Sana Sini

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sana Sini orang memperkatakan tentang isu penggunaan kalimah "ALLAH" buat penerbitan herald. Even i'm in Malaysia, i'm not too close to latest issue. But this issue really make me thinks.

Dunia semakin ke akhir zaman. Ia dibenarkan, makanya akan timbul kekeliruan bagi yang kurang ilmu. Sejauh mana seseorang itu memahaminya. Ada rasa gentar dalam hati. Terus terang saya kata saya tidak berani membeli buku agama sesuka hati atau sewenangnya di luar. Saya akan rujuk kitab-kitab lama koleksi Abah.

Sejak dari zaman sekolah rendah lagi, sana sini orang bercerita tentang penerbitan Al-Quran yang di tambah surah, kes murtad sana sini. Nauzubillah. Perkara-perkara ini boleh membuatkan seluruh badan mengeletar apabila berbicara tentangnya.

Bagi Dayah perluasan penggunaan kalimah Allah akan mendekatkan mereka menyebutnya tetapi sejauh mana kefahaman mereka terhadapa kalimah Allah, Allah yang mereka maksudkan disini apa? Jelas disini ia boleh mengelirukan. Terutama sekali bagi mereka yang cetek ilmu.

Dayah sendiri takut membicara isu ini, takut salah sampai ilmu takut mengelirukan orang lain. "Ya Allah, tuhan sekian alam. Maha pengasih lagi maha pengampun.Ampunilah dosa-dosaku. Kau berilah pertunjuk kepada mereka yang hampir keliru. Jauhilah kami dari kesesatan dunia & kami harapkan kebahagian akhirat. Peliharalah iman kami dan kuatkanlah iman kami"

D_Y_H
Isu ini pasti akan mengelirukan ramai pihak.

0 comments: