Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Time is ticking, so please.. please .. please don't look at history! Look for future please.!!  I advice myself and you. Yes you also. We tend to forget sometimes?or most of the times? Answer it.


Messykan! Ishhh.. Kadang-kadang Dayah pun serabut bila meja penuh, kepala pun turut sama penuh. Ini work station @ client office. Ambik ko. hahaha.. Work station kat office penuh dengan file currently tapi tak messy la. Bersusun kemas  http://www.emocutez.com *kadang2 tak! hahaha*

And I do chilling out toooo! There, seeee... with my lovely sister and brother. Ni lama kot! Masa MAHA.. hahaha ambik ko lama giler baru nak bubuh dalam ni. JAKUN sangat http://www.emocutez.com tiba-tiba jumpa Strawbery

See sungguh gedss.. hahaha.. Keterujaan mereka sungguh terserlah. Mujur gambar ni kekaburan sedikit kalau tak. Sure ged.. geds... gedsss... ;P

Cepat sungguh masa berlalu kan. Now di ambang year 2011. OMG! Another 9 years to 2020. Can we achieved our Mission in 2020? Can we? Tepuk dada tanya diri masing-masing, apa yang kalian sumbang buat diri, keluarga, bangsa, negara dan AGAMA pastinya. 

Esok cuti! 31-Dec-2010, so boleh buat RE-CAP tempoh setahun yang lalu. Lihat semua apa telah kalian capai, Dayah bahagikan kepada 4, seperti di bawah:-

1) Kerjaya - Alhamdulillah makin sibuk!!!! SANGAT! Sampai tak cukup masa. InsyaAllah early next year I'll get my qualification *national dulu sebelum world*
2) Pelajar - Alhamdulillah sudah lepas 1 paper!!! Another 4 to pass!! 

3) Personnel - Ermmmmmm..... i'm nothing

4) Sosial - Alhamdulillah banyak berkongsi input dalam blog ini. Meet new ppl, although in real life never meet you ^^ *I hope to see you guys face to face* Dayah ni tak bersosial sangatlah kot. Banyak terperap di rumah. Lebih gemar mengadap makanan lol http://www.emocutez.com *patut hang GEMUK.. hahahah* Suka jalan raya lebih http://www.emocutez.com.

Penutup bicara, renungkanlah Hadith di bawah:-

"Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau"

Selingan aksi menarik dari pemain Malayisa (Sumber: Berita Harian Galeri)

Pada Dayah, Fahmi mempunyai TANGAN MAGNET yang hebat menangkap bola
Dan Safee pula mempunyai punya TENDANG yang BAIKKKK!
Pergghhhh dia LARIIIIIII sangat LAJU!!!
 D_Y_H
Good Bye 2010 http://www.emocutez.com and WELCOME 2011 AND CONGRATE TO PASUKAN MALAYSIA, YOU GUYS BEST LA!!! SANGAT BEST!! Sampai jadi tak sopan *nasib baik kat rumah.. hahahaha*

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

3-0 harga kegembiraan Rakyat Malaysia hari ini. Yea yea yea http://www.emocutez.com
TAHNIAH SKUAD Bimbingan K Rajagobal. TAHNIAH semua pemain negara, kalian cemerlang. Moga dapat terus kekalkan stamina begini next Wednesday.

Pastikan JUARA milik kita! InsyaAllah, Ayuh ramai-ramai kita berdoa agar Skuad Negara terus mengaummmm di Indonesia nanti.

Safee yang merendah diri. Moga beliau terus suksess dan membawa kejayaan kepada Skuad Harimau negara. He give 2! And to the rest player U GUYS DID GREAT JOB!

D_Y_H
Sometimes I love my work.. http://www.emocutez.com  and sometimes I hate my work http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Credit to GOOGLE
I've started something. Just beginning, just complete about 3% (hahahaha itu pun ko nak kecoh ke Dayah oiii). http://www.emocutez.com I should do this from past 4 years ago! SEE, NEVER TOO LATE! Moralnya di sini cuma ingin katakan.

Jika anda punya kemahuan, teruskan. Biar pun lambat janji TUNAIkan (Jika tidak tergolong dalam golongan MUNAFIK) Ini saya tidak tipu, lihat pada hadis Rasul s.a.w berikut:-

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “

Riwayat Ahmad

P/s : CONGRATULATION TO AZRUL AZNEETA (awak CANTEK!! http://www.emocutez.com i like silver + PINK) & SYAM  (Dayah sampai lambat ooooohhh... bukan ke selalu pun suka p lambat? hahahaha + segan terlampau ambik gambaq.. hahaha so not me! ehh I pemalu taw.. adoii ada gelak guling2 nie...http://www.emocutez.com )

D_Y_H
Doa saya, mahu lebih lebih menyumbang dari memerhati. Once you DO you FEEL it. If NOT you just SEE it, without UNDERSTAND and LOVE it. I had something in mind. Maybe good maybe not.. opsss.. lepas sudah.. hahahaha.. bubai.. see u next time. http://www.emocutez.com
Assalammulaikum wbt & Salam Sejahtera,

Yeaaa.. selesai sudah December sitting. Will waiting next June for another sitting. Hope I can get good result walaupun untuk dapat 100% adalah mustahilhttp://www.emocutez.com kini saya boleh melompat bintang dengan jayanya *ohhh jangan buat di rumah!!!!! boleh RUNTUH.. hahahaha =P*

HORAYYYYY STRESSS DAYAH dah kurang yeke? ohh tidak juga.. kerja masih menghantui.. ...... ........berduyun tiba huhuhu


Binatang apakah itu?? mcm pig? kan? Hidungnya pink? Comel juga kan... cuma gambar hiasan http://www.emocutez.com maaf ya andai yang tak suka

Esok kembali semula bekerja setelah 3 hari bercuti exam http://www.emocutez.com X mo ahh cakap pasal kerja sure berat kepala.. huhuhu.. nak cerita benda2 best je la..

Haaa.. hari tu kan Dayah ada buat hantaran. Best.. best.. best.. http://www.emocutez.com 1st time dapat tempahan dari luar. Itu pun kawan angah yang tempah. Alhamdulillah, TERIMA KASIH Syida sebab percayakan kita orang. Hehehe. Nanti Dayah uploadkan gambarnya ya. Baru jumpa tadi gambarnya. Hehehe. Itu antara kerja part time Dayah, Angah & Sri. termasuk Chef Tiah, *Kang merajuk lak tak sebut nama dia =P*

Lepas ni nak kaji pembuatan kek secara jayanya... hahahaha.. cup cakes sudah sedikit kepandaian *tapi kan apa kes ko asyik buat blueberry je Cik Dayah oiiiii? hahahaha...* Pernah cuba membuat kek, tapi rasanya tak berapa nak jadi. Memang tangan kaku beb! Pandai mengarah je.. hahaha. Buat kerja macam jantan Dayah ni =P padanlah orang takut nak dekat.. kuikuikui...

Sedikit TIPS buat yang ambil professional paper i.e. ACCA

1- Do your past year paper (which I failed to do all.. ohhh teruknya)
2- Read all the technical article in Student Accountant!! (important sure one of the topic will be ask tak kira in Part A or B)
3-Don't target!! Baca semua! Walau ada prediction (which is I got from Opentuition.com tak masuk pun)
4- Kalau ada KAPLAN or BPP do make sure you have covered all!
5- How to understand that particular subject?? I just find out! Seriously you have to look into STUDY GUIDE provided by ACCA (dlm website ada cari!!! REMEMBER- next year all subject will be revamp!! huhuhu - silibus baru beb!)
6-Siapa yang follow Opentuition.com, it is GOOD if you can read Chat session (i used for P1 alhamdulillah certain issued yang di tekankan dalam discussion keluar! Betul ni. Tapi 15 mark je la. Ok la kan)

D_Y_H
Orite its time for me to read news... nanti Dayah update lagi yer. InsyaAllah akan rajin update selalu, ada orang nak baca tak ni? hahaha minta puji ek =P http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I'm not doing any calculation here =P
Just helping Datin counting days to be real DATIN
I think she preparing herself to be DATIN, hahahaha.. you must believe in me =P
She might angry with me.. hahaha .. maybe killing me.. ohh die!
Dun care! Because I LOV U

Ok let me teach you simple calculation
14+1 = ?




|
|
|
|
|
|
|
|





okok... simple kan. Budak darjah satu pun boleh jawab Dayah oitsss! =P
15
Yeahhhh She now 15 years old.
SELAMAT ULANG TAHUN AUNTIE D Junior *who is Senior? tet!*

I found this ... she must be happy seeing this budak demuk =p


When they're still kids & me tooo ^^

Besarr daaahh...
I'm 15years old
Big girl... May all your dream come true!

D_Y_H
I'm stressful.. hahahaha.. chill with book
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

(This post suppose to be posted on 2-November-2010, lama gila!)

When I young, what am I doing?
Hahahaha.. cool!
Semua meluat kot! hahahaha.. seriously I am. 
Polis sekolah... huhuhu...dan .. dan paling comot.. kahkahkah... seriously.. budak paling comot. Berseluar sepanjang masa. Tak reti nak jadi feminin langsung kecuali ke Sekolah sebab WAJIB pakai Baju Kurung kan. Kalau tak hanyut ngan baju seluar.. hahahaha..

Mesti ada adik2 yang bersikap seperti Dayah dulu kan? Kalau ada adik kalian macam ini, jangan di marah sangat. Tegur dengan baik. Lama2 dia bertukar juga. Perempuan kan, walau macam mana pun rasa ingin kelihatan cantik tetap ada dalam diri, cuma MALU nak tonjolkan. Iyakan?

Mohh kita layan gambar lama, hasil dari tagging di Facebook. 


Ermm.. agak2 yang mana Dayah kan? Ni Zaman jahiliah. Tak kenal tudung lagi.. huhuhu.. Darjah berapa ntah? Nampak tak pokok belakang tu? Pokok besar sebelah kiri? Nampak? Mengikut sejarah mulut ke mulut, pokok tersebut BERHANTU. Sekolah rendah Dayah ni bekas Jepun. Macam tu la ceritanya. Kenapa berhantu? Katanya tempat tu pernah tergantung mayat??? Benar atau tak pasti. Memang karut, asala pokok tu besar je dan rimbun serta cantik daun-daunnya. Mulalah orang akan kata pokok itu berpenunggu. Kan?



Dan dua gambar di atas adalah gambar sewaktu sekolah menengah. Haishh memang comot you.. hahahaha. Rock la konon. Siap tak bertudung *bila tak ke sekolah la*

Gambar di Matriks tak Scan lagi.. plus tak jumpa mana ntah Dayah simpan khazanah lama2 tu. Almaklumlah dulu mana ada kamera digital. Semua yang pakai kodak 36. Ingat?

Dan ini adalah kenangan terindah. Susah ohh nak pakai baju konvo before gradute. Dek kerana mahu bergambar bersama-sama, Dayah usahakan. Usul pada PM Dr. Norhayati dan buat surat sekali, terus Dayah naik jumpa Timb. Naib Canselor Akademik. Alhamdulillah, berjaya. 1st! Never happen. Dan rasanya dah jadi tradisi our program. hehehe. FREE taw! Kalau konvo kan kena bayar sewa jubahkan? hahahaha syok giler kot. Pakai, gambar & I returned back immediately. 

Dan ini kenangan di Germany. Bersama rakan-rakan gaduh, suka sama-sama, nangis pun ado. Debat dan meeting sampai pagi. Perghhh.. terbaik. Dayah ni di gelar KEDEKUT! hahaha.. pegang amanah orang kenalah beringat-ingat. 

Ini antaranya memory terjumpa di facebook. Dalam simpanan masih banyak. Sekarang ni guna digital, banyak pembaziran gambarkan? Dulu 36 kodak, kita beringat2 nak pakai. Ambil yang penting je. Sekarang setiap sudut muka pun nak ambil?? hahahaha.. lawak sungguh. Nak nampak kurus ambil gambar muka dari atas. Adoiii la. Nak kurus ambil gambar dari sudut mengiring.. hahaha.. Macam-macam gaya. 

D_Y_H
Menguap entah berapa kali. Baru selesai kemas buku2 dalam bilik. Study tak habis-habis lagi ni. RISAU!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat Tahun Baru semua... 
Sihatkah kalian? 
Kalau ada yang mengikuti Dayah yang jarang update TWITTER tahulah Dayah TINGTONG! hahahahaha.. Demam beb! Flu beb! Gedik kan.. hahaha.. =P

Sihat kejap, sakit balik, sihat kejap, sakit balik. Alhamdulillah ini cuma dugaan kecil. Buat sahabat yang di duga dengan penyakit yang datang dan surut, moga kalia terus tabah. Amin. Berusaha mencari penawar, InsyaAllah ganjarannya manis. Sakit itu penyembuh dosa.


We're in new year! Salam Tahun Hijarah 1432 semua, mudah-mudahan kelam yang kelmarin akan kembali cerah dengan hadirnya kelip2 dia malam hari dan di temani terik mentari di siangnya. Berdoa esok lebih bahagia dari hari ini dengan limpahan kasih Illahi, sesungguhnya DIA tidak pernah tinggalkan kita. Kita sahaja yang sering alpa, melangkah dan terus melangkah tanpa mengendah masa berlalu tak mungkin berulang kembali dan kita terus-terus mengumpul dosa tanpa serik untuk kembali memohon keampunanNya, Ya Rabb! Aku Khilaf. 

D_Y_H
Ingat ya, manusia punya hati. Walauapa pun pangkatnya, walau apapun kedudukanya, dia juga manusia yang di jadikan Allah serupa seperti kalian. Jangan ingat dia kuat, dia tidak lemah. Dia juga manusia. Allah tidak pandang kedudukan kalian. Semuanya sama. Semalam mungkin menangis dan hari ini tidak mustahil terus menangis.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Raya Korban yang lalu apa yang kalian korbankan? Lembu? Kerbau? Kambing? Ke Ayam? kekeke gurau ek =P Dayah? Korban masa, Korban Hati. Tiba-tiba mood gila datang, boleh masuk office ek. Adoi la. Ko ni kenapalah Dayah oii.. sah senget dah pemikiran. Mama memang bengang habis. Huhuhu. Kebetulan mengejar qtr report tu yang Dayah turut sama terkejar-kejar jadinya. Hola..hola.. begitulah nasib orang makan gaji kan?

Berbalik pada cerita Korban, Abah Dayah memang orang paling busy setiap kali Korban. Sebab dia toke lembu.. hehehe.. Dari zaman Dayah kecik2 sebelum masuk sekolah lagi Abah di beri kepercayaan dekat Kem menyembelih lembu. Kita orang sekeluarga sememangnya Raya haji tak pulang beraya. Cuma di sini sahaja kami. Walau tak pulang tetap meriah. Tetap meja penuh makanan lazat2. Almaklumlah, mama Dayah Chef terbaik di hatiku. Hehehe... best oohh..

Nak jadi cerita, Abah Korban kan lembuh entah yang keberapa ekor ntah hari ke-3 Jumaat Malam. Kebetulan hari tu Dayah cuti. Sebab siangnya kena follow up. So malam tu terkedik-kediklah Dayah pung pang pung pang ke dapur. Jerit-jerit kat bibik,
- Bibik bikinkan Air Teh
- Bibik panaskan nasi
- Bibik jom kita letak makanan kat luar
- Bibik cawan mana
- Bibik pingan.. pinggan....
- Bibik nasi tak cukup....

hahahaha.. macam minah kepoh dah Dayah. Semua pun bibik. Nasib baik Bibik ni boleh layan. Bibik ni suka nyanyi2. Macam-macam lagulah dia nyanyi. Eh dah jadi cerita Si bibik la pulakan. Dan malam tersebut berlakulah peristiwa menyembelih Lembu lagi. Kali ini 2 ekor lembu Abah Korbankan. Katanya Korban tersebut ada tempahan dari seorang Professor ke Doktor? Entahlah.

Senjata pembunuhan.. muahahaha .. eh x la .. inilah Peralatan sembelihan milik Abah.






Muahahaha... ada lah marah ni.. kekekeke.. =P
Aktiviti penyembelihan mahu bermula.. Abg. Ali is here. So dia jadi tulang belakang abahlah. Si tukang tambat Lembu dan juga tukang lapah. Alahai Abg. Ali. Dayah? hehehe.. kerja baik punya. Tukang pegang tikar. Kehkehkeh. Yerlah nak sembelih 2 ekor sekali. Makanya kenalah seekor demi seekorlah harus di tumbangkan. Sementara nak menanti giliran, Dayah kenalah jadi penghadang.. moh kita layan gambar ni

Nampak di mana Dayah? hehehe... cari2.. kekeke


Dan..... terjadilah UNPLANNED TRAVELLING DAYAH! Perghhhh PENAT giler kot! Dayah dah selamat bersiap-siap mahu keluar melawat sahabat yang baru menyambut kelahiran. Sekali Abah, mama bising2 kat bawah pasal nak balik kg. Ok la kan. Sebab kita orang dah Setahun lebih tak baik kg. Tok Wan and Tok maybe rindulah kot? Maybe tak kot.

Abah kata balik drive! WHAT! Oh cannot! Cannot! Mana boleh. Drive dekat2 tak apalah. Ini jauh kot! Dayah memang tak kan bagi punya. So carilah tiket flight. Dah cari baik punya. Sekali, dia tak mahu. Makaihhh bapak aq ni! Dayah tengah banyak kerja kot and one more thing dah janji ngan Ana nak pergi melawat kawan-kawan. Tinggal nak start kereta je lagi. Memandang kedegilan Abah yang nak juga naik kereta yang dia baru di tukar 4-4 biji tayarnya. So Dayah decided! ABAH ALONG BALIK! Memang tak di sangka. About 5 hours ++ sampailah kami ke Alor Star. Sampai sahaja. Salam tok n wan n makjang n makcik n makteh n..... hehehe x dak sapa dah. Ajak Damia & Makcik serbu Pekan Rabu. WHAT! hahaha... Dayah memang gilakan! Tak reti penat ke? hahaha.. terpaksa beb! Esok pagi2 dah nak bertolak semula pulang. Masa tu jam di tangan sudah 645petang.
Di pekan Rabu... mencari apa lagi IKAN PEKASAM LALALALA.. sedap ooooo
Datin with Damia, she GROWING UP... besar dah kan... dan dah pandai bercakap...
Balik dari shopping.. Dayah mencari mee mamak da... hahaha.. I like! Balik Alor Star for sure akan cari mee goreng. Seciput je pun RM4! WHAT! Giler mahal! Maulana lagi murah kot! Lebih banyak kot! Hangpa cekik DUIT! ish ish ish.. tapikan... Sini mee goreng mamak mana ada bubuh daging kan? Sana ada. Mungkinkah daging yang seciput itu di berharga?? Layan je la... janji SEDAP!

Lepas tu, mana boleh balik rumah Abah je kan. Laju2 kita orang makan. Balik rumah mama pulak. Dekat je weiii.. dalam 15 minit la. Jumpa tok yang dah makin melidi.. Dan tok wan yang dah baik pendengarannya. Sanggup tu tok wan dok bersembang ngan kami sampai jam 11 lebih kot. Hambik ko. Mak Ngah paling lawak. Ada ke suruh dia buka pintu, dia kata Dayah tipu! hahaha.. sekali terkejut badak tengok Anak buah dia yang comel ini pulang. kekekeke. Comel ke? kekeke.. comel taw =P
Comelkan? I mean TOK saya dan Dayah jugek =P
Tak lupa kami kena jugalah singgah semua rumah mak sedara, rumah makcik, rumah mak ndak, dan rumah pak chaq. Rumah pakchaq ada Airil la. Apa lagi kacau Airil yang masih membuta, sampai dia terlanggar dindinglah. Mujur tak keriau!
See.. his cheeky face and cute Damia...
..... Angah pun Sibuk juga nak usik Airil... Dah besar dah anak sedara Auntie D ni..

Besar dah dia kan... 2 yrs old.. Dulu baby lagi.. now.. haishhh how times flying so fast...
....... and mestilah Airil nak posing ngan Auntie D kan....
Seee.... KAMI YANG COMELLLLL.. muahahahaha
and then... pulang semula ke rumah Tok Yam... ambil Abah. Nak kena return back to KL da... less than 24 fours kami dari KL-Alor Star-KL perghhh tiring sungguh.
That my TOK WAN... he look so ill... balik ni sebab Tok Wan dah nangis teringat anak sulung dia. Tok Wan Dayah ni ada penyakit pelupa. Memory dia cuma ada masa lampau. Sedihkan. Dia tak ingat kita. :(( I miss my old TOK WAN. TOK WAN yang benci Mahathir.. percayalah. Kalau dulu dia akan marah kalau ada berita kerajaan dalam TV. Dia kata depa ni mengarut ja. TOK WAN penyokong TEGAR PAS. Dulu la. La ni tak siapa peduli dah. Tok Wan, walau tok wan tak suka Che Det tapi Along suka sangat Che Det dan Tok Wan. Dua2 Wira hatiku. InsyaAllah ada masa kami pulang lagi. Keterbasan waktu membataskan segalanya.
D_Y_H
Amar & Amir is here... nak jalan2 ke MAHA... layan anak buah lagi... Jomm korang
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I LOVE YOU  atau nama lain SAYA CINTA AWAK *eh sopannya =P* atau TE AMO atau MAIN TUMSE MUHABBAT KARTA HOON atau ANA AHEBIK atau KIMI O AI SHITERU atau WO AI NI atau DANGSINUL SARANGHEE YO atau CHAN RAAK THER atau AKU TERNO KOWE atau ....... banyak lagilah bahasa2 lain dalam dunia ni. *wahhh .. Dayah dah advance bahasa.. muahaha*

Bila rasa CINTA  http://www.emocutez.com wujud dalam diri seorang manusia, katakan apa sahaja padanya ia Ibarat mencurah air ke daun. KETEGAQ!! http://www.emocutez.com buat pekak je!  Sungguh, banyak kali Dayah menghadapi situasi ini. Tidak kira keluarga mahu pun teman akrab. Ibarat "kenyang" tak perlu di suap makan dan minum. Bagi dia, ku pandang kiri CINTA, ku pandang depan KASIH, ku padang kanan SAYANG dan ku padang belakang SUKA http://www.emocutez.comKenapa tiba-tiba muncul ORANG BUTA bila CINTA BERTEBARAN DI UDARA? http://www.emocutez.com ~ Dayah terkilan dengan sahabat yang dahulu kukuh pendirian kini hilang arah (manusia tidak pernah sempurna, bila ada sahabat yang jauh kita kena bantu tarik dia dari terus hanyut)

Cinta memang boleh buat orang HILANG PERTIMBANGAN ek? 
Cinta memang boleh buat orang TAKSUB ek? 
Cinta memang boleh buat orang HILANG INGATAN ek? 
Cinta juga buat orang TIDAK TETAP PENDIRIAN ek?
Cinta jua buat orang PANDAI jadi BODOH ek? 

oh negativenya kau ni Dayah! hahaha tet! Bukan semua CINTA membawa impak negative dalam kehidupan individu tapi kebanyakannya. Dewasa ini, itulah yang kita sering baca di dada akhbar, tak gitu? Masalah remaja bersepah2 di dada akhbar dan tak kurang di dunia tanpa sempadan ini *internet lol* Bukan remaja sahaja problem orang dewasa terlebih problem juga tak kurangnya. Semuanya kuasa CINTA. Dan ada hadis Nabi yang bermaksud, 

”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.” -Hadith Muslim-

Jangan terkejut, takutlah kepada WANITA. Kepada WANITA, mahu tergolong kepada pendorong faktor NEGATIF? Tanya diri dan sentiasa muhasabah diri. Orang lain tak boleh mengubah kita, jika kita tidak mahu berubah. Pokok pangkal diri sendiri. 


Buat yang sedang hanyut BERCINTA, teruskan berCINTA dengan cara yang positif bukan ke arah negatif yang membawa kepada kemudaratan. Jom kita layan lagu ni, best taw.. ia bukan sekadar lagu tapi nasihat



D_Y_H
This post is suppose to be posted on 23-Oct now is 24-Nov.. hahahaha busynya lah Dayah ni kan.. huhuhu.. I need more hand.. I need more leg.. cukup2 la Dayah.. kalau terlebih semua karang dah tak normal kan. sudah jadi istimewa kan. Huhuhu.. Saya penat + pening .. hahaha http://www.emocutez.com