Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

21/11/2009 Murni telah selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya sengihnampakgigi
Orang gembira sangat. Jejaka pilihannya kami panggil Jepun.
Mukanya memang Jepun habis.
Tak dapat tolong Murni apa pun. Sedikit terkilan. Kesian dia, berlari ke sana ke mari menyiapkan persiapan perkahwinan dia. Murni hebat! tepuktanganTak boleh kemana, jadi kena msg Murni je. Nak bawa kereta, masih dilarang. So ke waiting angah balik. Angah lambat balik. Dah dekat pukul 1 masa tu. Zohor nak masuk dah. Nak sangat2 tengok Muni dinikahkan.
On the way to Murni's house. Nampak jepun dekat surau, tengah pegang sampin macam tu la. Terus give her a call. penatfuhhh belum lagi rupanya. Sampai terus masuk rumah cari Murni. Pagi tu Murni msg nak pinjam bunga untuk meja makan. So rasa ini jelah yang Dayah mampu nak kasi untuk masa ni. Nak keluar beli hadiah pun tak boleh sighmasa sampai sempat jugak mata tu meliar tengok meja makan pengantin. Tak ada la pulak.Masuk sembang2 ngan Murni tanya itu ini. Murni pegang tangan orang sambil kata;

- Murni rasa sedih macam nak nangis
- Murni rasa macam tak caya je nak kahwin
- Murni sebak
Dalam risau dan sebak dia tu, Murni sentiasa Manis di mata Dayah.


D_Y_H
Org tak sangka cepat masa berlalu.. Murni dah PUAN ^_^ TAHNIAH Frend!!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

CT ScanInilah rupa CT Scan *gambar adalah google* mungkin ada pernah buat scan menggunakan mesin ni? Perkara2 scan meng"scan" ini adalah pertama kali dalam hidup sejak mula rasa sakit. Selalu jumpa doktor setakat doktor suruh nganga mulut... letak steteskop pada dada. Masuk dalam, ehh lalu je. Macam masuk terowong. Terfikir jugak, ehh muat ke? Kang tersepit kat dalam terowong tu nayagatai. Tangan kena letak ke atas. Seperti biasa, nak scan2 ni kena pakai baju disediakan. Dekat gelong bulat tu ada cahaya warna biru keluar. Dalam 5 minit rasanya. Tempat saya baring tu keluar balik. Tukar baju semua. Tunggu sampai doktor kata pergi balik emergency.

Tak lama nurse datang tolak wheelchair ke consultancy room. Waiting CT scan result. Tak lama doktor panggil. Doktor kata,
 
"Hidayah ovari kiri awk bengkak, cyst mmg ada tapi lebih besar dr yg awk bagi tahu tadi. Kena warded yer, nanti kita refer awk dengan doktor awk ya"

Doktor ada tunjuk. Tapi saya blur2, masa tu jugak memang sakit sangat. Call Abah bagi taw kena admitted. Dia tanya kenapa semua. Dayah cakap further check up. Sebelum datang tu, Abah dah cakap kalau perlu masuk hospital masuk je. Masin mulut orang tua ni. Masuk juga. Masa tu tak fikir apa dah.

Nurse tanya nak bilik 5 ke 2. Dia tak tanya pun bilik 1. Agaknya dia fikir kesian budak ni, mesti tak mampu.. kekekeke. Dayah melampau ni!! Heeee.. saje je. Dayah choose 2. Lepas dia register for ward semua. Nurse tolak bawa jumpa, my doctor pula. Jumpa Dr. Rasliza. Jumpa doktor, doktor said, today kita buat operation.

Tak terkejut masa tu. Angin tak ada ribut tak ada tahu2 nak operate hari ni. Yerlah, tahu sakit. Tapi nak operation tu macam, ting! So fast! Tapi tahu tak, dayah hanya angguk. Less talk more listen. Masa tu tak fikir apa pun. Rasa sakit buat Dayah tak boleh fikir apa dah. Doktor said, cyst tu besar about 8cm mcm tu. So kena removed, dia kata nak masukan camera dalam perut.

So lepas jumpa Dr. Ras. Nurse tolak masuk bilik. Sudahlah tak makan apa pun. Lapar tok sah cakap. Dari ahad malamkan makan sikit je, lepas tu buang. Doktor pulak suruh puasa. Sebab nak operate petang. Haduss laparnya. Call mama dulu bagi taw, nak kena operate semua. Disebabkan nak operate, kena bayar deposit. Rm5k, masa dia cakap dah petang. So tak dapat la nak keluarkan. Mujur dia boleh accept Rm1K. Dalam pukul 2 ptg macam tu lah, Dr. Ras masuk. Dia tanya sakit lagi tak. Sakit memang sangat. Tapi boleh2 lagi. Layan TV. Dia cakaplah, operation apa dia nak buat semua. Pastu dia kata, saya masukkan camera lepas tu nak tengok keadaan ovari Hidayah. Kalau dah rosak. Kita buang. Masa tu saya tak boleh kejut awk, sebab awk dah tak sedar diri. Jadi doktor bagi tahu siap2 ni.

Tahu? Dayah cuma angguk. Lagi!! Ishh sengal la perempuan sorang ni. Tak faham sungguh. So doktor kata operation pukul 5ptg. So tunggu pukul 5pm...6pm.... 7pm...7.30pm... dug dag.. dug dagg... Sebenarnya before 5pm tu Nurse dah tolak. Tapi operation threat tiba2 ada emergency. So that kena waiting lagi. Sehinggalah dekat pukul 8pm, Dr. Ras masuk dengan senyuman. Alahai, memang doktor ni menyenangkan hati Dayah. Dia tanya Dayah ok ke tidak. Dayah cakap yang sakit sangat. Doktor ckp since dah malam dan dia baru sahaja habis operation. So dia kata, dayah akan operate tomorrow morning early. Fuhhh! Doktor kata, dia akan bagi pain killer. So bertahan dengan pain killer untuk malam tu. Doktor benarkan makan sampai pukul 12am. Lepas tu kena puasa. So makan. Mama kena bawa makanan. Sebab dah malam, mana ada makanan serve dah. So Mama balik, masak kot.

Then Nurse, masuk bagi injection. Mata tu sayu2 dah. Kawan2 ofis pulak datang. So layu2 pun, segar kejap. Sembang itu ini. Ngantok. Mama datang, ngantok ni. Tapi LAPAR gler! Makan dulu sebelum tak boleh makan. Makan pun tak de selera. Tapi kali ni makan lebih sikit.

Next morning, Dayah wake up early. Dari semalam lagi pakai baju operation dah. So nak mandi. Nak buang apa yang patut. Lepas ni tak tahukan boleh jalan ke tidakkan? Pukul 8 nurse datang. Tolak katil. Masa ni cuma ada angah and Sri. Mama belum sampai. Pesan dah ngan Angah. Nanti elok keluar operation room tolong pakaikan tudung yer.

8 lebih masuk dia orang tolak dekat satu checking areas. Tunggu. Tak lama, dia tolak masuk operation room. Berdebar tu tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam mamai2 waktu ni. Padahal belum kena bius lagi. Masuk je. Ada satu benda alah ni, dia terkup pelan2. Apa jenis asap ntah. Macam oksigen macam tu la. Taw2 bila terjaga, Aduh sakitnya. Tak leh banggung. Tekak sakit, haus. Dah bukan dalam operation room. Mamai masa ni. Tanya nurse, pukul berapa sekarang. Dia cakap 10 lebih dekat 11. Lepas tu dia suruh rehat. Lepas tu dia tolak, tukar katil. Susahnya nak gerak. Lepas tu tak sedar apa. Sedar ala2 tak tahu apa. Pukul 7pm baru sedar dengan sungguh2. Mata terbuka luas. Cakap slow sangat. Perut rasa sakit. Rasa kebas.

Cyst yang di keluarkan di tunjukkan kepada waris. Dua bekas. Satu besar. Satu kecil. Yang besar adalah ovari kiri. Yang kecil adalah cyst yang berambut. Panjang rambut yang tumbuh. Pelikkan? Ovari kiri, adik ada ambil gambar. Masa dekat hospital memang Dayah tak tengok langsung picture tu. Baru-baru ni baru berani tengok. Nak tepek sini risau nanti tak berapa sesuai. Doktor said, ovari kiri memang tak boleh nak selamat dah. Cyst tu dah buat, tiub berpintal2 dan ovari dah jatuh. So kena removed. Infected. Again, saya dengar dengan anggukan. Isshhh!! Apa nak jadi Dayah ni. Serupa orang tak punya perasaan.

Yang Mama dok risau, mcm mana nak kawin nantilah apa lah. Ishh. Dayah tak fikir apa pun. Serius masa tu angguk aje apa kata doktor. Sedikit pun tak fikir apa. Yang Dayah tahu, ovari kiri memang sepenuhnya di buang dan sebelah kanan pula cyst yang dah tumbuh di buang.
After operation, Angah, Aten, Sri, & Datin yang overnight kat sini. Second night demam. Fever asyik naik. Nurse asyik keluar masuk pantau suhu. Bagi ubat semua.


Dr. Ras suruh bangun and duduk atas kerusi. 1st day after operation tu. Sabtu, saya bangun and duduk atas kerusi. Uishh.. seksa nyer. Lepas tu baring balik atas katil. Hari ke-3, Ahad baru saya paksa diri bangun dan berjalan. Rimas duduk atas katil. Tu kat atas tu. Picture seksanya berjalan lepas operation. Pening lalat dia buatnya. Orang kata, darah baru mula nak gerak.

Adik2 yang sengal pergi buat lawak, apa lagi gelak la kan. Sampai menangis Dayah di buatnya. Sampai sekarang nak gelak tak boleh dalam kondusi baring. Kena duduk & tekap perut dengan bantal. Bawa kereta pun letak bantal dekat perut.

D_Y_H
5hari dok hospital. Sungguh membosankan. Tak sabar2 nak balik.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat Hari Raya semua, nak habaq mai.. surprised cheq ni sebenarnya sejak2 bercuti panjang ni. Hari berlalu rasa tak ada apa pun. Sehingga esok nak raya pun tak ada perasaan apa. Haru biru hidup cheq la ni sighbaru tat sat ni dengaq takbir raya. Aduhai sayunya hati. Baru feeling2 raya. Di tambah layan cerita kat TV3, Sandaran Kasih makk aii berjurai-jurai airmata berguguran jatuh timpa pipi. Sedih, mulalah Dayah feeling2 jadi Ana. Aduh! gelakguling Dayah sengal!! Hahahaha..

Tiba-tiba rasa dosa cheq banyak, amal cheq boleh bilang, mula dalam kepala macam-macam seksaan terbayang. Mula rasa mengigil badan. Mula tak boleh nak lelap mata. Sungguh seram apabila ingat masa kita didunia ini tidak lama.

Esok pagi, sembahyang raya di sini sahaja. Kami sekeluarga memang dah lama tak balik kampung bila Raya Haji. Pulang kampung hanya pada Raya Puasa. Tiap-tiap tahun, abah akan buat korban. Kali ni abah pilih raya-3. Raya pertama, dia dah sibuk kena sembelih lembuh dekat surau kat area rumah ni. Lepas tu sembelih untuk kawannya yang mana ntah.

Tadi siang sempatlah tolong2 sikit Abah jual daging. Memang setiap kali raya, Abah akan sembelih lembu dan jual. Jual dan potong depan rumah. Abah memang dah sedia khas tempat dia nak sembelih.

Dayah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN buat semua kawan-kawan dan keluarga. Dan buat mak2 dan pak sedara yang sedang mengerjakan Haji, di doakan agar kerja haji mereka berjalan lancar dan sentiasa dalam rahmatNya. Amin

D_Y_H
Mengantukglerr.. k la.. Selamat Berkorban yer ^_^
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar Hari Jumaat ni sempena Raya Korban, genaplah 3 minggu Dayah being operated. Sekejap je masa berlalukan. So after balik dari beli sup yang tak sedap tu dan makan dan telan sekali ubat. Terus baring. Hanya tu yang mampu. Berat dah rasa perut ni. Keluar rumah pun malas. Tengok TV pun tak de perasaan xpasti

Sampai ke malam. Makin sakit. Nak kentut pun tak boleh. Memang tak boleh sejak dari hari Isnin rasanya. Sungguh menyeksakan sakit perut ni sampai ke pinggang dia menangkap. Nak jalan pun tak boleh. Dah cuba masuk toilet tapi tak berjaya apapun. Makan jangan cakap. Saya tak makan. If makan pun akan keluar dalam kiraan tak sampai sepuluh busuk

So bila dah tak tahan, bagi taw dekat abah. Airmata tok sah cakap, bila sakit yang sungguh perit memang tak mampu nak tahan2. Laju je ngalir. Terus abah ajak p KPJ. P emergency, kali ni pi ngan Ejun. Mama tak ada kat rumah waktu ni. Memang susah dah nak jalan waktu ni. Sampaikan naik kereta memang tak boleh nak terhentak sikit masyaAllah sakitnya. Sudahlah abah bwk Hilux waktu ni. Taw je la kereta tukan macam spring. Melompat. Pesan dah kat Abah jangan laju. Jangan terentak.

Sampai kat sana naik atas wheelchair masuk dan terus nurse suruh naik atas katil. Kali ni rupa doktor tak serupa doktor. Mula konpius jugak. Pakcik ni macam pelawat sajo. Masa ni dah dekat kol 1 pagi kot. So dia masukkan la apa ntah, terus saya boleh buang air. Dan perut rasa ringan sikit. Doktor kata sembelit. Apa2 lah doktor. So dah buang air sangat lega. Masa ni memang dah tak fikir dah malu ke apa ke? Macam orang tak sedar. So doktor suruh tunggu kat luar. Lepas tu tak lama terus farmasi panggil. Bagi ubat. Abah pulak kali ni bayar dekat cashier.

Tak pergi pun ke parking, Abah drive kat depan pintu. Masa ni menahan sakit sebenarnya. Saya kalau boleh nak dielak di masukkan ke hospital. Lepas buang air tu memang ok sikit. Tapi bila kita jalan, ya Allah sakitnya. Memang tak boleh jalan yer. Tahan sahajalah.

Balik abah bawa laju sikit dari tadi. Saya diam je. Bila terhentak, Ya Rabbi sakitnya. Tapi cakap dengan diri, jangan manja. Sakit sikit je. Sampai rumah, minum air masak. Terus masuk tido, kali ni tido kat bilik Dayah. Naik atas. Tido dengan erti kata lain tak tido nyenyak.

Pagi tu bangun, sakitnya perut!!! Jalan sambil bawa perut yer. Memang pegang perut. Tak boleh terhentak sikit. Jalan dengan penuh hati-hati. Masuk bilik Abah n Mama lagi. Bagi taw sakit, ari tu (4/11) Abah n Mama memang byk sgt keje. So Abah dah bising2, dia lari sana lari sini. Semua orang dah tak ada. So Abah kata Abah hantar je pergi hospital suruh Baby temankan. So ditemani baby, abah hantar betul2 depan emergency. Dah tak boleh nak jalan dah. Wheelchair la jadi kenderaan yang mengusung dayah ke bilik consultant. Kena baring atas katil lagi. Kali ni doktor perempuan. Saya cerita dengan dia, from a-z. So doktor decide Dayah kita buat CT scan yer. Saya anggukkan je la. Dalam kepala dah bilang agaknya berapa pulak kali ni. Tapi biarlah duit boleh di cari.

So saya di tolak ke scanning room. Waktu ni memang ramai sangat tengah Q. Doktor suruh saya sambil sample urin sekali. Dengan tak makan dan minum mana mungkin rasa nak buang air. So saya pegang je bekas sample tu. Kesian yang Nurse yang tolak saya tu. Mesti sakit tangankan.adussorry la incik nurse. So saya memang berdebar-debar jugak. Dalam kepala mesti sebenarnya, saya punya buah pinggang ni kan? Sebab doktor kata, bila buat CT Scan semua boleh nampak. kesian Baby waktu ni, dia baru bangun tido. So tak makan tak apa. Dayah pulak bukannya bawa duit byk. Dia dah bosan tu sebenarnya. Mujur dia bawa sama Handfree.

D_Y_H
Luka luar dah heal tapi dalam belum. Belum rasa pegang perut. Masih kebas. Kalau sentuh rasa pedih macam sentuh atas luka baru.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Episode empat, bosan dah ke? sengihnampakgigi maap la yer orang kata nak menulis kena ada mood? Heeee.... dak aihhh busy membuta sebenarnya. Bila di beri cuti makanya kena cuti dengan sungguh2kan.. Bosan sebenawnya!! Sangat!! Kereta dah lama tak pegang. Baru hari ni bawa bersungguh-sungguh. Nak buat tak rasa sakit Dayah sendal bantal kat perut pastu baru pakai sit bell. Kuranglah rasa sakitnya. Nak ke sana sini susah, jadi Dayah decide baik bawa sahaja. Alhamdulillah, hari ini baru rasa hidup. Korek sikit tabungan. adusadusadusgaru kepala. Tak palah, mujur ada. Unsuspected kan.

Kesian Mr. Black. Lama tak siar-siar sambil nyanyi. Esok nak g berdating .. Rindulah! Ingat nak lepak2 membaca. Last story sampai 3/11 hari ke-3 diserang sakit. So lepas balik, Dayah terus baring. Mama kata pergi private. Abah kata pergi UKM. Angah kata pergi AnNur. Last2 balik dululah, makan tengah hari pun tak lagi.

Petang tu dalam pukul 6 lebih rasanya. Dah dekat maghrib ke dah lepas. Naik kereta empat beranak, Angah drive. She wanted to go AnNur. Abah kata tak yah kita g UKM. Mama nak juga pergi private. Last-last angah kata kita pergi KPJ je la. Dayah apa-apa je. Sakitkan!

Sampai KPJ, daftar nama. About 2min lepas register terus pergi triangle. Check tekanan darah, timbang berat badan, nurse tanya tinggi berapa semua. Tanya lagi pernah admitted tak? Ada sakit apa2 tak? Lepas tu duduk sambil tunggu no. naik. Tak lama lepas tu no. naik. Jumpa doktor rambut putih. Seluruh rambut dia putih dengan misai2 sekali putih. Tengok muka tak adalah tua mana.

Seperti biasa, doktor tanyalah kenapa semualah. Dayah storylah semuanya. Then dia suruh buat X-ray. Bilik X-ray tu tak ada orang langsung. Dayah tunggu lama jugaklah. Rasanya adalah kot 20 - 30 min. So datang seorang girl indian. Ingatkan pesakit juga. Lepas tu dia, ambil kertas kat kaunter terus panggil nama. Ohhh, dia ke nak dignoss? Kena tanggal semua benda. Dia suruh mengiring kita mengiring, suruh terlentang kita terlentang. Masa nak mengiring tu memanglah payahnya. Rasa sakit. Sudahlah baring atas besi. Sejukkan. Lepas siap. Tukar balik baju. Waiting for result.

Once result masuk bilik doktor, Dayah tengok sekali X-ray. Amazing! tak lurus dah? Tapi kenapa sakit lagi. Sangat sakit. Doktor kata ini bukan sebab tulang belakang. He suspect me ada batu karang? Actually, dalam kepala dah fikir either have batu karang or buah pinggang dah tak function.

So, doctor kata saya bagi ubat. Dia bagi pain killer dengan apa ntah lagi. Suruh rehat dulu, esok ada appoitment dengan untuk buat Ultrasound? Tak rasa pelik. Almaklumlah, Dayah jarang nak kena hadap semua jenis scanning ni. Yang taw, Ultrasound tu nak tgk isi perut. Yer tak? Cuba cakap pasal fraud ke? Findings ke? Ethical in doing business ke? DebitKredit ke? Balance sheet ke? Profit & loss ke? etc.. etc.. etc.. etc.. taw la jugak.

So balik & rest. Seperti kebisaan memang tak boleh tido. Memang pelbagai cara dan kaedah tido saya buat. Segala jenis kuak ada. Tapi kali ni tak kejut mama or abah. Just kalau sakit panggil Aten tolong urutkan perut ke pinggang ke kaki ke. Aten temankan tido. Next morning pergi scanning, Mama and Aten temankan. So pergi buat ultrasound. Doctor tekan perutla kan sebab nak scan. Entah apa gel dia apply. Doktor lelaki yer. Ishhh malunya. Bilik ultrasound tu gelap gelita. Ada cahaya luar sahaja. Dia tak cakap pun. Ada nurse accompany. Lepas scanning, terus dia suruh jumpa doktor bertudung dalam bilik 1. So doktor pun kata, ada cyst about 2cm. So doctor said kena refer to gyna. Doctor bagi pilihan specialist mana saya nak. Dayah pilih Dr. Rasliza eventho she did mentioned nama doctor yang mungkin lebih expert. So, lepas buat decision, Dayah di bawa jumpa pakar. Nurse tanya boleh jalan tak. I said, I can. Tak mau susahkan orang tolak saya.

Moment masuk jumpa Dr. Rasliza she smile. Cerianya Dr ni. Dalam hati, sejuk mata memandang dan tak salah pilih doktor ni. So dia scan again. Dalam bilik dia memang ada ultrasound machine. So dia pun nampak the same thing. So dia kata 1.8cm mcm tu la measurement dia. Saya tengok juga dekat skrin, nampak penuh je perut tu. Macam berisi penuh dengan lemak2 dan makanan agaknya. Macam ada sikit je ruang lagi nak bagi dia betul2 penuh dan padat. Sebelum tu doktor siap tanya, "tak mengandungkan?"busuk dah sakit geleng je la. Lawak doktor tak dapat buat saya gelak masa tu. Doktor siap kata perut awk penuh najis ni. Mahu taknya, tak membuang dari hari saya mula rasa sakit.

So dia kata, cyst tu kecil jadi kita kena monitor. So appointment dia next month. Saya tak cakap pun ngan mama apa-apa. Just cakap doktor nak buat follow up bulan depan. Kecik jekan. Tak payah heboh sangat. Baliklah, mama siap ajak makan bihun sup yang kononnya di gembar gemburnya sangat2 dan terlampau sedap. Saya memang sakit tak de mood langsung nak turun. so duduk dalam kereta. Perut memang lapar, tapi selera makan memang mati. Dah masuk hari yang ke-3 saya tak jamah makanan. Cuma air yang di makan. Makan pun sipi2 sahaja. Balik rasalah sedap sangat ke. HAMPEH, tak sedap langsung! Dia bubuh daun limau perut. Tak berkenan langsung. Lalu dua suap je. Lepas tu, lepas fews minute muntah balik. Rugi je makan.

D_Y_H
Cyst tu apa? Memang blur masa doktor ckp. Bagi saya dia mcm ketumbuhan. Cyst tu sebenarnya "a closed sac that develops abnormally in some body structure"
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hello everyone kenyit apa habaq? Sihat2 selalu la .... baru tatsat Dayah baca Chat Session With Tutor for P3. Tengah dok-dok baca tu tiba2 jumpa equation dalam sesi discussion tu. Tu kat atas tu equation dia;

2 + 2 = 5

Logik tak? Siapa pandai sila bagi jawapan menari

Dayah tanya Yayang;
Y-apa kaklong?
Y-2+2=5
D-cthnya satu bisness (COMPANY) gabung dgn satu lagi business.. so jadinya 3
Y-haaa? garupale x faham...
D-macam ni example bila seorang lelaki bergabung dengan seorang perempuan makanya jadi 3
Y- haa? garupale
Y- ohhh
*perbualan adalah tidak seperti original sengihnampakgigi lebih kurang gitulah*

Mula-mula baca pun saya blur 2+2=5? Macam mana tu? Bila dia kata "two business combined
together" makanya akan wujud JV = joint venture company but boleh jadi M=Merger so;

1 + 1 = 1

Sama dengan bila seorang lelaki bergabung dengan perempuan dan bertelingkah jadilah seorang je yang menang sengihnampakgigi ehh ada ke bila lelaki dan perempuan bertelingkah dua2 menang dan dua2 kalah.. mesti ada sedikit menang kan... ehh ada ke soalgarupalehahahaha.. ntah.. ngarut je dayah ni..

So the moral... saya rasa mesti tajuk FOREIGN DIRECT INVESTMENT OR MERGER OR LICENSING ada kemungkinan masok.. hailaaaa.. jom kita kaji2 company2 yg byk buat foreign investment.. jom ..jom...
Salam dan Salam Sejahtera,

Dayah baca n3 lama2 dalam blog lama. Sekali baca terusik hati dengan n3 ni, jom kita baca.Nampak tak? Agak2 rasa juling mata tu click kat Sidebar sebelah kiri, ada link blog lama Dayah. Cari n3 tu yek.. hikk.. sajo je kan nak nyusahkan... kekekekekeke..

D_Y_H
Hati ada rindu!
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,



D_Y_H
Tak semua benda kita nak sharekan ^_^
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dah masuk episode ke3 sengihnampakgigi, almaklumlah Dayah kalau bercerita panjang lebar nerdhikkkk. Pagi Isnin (2/11), Abah dah riuh-riuh nak panggilkan WAK *sinonim utk orang yang berdarah jawa ataupun indonesia* WAK ni memang selalu datang rumah. Orang keluar masuk rumah nak berubat dengan dia.

Dayah memang tak suka di sentuh orang, apatah lagi berurut merajuk bukan mengada2 atau minta puji *kata org sabah* tapi memang tidak suka. Entahlah dari mana datang sikap tu. Kalau sakit pun urut la sendiri, kalau dah melampau sakit baru cari doktor. Memang ikut hati tak mahu, tapi MamaAbah dah paksa. Dalam kepala dah macam2 monolog;

- WAK mesti kata aq ni banyak lemak.. byk kolestrol sebab tu sakit

- tak pun mesti WAK kata buah pinggang aq tak berfungsi

- yerlah sakit pinggangkan

- Tak pun mesti dia nak kata banyak minyak dalam badan aq


Haaaaa.. macam tu sekali si Dayah ni berfikir. Sakit tu buat saya nak baring sahaja. Tak pun rasa nak lipat badan. Sungguh menyakitkan. Masa itu, rasa umur dah pendek pun ada. Terfikir ini balasan Allah sebab selalu buat dosa. Macam-macam dalam dikiran waktu tu.

WAK pun mula urut. WAK ini guna kaedah ala-ala akupungtur *ehh betul ke eja ni. hentam je la* dia akan usik bahagian kaki untuk ketahui fungsi organ badan. Dia usik kaki memang tak ade rasa sakit apa pun. Bila dia mula picit dekat betis, katanya darah tak jalan. Buah pinggan sebelah kiri tak berfungsi langsung.. kaki saya dua-dua dah sejuk. Memang sejak kena serang sakit pinggan, kaki rasa sejuk.

Sebelum WAK tu datang lagi, dari saya bangun tido Dayah dah terlalu rasa sakit, Dayah menangis nangihnangihnangihnangihnangih tak kira orang dah waktu tu. Sampai Mama kata, "apa menangis ni tak malu kat orang, sabaq la sikit" Dayah dah memang tak tahan sangat2 dah waktu tu. WAK tu picit sana sini lagi tambah meraung. Apa taknya dia pergi picit isi kita. Macam kena cubit dengan orang yang sangat geram. Macam tu. Bukan dia urut. Memang Dayah marah terus waktu, semuanya keluar.

- Bukan sakit situlah.
- Nanti.. nanti.. nanti... *tarik kaki... sakit dia picit*
- Tak sakit situlah
- Bukan tu la
- orang bukan kat sakit situ laa * sambil nangis2*

Sampai adik-adik semua gelak, saya nangihnangihnangihnangihnangihnangihnangih sampai muntah. Sampai baby kena ambik baldi. Bila WAK picit, terus nak muntah. Adalah sejam dia picit2. Kaki saya yang pucat lesi tadi dah mula tak sejuk dan nampak merah balik. Lepas tu dia penat saya rasa. Sebab badan sayakan tongdrum. Mesti dia penat. Nasib la WAK. Apa pun saya rasa sedikit lega. Rasa darah dah berjalan kembali. Pagi tu kan ada appointment dengan doktor. Tapi sakitnya memang datang balik lepas tu. Terus abah suruh bawa pergi Emergency. Kad Hijau lagi. Saya memang sakit lebih dari semalam. Semalam sakit saya masih boleh jalan. Kali ini, memang nak jalan pun dah tak boleh. Kena guna wheelchair. Lama benar rasanya. In meantime, angah pergi buat appointment yang fisioterapi tu kan. Aten temankan Dayah. Terlalu sakit saya rasa, duduk pun tak kena. Bilik triangle tu tak ada langsung jururawat bertugas, tak silap ada 4 ke 5 triangle room. Bila tak ada, makanya lama lagi saya boleh see the doctor. Saya suruh Aten tanya. Dia suruh sabar. TRIANGLE pun tak ada orang apa kes? Saya tunggu dekat 45min macam tu la. Saya rasa 5-6 kali saya suruh bagi taw petugas hospital tu saya sangat sakit. Dia kata sabar. Ok. Sabar.

Last saya dah tak tahan, saya bangun dari wheelchair. Ajak Aten balik. Suruh dia call angah. Dari saya buang masa tunggu dia suruh sabar sedangkan register jumpa doktor tak buat lagi. Lebih baik saya balik dan tido. Sekurang-kurangnya tido dapat kurangkan sakit saya. Angah pun terkocoh2 datang. Then tell u what?

- Along fisioterapi tu appointment dia 2-Dec-09!

- haaaaaa hahhahhahhahhah glaa apa.. sebulan lagi?

- Angah jom kita balik, dia orang layan tak layan pun

- TRIANGLE cek pun tak gerak2, inikan pulak nak jumpa doctor mahu sejam dua lagi kat sini


So angah drove me home. Saya balik dan tido. PAIN killer semalam ada lagi. So telan tu dulu. Dengan harapan, bangun nanti ada miracle.

D_Y_H
Kecewa dengan perkhidmatan yang di beri