana saya telah membuat 3 operasi kecil di bahagian perut saya... Keputusan yang saya perolehi memang membuat saya sedih kerana saya disahkan mempunyai cyst yang kecil. Alhamdulillah cyst tersebut sudah berjaya dikeluarkan... Namun yang menjadi persoalan saya sekarang adakah cyst tersebut akan timbul kembali? Itu yang saya tidak pasti...

Dan pada masa yang sama, doktor pakar saya telah memberitahu bahawa ovari saya telah di"drill" supaya telur dapat keluar lebih banyak...

Saya harap cyst tersebut tidak akan kembali dan suatu hari nanti, saya akan dapat merasai melahirkan anak dan akan memberi zuriat buat suami saya....

Terima Kasih

Anonymous said...

salam dayah...hurm...sy pun dapat kesan cyst 3 thn lepas tp sy tk begitu amik berat sbb ingatkan ia akan hilang sendiri.semalam sy pegi check kat klinik lagi,ru[anya cyst tu masih ada lagi.saya mula risau memandangkan saya belum berkwin..cuma cyst tu blh terasa sakit lagi..

Dayah said...

Salam Anon,

Mencegah lebih baikkan, tapi bagi kita yang memang dah ada ini mengubati adalah terbaik dari mengelak. Anon, jangan risau sangat ya. InsyaAllah ada caranya. Dayah pun mula-mula dahulu risau. Kerana ia melibatkan reproduction kita kan. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan.

aydan said...

salam dayah..
saya baca blog dayah ni pun sbb google cara nak mengecilkan cyst.actually, saya penah buat operation remove cyst kat ovari belah kanan on july 2006.masa tu lum kawen n that time cyst tu besar 14*12cm.july 2008 saya berkahwin n sampai sekarang masih belum dikurniakan zuriat.lepas operation mmg masih follow up ngan hospital yg sama n mmg takde cyst.disebabkan lebih dr setahun masih takde zuriat so doc suggest makan clomid n dah penah buat iui 2 kali tp masih blum ada rezeki.2nd time buat iui bulan 2 n lepas fail tu dah malas nak cuba dah..dah stop makan clomid sbb badan naik 2 kilo.tp last week sakit pinggang sangat2 n then period smlm.trus pegi hospital n mintak doc cek n baru tau cyst sy dah ada balik.sedih sgt sbb perkara yg paling sy risaukan terjadi dah terjadi.so ada sape2 leh suggestkan ape yg perlu sy buat or makan dlm masa 3 bulan ni?doc plan nak cek balik after 3months.klu lebih dari 5 cm mmg kena buat operation

Anonymous said...

salam semua...

cyst ni dia tak kenal sape..asal pompuan..kawin ke lom kawin ke...semuanya ada..cuma zaiz je yg beza..selagi ada menses..selagi tu lah dia ada..sebab katanya dr saya..cyst tu terjadi disebabkan oleh menses kita..

pd kawan2...amalkan makan peria...cari lah jugak akar peria..lebih kurang sejemput je akar peria tu..kita potong2/gunting2..then rendamkan dlm air panas secawan tunggu 10 minit then minum lah..(ni yg sy amalkan...sampai sekarang..memang pahit rasanya...) :)

walaupun pahit tp ianya ubat...kalau sayur peria tu...dah biasa dah bg sy..tak rasa pahit pun..tp yg akar peria tu..memang sy tak tahan..soooooo..pahit! tp demi nak sembuh...kena gak minum..so selamat lah mencuba yea...

p/s:ni adalah kaedah/cara rawatan yg sy dpt dr seorang ustaz yang merawat sy di KK ni...sekarang pun sy masih lagi berubat...Dr pakar pun sy masih lagi jalani..setiap 3 bpn sekali..n hasilnya..alhamdulillah..cyst sy mengecil! syukur!

to Dayah! selamat mencuba!ekekke

Anonymous said...

salam..ingin berkongsi citer pasal cyst nih...sy dah bekawin selama 6 tahun dan belom dikurniakan cahaya mata...sebulan sebelom berkawin saya ada buat laparoskopi utk membuang cyst yg ada...kecik shj...selepas 2 tahun ade balik n buat sekali lagi laparoskopi..setahun lepas tu ada lagi n terus buang ovari sebelah kanan sbb ovari tu dah teruk n cyst besar..sekarang ni pulak ada cyst di ovari kiri n sgt besar...tp sy biakan...dah penat rasanya wat opret..so nanti2la..ehehhe

misshannajr said...

Assalamualaikum
sya terjumpa N3 dayah ni sbb td tgh search pasal cyst..sya skrg tgh di diagnosis dermoid cyst kat ovari sblh kanan sya..latest size 3.6x2.4cm mmbesar sbyk 1cm dlm ms 2 mgu jer..mula2 Dr bg sya provera ubat hormon tuk hentikan bleeding yg non stop almost 3 month..tp sya stop sbb tak thn dgn side effect yg trk..headache..jumpa kali ke2 dia suruh ambil duphaston pula tp i tak ambil sbb nak try ubat herba pulak..now i tgh try minum air rebusan dr HPA..harap2 cyst ni akan mengecut sblm jumpa Dr balik..sbb i sgt takut bila Dr ckp kalo smpi 5cm akan buat surgery..i kena jarum pun nk pengsan dah ni kan pulak kena bedah huhuhu...rasa lega sgt bila dapat bercerita kat org yg mengalami bnda yg sma dgn kita..lega sedikit bila bc msg2 punya pnglaman.. :D

Anonymous said...

Hello Dayah,

saja nak kongsi pengalman since pesakit cyst hanyalah kaum Hawa.. Saya baru berkahwin 3 bulan dan sangat teruja untuk menimang cahaya mata kerana sudah 8 thn bercinta..Period saya pada awal remaja normal, setelah 20 thn ke atas, period tiba2 jadi tak menentu..sehingga saya berkahwin pada umur 25thn.. doctor saja buat scan i bahagian perut saya dan mendapati ada cyst di ovari sebelah kiri..saiz die 1.5cm..doc menyarankan saya mengambil pil hormon 'Sucee'....ada kawan juga terkena dan berubat kampung..die menyarankan saya merebus daun sirih dan minum air tersebut...kapada semua kaum hawa yg mengidap penyakit ini, bersabarlah...Allah sentiasa membantu umatnya...berdoalah kepadaNya supaya penyakit ini hilang

Anonymous said...

salam alls, sy pun nk share lah. sy bru je 4 haru lepas operate( lacaroscopy 4 lubang) buang endometriosis stage 3 di kedua-dua kiri dan kanan ovari. doc ckp sebelah saluran fallopion sy dah rosak dan x boleh digunakan. sebelah lg belum tahu result. rahim dgn ovari alhamdulilah masih dlm keadaan baik. skang ni sy amek injection tahan period selama 4 bulan. dan perlu jumpa doctor everymonth tuk monitor cyst dan amek injection tahan period tu. sy sgt berharap tiub fallopion sy sebelah lg masih dlm keadaan baik. coz doc ckp kalo sebelah tu pun rosak, sy x dpt pregnan dgn cara normal. kena cuba cara iui/tabung uji. risau sgt.. serik sgt2 operate ni. sakit sgt.. lepas sihat ni sy nk sambung balik minum SDii alphalipid tuk turunkan berat badan yg naik mendadak sejak ada cyst ni dan juga sy nak sambung minum LD venus alken tuk seimbangkan hormon sy semula. sy akan terus berikhtiar tuk dptkan zuriat. sy doakan semoga kita semua diberikan rezeki tuk ada zuriat sendiri lepas ni. amin..

Cinta Misy said...

salam..sy misya..

skang saya ada cyst sebesar 12cm..
2008-2009 sy pernah tebuk tapi skang ada lagi..saya belum berkahwin,umur 29thn..sy takut utk buang ovari kerana sy tidak mempunyai sakit apa2 walaupun ada ovari.. ada tak yg boleh membantu saya..tq

Cinta Misy said...

assalammualaikum..

Saya ada cyst 12cm dan akan menjalani ctscan n operate. saya tak rasa sakit apa2..period semua normal..sy belum berkahwin n berusia 29thn.sy takut sgt2..sy tak nak buang ovari.. :(
ada tak yang boleh membantu saya... saya sgt tertekan sekarang....sy rasa sgt down..:(

Nad Cantek said...

salam cinta missy,
akak penah operate buang cyst sebab cyst dah sebesar 14*12cm. Yes, mmg takut sebab kita tak tau apa2 jadi kat diri kita akan datang. If need a friends nak luahkan rasa boleh email akak. InsyaAllah, akak boleh share pengalaman akak yang dah operate cyst nearly 6 years.email akak di nadcantek@gmail.com

Dayah said...

Salam Nad,

Thanks for dropping by.
Dayah will inform her.

Anonymous said...

salam ,

saya juga ada penyakit endometriosis dan adinomyosis, mula doc nasihatkan buat 3 kaedah pilihan. 1. bedah, buang sis tu, 2. bedah buang rahim 3. guna laser utk buang sis.

mula2 tu banyak jugak ar fikir, doa , solat . tp last2 Allah gerakkan hati berubat dengan kaedah homeopathi. dulu perut selalu tegang, kembung, sakit. ni dah 2 minggu amalkan ubat homeopathi, minggu pertama tindak balas ubat tu sakit gak, masuk minggu kedua ...alhamdulillah. doc homeopathi kata jgn buat pembedahan sebab pengalaman dia selama 25 tahun merawat penyakit endo dah ramai yg sembuh dgn izin Allah. ubat kesuburan pun ada dengan kaedah homeopathi cuma dalam bab zuriat ni, kita hanya berusaha , Allah saja yg dapat memberi.

JAMILAH ABDUL RASHID said...

Ada tak sesiapa yg tahu homeopathy kt mana yg boleh ubatkan cyst..

JAMILAH ABDUL RASHID said...

Salam...ada x sape2 yg tahu tempat homeopathy yg boleh ubatkan cyst.

Schifah said...

Salam.

Saya nak share pengalaman kena endo both side ms march 2009, dh burst then terus emergency op kt Gleneagles. Lps tu amek Danazol 3 bln..tp tak thn so stop and on 2-3 types of medicine.

Lps tu 2010 kena lg tp kali ni bt laparoscopy jek..tak smpi pecah mcm ms mula2. Ms ni kt breast pon ade luump so operate skali + apendics. Lps tu kena mkn pill perancang even saya blom kawin. By this time, just in 2 years berat bdn saya naik almost 15kg dari berat sblm kena endo.

Fed up, saya cari alternative solution. Mkn mcm2 ubat mlm, homeopati, tradisional..nothing works for me. Then saya terjumpoa support group untuk endo sufferer kt US. Saya follow and now alhamdulillah, even cyst still there tp size kecik n nothing to worry about n tak payah bt operation or makan ubat lg.

Saya cuma elakkan mkn yg berikut (kdg2 mkn jgk tp sgt cuba elak)

1. soya bean (ade estrogen dlm ni so avoid at all cost)
2. red meat (eg: lembu)
3. dairy (eg: fresh milk etc)
4. processed food (eg: sausage, nugget, fast food - kfc McD.., carbonated drinks, jajan etc)

then kena kurangkan caffein jgk as caffein ade inflamation effect..akan trigger rasa sakit. so if ur endo/cyst tak menyebabkan u in pain...bole la nak minum kopi byk pon :)

saya ade baca jgk kena kurangkan berat bdn as org debab2 ni byk produce estrogen. Estrogen tu feeding endo (for those yg cyst dia endo type lah). Spirulina pon tak boleh mkn sbb spirulina utk growth...so bole menyebabkan cyst lagi membesar.

Tu yg saya amalkan and it work for me so far. Bottom line, we must try to eat 'clean', maknanye cuba mkn seimbang n sediakan sendiri mkn instead of mkn kedai :p Still saya sgt cuba kurangkan lg berat bdn..and eat clean (ni susah sket kan sbb kita bekerja byk mkn kt luar).

To Dayah, keep sharing info abt ovarian cyst. Masa saya kena puas saya google cari support group kt Malaysia...tapi xdek..ade sket2 je Chinese discuss dlm MalaysianBabes forum. Sharing info like this really helps as we never heard about this untill dah terkena pada diri sendiri..and lps kita msk hospital baru kita tau rupanye ramai yg suffer penyakit ni.

Wassalam.

Anonymous said...

salam, pada julai lepas sy disahkan mempunyai ovarian cyst yg agak besar ketika tu 14cm, doctor sarankan operate je tp lum masany kot sbbkan kesan smpingan wat sy nk hold dlu.menjerit doctor dgr sy ckp nk hold dlu operation tu.sy tgh mencuba rawatan homeopathy, dpt rasa jgk dgn homeopathy perut makin kecik n dah xde rase sakit2..rawatan tgh d'teruskan n so far ok la..tp ofkos la bile sakit ni kite nk cpt2 sembuh n keep on search ape je ubt utk kecutkan cyst tu utk elakkan operation yg mungkin myebabkan ovari d'buang..pada yg sama hadapi masalah cyst/fibroid/endo harap bersabar n terus berjuang..moga kita d'berikan kesihatan n insyallah d'kurniakan zuriat..

Anonymous said...

linda

assalamualaikum,saya juga ingin brkongsi pngalamn tntang cyst.9thun yg lpas saya prnah mngalami cyst d kedua2 blah ovari,dr mula mnsyki cyst saya apabla 2kali saya kegugurn,saya juga jalani pnbdahn membuang cyst dan 3tahun mnjalani rawatan dhospital antaranya mengambil pil chlomit n iui dsmping kaedah tradisional,smuanya gagal.saya n suami tawakal dgn sgala usaha yg dbuat dan pada feb2007 saya disah hamil dan rasanya mcm xprcaya krana plbagai usaha tlah dbuat tp gagal.saya prcaya ALLAHmahakaya apa yg brlaku atas khendaknya.anak saya skarang dah brusia 5tahun,sdah 2thun saya mncuba utk hamil lg namum amat sukar adakalanya say tkut cyst brulang lg namum sblm sy rancang utk hamil lg sy dahpun brjmpa pakar sktpuan dan dia mngesahkan yg saya tiada cyst dan tiada msalah utk hamil.skarang ckup trtekan dgn masalah ni.saya juga brhasrat ingin mncuba biodex insyallah.

Dt. Sazali said...

salam..
saya baru 7hari melakukan laparoscopy buang cyst dan apandik sekali gus... saya nak minta pendapat kawan2. memang kesakitan yang amat sangat ke ketika membuang air besar dan kecil dan rasa perut senak sangat2. brapa lama tempoh untuk pulih. mohon pandangan kawan2 sbb rasa x larat sangat2

Anonymous said...

Saya sofia dri brunei nak share endo ne. Sya baru 4hari jumpa doc gyne dan memberi saya suntikan depo provera supaya tak membesar endo tu.tapi selalu rasa dizzy tolong lh sya bgaimana nak hilangkn peyakit endo ni dan sya bila mensus tu sakit teramat sangat

Anonymous said...

As salam...sy da berkawin hampir 2 tahun setengah..dan masih tidak mempunyai anak...mcm2 kaedah dan produk yg sy cube antaranye berurut,makan produk biodex,sapuan lumiglow,minum air buah zuriat..dll...tapi sy still jgk x hamil..baru2 ne sy ada buat pemeriksaan kesuburan...doktor scan rupe2nye sy ada cyst belah kanan n belah kiri besar berukuran 4cm...doktor suggest buang...tapi kalau blh sy nk elak dri membuat sebarang operation...skunk sy tgh try produk biodex noni chewable table...harga dlm rm32..makan 3 kali sehari bgi yg da ada cyst...tapi yg untuk mencegah makan 1 ari skali je...kalau nk cube blh la..yg penting kite iktiar kan ;-)

Anonymous said...

assalam dayah... boleh tak saya tahu air rebusan apa yg kawan dayah minum tu? nak try. mn tahu berkesan dengan izinNya. saya harap tak perlu sebarang operation.

fazniz habibi said...

As salam.... nice info sis.. skg ni sy pon byk google tntg cyst,fibroid n so on...mmg ngeri bila bc... ada byk pndgn jg bila nurul bc.. ada yg kata mkn byk kepak ayam penyebab cyst... sbbnya bhgn kepak tulah ayam kena cucuk bg tmbh besar cepat2.. effect dgn hormon kita...

Now ramai juga cust nurul minta advice utk Cyst ni... just bg dorang ikhtiar dgn GLA Shaklee n bykkn doa mudah2an xperlu operate dh kan...

My sis pon ada Cyst juga.. mgkn itu penyebab my sis miscarriage for her 1st baby sblm ni... ms 2nd baby pon still ada Cyst... slalu follow up dgn Dr.. kuat jugakla baby dlm tu struggling nk tgk dunia even my sis ada Cyst ms tu

feel free jenguk blog sy sis
http://fazniz.blogspot.com/

Anonymous said...

salam dayah...sy marina..sy brumur 24.bulan 4 thun 2014.dr sahkn yg sy ade endomtrosis cyst..cyst mase ru 2 cm.time tu dr bg pil prncg wlpon lum kawen.bln 7 sy sllu mtah2,krap skit prut dan pgg.g scan dr ckp cyst dh 3 cm..dr stopkn pil tu then bg thn skit.bln 9 ni g scan lg dh 5 cm blah knan dan blah kiri 3 cm.dr srh opret..skang tgh tggu nk jmpa dr d hsptl ipoh.....sy tkut sgt..sbb sy dh nk kawen bln 10..sbb sllu skit,trpkse tgguhkn prkhwinan...nsb bek tnang sy phm sgt..

Anonymous said...

salam dayah,
just nk share cerita sbb kadang2 rs keseorangan..bln 10 yg lalu doktor sahkan sy ade cyst 5.4cm x 3cm belah kanan & rahim sy kelihatan pelik..sy xtau ape yg dimaksudkn pelik oleh doktr..doktor kate maybe mase tu sy tgh bleeding & rahim mengembang...sy cube cari alternatif lain utk ubat cyst..dh 3 bln sy makan ubat homeopathy..alhamdulillah haid sy dlm 3 bln ini kembali teratur & sakit ble period berkurangan..hari ni sy jmp doktr lain yg lbh berpengalam untk scan sbb sy still tertanye2 kenapa doktr kate rahim sy pelik..selepas scan kali ke 2 ni cyst sy makin membesar 5.4cm x 5.2cm & doktr ni pun kate rahim sy pelik..sy seolah2 mempunyai 2 rahim..kes yg jarang berlaku katenye..buntu sy dibuatnya..sy cube google mmg xbyk info berkenaan wanita 2 rahim..1 dalam sejuta mungkin..klu 3 bln yg lalu sy risaukn cyst sy skrg bertambh lagi dgn rahim yg pelik..doktr suggestkan utk sy bertemu pakar utk sahkn betul ke sy mempunyai 2 rahim..sy berumur 28 thn & belum berkahwin..sekarang sy rs cam lost sangat2..sedih pun ade..klu blh sy xnk operate sbb kakak sy dh 2 kali operate utk buang cyst & sekarang cyst tu tumbuh lagi..rs lega ble dpt kongsi cerita di sini :)