Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Yehoooo, ada follower baru no.9 sengihnampakgigisengihnampakgigi terima kasih Kak InnaAb. Saya tak sempat nak geledah lagi blog akak sengihnampakgigi Nampak tadi excited. Tgk jap browse sampai bawah pastu terplay lagu kesukaan sahabat baik saya Ili, Lenka Trouble is friend. Terus layan keje yang menimbun ni. Nanti saya singah2 selalu yer kak. Rajin2 ler menjenguk saya juga, terima kasih sangat2.

Ada cerita baru WRQ & WRE, tapi saya tak cukup masa nak menulis. InsyaAllah, saya akan tulis juga nanti sengihnampakgigi Moga-moga di tiap ujianNya ada manisnya di hujung cerita.

D_Y_H
Bergelut dgn file yg makin byk
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Ada sesuatu yang kita tak fikir tapi ia berlaku. Di dalam dunia blogging tanpa sempadan waktu, tempat dan sifat *eh ada ke? kekekeke hentam jelah labu* I realise that you might couldnt know how is your friends and who is your strangers? Can you identify?

Me? I might know some and someone might hidden. You can know from the surface but how you wanna know from their heart? Can you? Ada kuasa pak belalang ek, tlg tgk sikit boleh? Sungguh bila ia melihatkan hati dan kotak fikiran individu yang terpisah dari anggota tubuh kita ia amat sukar untuk di kenal pasti.

It's just so happen, I know someone how read my blog used to be close to me some other day. Now not anymore. Terima kasih sangat2 at least nak jugak Mr. Nuffnag letak iklan bila rating naikkan sengihnampakgigi tak mo la ckp byk, sometimes it makes me remember something not nice to thing about. Ya Allah, hindarkanlah.

Today, was so many things happen. The worst thing my laptop kat ofis tiba2 bertukar jadi frame gamba? Tak saya terjerit2 panggil Anor. Sgt2 saya panik ketika itu. Dengan work yang belum save lagi. Dengan work yang tak transfer dalam server lagi? Tak rasa nak gler? Dengan my boss nak file on 2.30? N it happen on 2.20! Sungguh rasa nak menyumpah waktu tu. Mujur ada sabar tapi dalam kepala dah macam2, terus turun jumpa my bos explain to her. Then she said ok. FUHHHH penatat least she understand. Because it not just happen today. So I think I need new laptop? Ok Dayah jgn demand. Pakai apa yang ada ok. Mungkin kena cleanup file lama2. Buang sajalah. File2 peribadi mmg haramlah nak simpan. Kecuali adalah sikit gambaq n music (ni byk kot) ni kena delete gamaknya. Komputer ni dah meluat ngan saya agaknya kan. Skrg nak bukak dia pun berchenta. Haiilahh kerje, as I always said "work is so demanding and life is unexpected!"

D_Y_H
Ciayok2x ari ni abg. Ali nak balik dah. Tak sempat nak manja2 lebih2menarispa suruh keje balik siang sgtkan padan muka
Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Selamat memulakan hari anda sengihnampakgigi hari ini mood Dayah agak ceria dipagi hari, sebab pertamanya:-
1) Mama masak nasi goreng paling mantop di donia lapar meleleh makan penatpastu lap peluh mkn sampai penat. Kekekeke.
2) Rajin sikit je sengihnampakgigi bangun2 capai baju kotor yg ada, buka mesin basuh, campak sabun sikit + soflan on sius. Biar sampai sudah *ate saya nak pergi keje, makanya mama or aten la ek tukang sidai jelir* rajin la tukan setan
3) Kemas sikit2 bilik, campak semua brg yg x berkaitan keluar bilik gelakguling padan muka sapa suruh korang sepahkan bilik along?
4) Hantar Datin g sekolah, siap cal Dayah kat ofis smlm "long ko dah streka baju? Ko nak pakai baju apa?" ok saya taw dah mesti ada udang sebalik mee ni. Pandai yer ko Datin.
5) Hari ni kerja dkt ofis punyalah byk sampai tak tahu nak siap mana satu, tp tak per perkara rumit dah selesai! Best sgt suka sengihnampakgigi

Ok let be young & stay young!! Sapa tak nak? Semua orang nakkan. So here I got some tips from email that send by one of my friends:

Tips to Stay Young n Happy Always
1. Throw out nonessential numbers.
This includes age, weight, and height.
Let the doctors worry about them.. That is why you pay them.
2. Keep only cheerful friends.
The grouches pull you down.

(Keep this in mind if you are one of those grouches!)
3. Keep learning:
Learn more about the computer, crafts, gardening,
whatever.
Never let the brain get idle.
'An idle mind is the devil's workshop.'

And the devil's name is Alzheimer's!

4. Enjoy the simple things

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.
And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with him or her!
6. The tears happen:
Endure, grieve, and move on.

The only person who is with us our entire life, is ourself.
LIVE while you are alive.

7 Surround yourself with
what you love:
Whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever.
Your home is your refuge.

8. Cherish your health:

If it is good, preserve it.
If it is unstable, improve it.

If it is beyond what you can improve, get help.

9. Don't take guilt trips.

Take a trip to the mall, even to a foreign country, but NOT to where the guilt is

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity.

D_Y_H
Sharing is craring
Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,

Ada sesuatu yang Dayah nak kongsikan bersama semua, kadang-kadang kita buat kadang-kadang kita ni lupa. Bila sibuk atau higar bigar suasana manalah nak perasankan. Tapi kita di beri telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat. Jikalau salah satunya di ambil sekalipun kita masih mampu merasakan ia.

Mari kita sama-sama hayati, email ini. Moga kita semua dapat manafaatnya bersama.

Azan dan kebijaksanaan ALLAH S.W.T........... Sebarkan
481399.jpg


4813c8.jpg

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,

mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan
Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini,

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan,

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Justify Full
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

D_Y_H
Hari yang penuh kerja
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar? Harap2nya semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hari ni Dayah nak share satu email yang berguna buat berpesan-pesan sesama kita. Kadang2 kita ingat kita sedar, tapi sebenarnya dalam sedar ada lupanya dan dalam tidur ada sedarnya.

Meh kita baca bersama-sama pesan USTAZ, moga kita semua dapat manafaatnya bersama:-

Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama
Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama


Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH


Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya

Segalanya UjiaN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

SAHABAT SEJATI
apabila ingin berteman,jgnlah krn KELEBIHANNYA,krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
andai kau ingin BERTEMAN, jgnlah krn KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
andai kau ingin berteman, jgnlah krn ILMUNYA, krn apabil dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....
andai kau ingin berteman jgnlah krn sifat CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akn MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....

Moralnya: Kita semua ada kelebihan ada kekurangan… jangan sesekali kita pupuk dalam diri kita sifat suka mencari2 kekurangan, keburukan org lain, Renunglah diri sendiri…jangan mata kita hanya melihat KOYAK di kain org lain sedangkan kita lupa kain di badan kita yg mungkin TERKOYAK... Tutuplah Keaiban org lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita.

D_Y_H
Berpesan2lah kita agar kita saling ingat mengingati sesama insan ^_^
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

I'm in dilema la. Tak tak what should I do now? Feel so unsure sighpenat dah pikiaq. Tapi jawapan tak do pun. Apa cheq harus buat neh? Mula rasa sayang plak tu. Pastu mulalah benci. Pastu mulah serabuttension habis terabuq semua rambut2

What should I do now? Stay or move on. Ni nak buat kheja pun satu habuk tak jadi. Dari tadi dok tgk saja kertas ni. Padahal my boss dah minta file ni. Hang gla apa Dayah oiiii. Sampai serabut teraaa ni laa jadinya.

Tadi my bos ask me whether want to go for tax seminar? Wahh its good experience, of coz I want. Tak pernah sekali pun our department kena external train. Train diri sendiri ado. Ni yang tambah sayang ni. Adoii la. Dilema aq di buatnya ni!!

Sesungguhnya saya Nur Hidayah Othman tidak ada mood nak buat bekerja sama sekali. No heart! Camno ni. Tlg la. Mkn gaji buta ke weiii? Hang igt sikit Dayah haram taw buat lagu ni. Penat hang kherja mati2 hari2 lain tiba2 hari ni cari pasai mood terbang melayang kat MRR2 hang gla ke apa wei cik dayah. Sila kembalikan mood kerja.. sila kembalikan.. tlg la pulangkan. tolong pulangkan. *keje kat tangan ni dah timbunan mcm tak dak surutnya*

D_Y_H
sgt2 pening kepala & dah start panas2 bdn.. tekak semua dlm satu dah ni
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Siapa obesiti? Dayah? Yes I am. Tun Mahathir tegur rakyat Malaysia terlebih gemuk (dlm kata lain obesiti) artikel ini saya petik dari Utusan Malaysia (saya copy & paste)

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

KUALA LUMPUR 18 Okt. – “Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

“Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen Walk-a-Mile (WAM) sempena Hari Jantung Sedunia 2009 di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.

Beliau seboleh-bolehnya akan tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman walaupun sibuk dengan tugas seharian.

“Senaman yang paling mudah dan ‘murah’ ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk Kuatkan otot lengan.

“Mungkin kini tumbukan saya tidak sekuat dahulu, maklumlah usia sudah semakin meningkat, tetapi jika semasa muda sesiapa yang terkena tumbukan saya pasti akan terasa sakitnya,” katanya sambil berseloroh.

Kempen WAM itu dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia bersama Nesvita Omega Plus dengan kerjasama akhbar Mingguan Malaysia.

Objektif program tidak berkonsepkan pertandingan itu adalah bagi mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya satu kilometer sehari bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan tersebut riadah rutin untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kempen WAM bermula di Alor Setar, Kedah pada April lalu; Kuantan, Pahang pada Jun; Melaka pada Julai; Taiping, Perak pada Ogos dan kemuncaknya hari ini di Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sini.

Dr. Mahathir turut menyertai kempen itu yang upacara pelepasannya disempurnakan oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Beliau turut mengulas ceramah Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. J. S Sambhi sebelum itu yang mengingatkan orang ramai yang sayangkan jantung supaya mengelak daripada menjadikan nasi lemak dan roti canai sebagai menu utama sarapan pagi.

“Saya dah makan nasi lemak tadi, tetapi kalau saya dengar dahulu ucapan Dr. Sambhi, pasti tidak akan makannya... diet saya adalah makan semuanya sama ada yang berlemak atau berkolesterol tinggi, tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.

“Jangan praktik cara ini kerana saya tidak layak memberi nasihat kerana terlalu lama tidak mengamalkan profesion perubatan,” katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Adakah anda juga tergolong dala golongan seperti saya? Anda mengambil NASI LEMAK or ROTI CANAI everyday? Inilah kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira bangsa. 1Malaysiakan. Tapi amalan tersebut memburuk kesihatan kita semua.

Dayah sedar mmg tak harus berterusan dengan bentuk badan dan berat yang sedia ada. InsyaAllah sedang berusaha menurunkan sehingga BMI ke range 18-20 insyaAllah. Terlalu banyak nak kejar. Tapi tiada apa yang mustahilkan. Cuma nak habaq ni, cheq malas sgt nak senam. Harap parking kete kat basement yang tak berapa nak jauh tu, naik tangga sikit ke floor G pastu naik lift, touch kad ofis naik tangga lagi setingkat ke aras department saya.. tolak kerusi dan duduk. Tangan sibuk buka laptop & pasang plug, haaa itulah senaman saya selama 5hari di ofis.. itu pun kalau masuk ofis gelakguling *sengalaa dayah ni.. hahahaha* oh tambahan, balik rumah kena naik tangga lagi, nak masuk bilik kena panjat tangga. Lepas tu nak g loteng kena naik tangga lagi. Huhh berpeluh dah tukan... gelakguling *sah dayah sengal*

Oleh itu saranan saya, marilah kita beramai2 perbanyakkan naik tangga ehh silap bersenam yer, jgn lupa paling tidak 3 jam seminggu. InsyaAllah, saya nak rajinkan diri ni. Bermula dengan naik tangga yer sengihnampakgigi

D_Y_H
Seriously I'll take this serious issue. DAYAH dari hari tu dok 4kg je turun. Bila nak turun lagi dan lagi ni. Maintain je ni. Apa kess?
Assalammalaikum wbt & Salam Sejahtera,

I adore u, really kagum with u. That's Y I choose to adore u peace now doing master with your busy time. Salute! I adore u more n more. I hope you can do it and success is always with you. AMIN

D_Y_H
Today journey to Alor Star. Kerja menimbun2.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? ^_^ harap2 semuanya dalam sihat sejahtera selalu ^_^ mesti hujung minggu masing2 sibuk2 dengan jemputan open house, undangan perkahwinan, celebrating Deepavali, yang adik2 pulak sibuk membaca buku nak final examkan. DAYAH?

Hermm.. agak busy jugak. Walaupun badan dah rasa nak lunyai tapi sebab memikir tak selagi mampu buatlah kerja-kerja mana yang ada. So Friday, reach KL about 6.30pm from Pasir Gudang about 3.15pm mcm tu la. Highway ada sekatan sekali kat Segamat and thru all the way ada banyak pak polisi duduk tengah2 highway cari mangsa untuk di saman. As usual, saya tetap speedy ^_^ pantang nampak ade kete besaw jadi follower yer *apa igt tak kena saman jugak ke dayah.. hahahaha*

Sampai je rumah, mama dah sibuk ajak g rumah Pak Long then nak kerumah Tok Chaq. Hadoii la mak aq ni. Anak dia ni bertulangkan besi agaknya. Layankan ajala. Tapi ckp ngan mama boleh tak after Nur Kasih ^_^ *sya fans cerita ini ya*

Then mama ckp, pukul berapa nak pergi kalau mcm tu. FINE! Tak perla. So siap2. Turun bawah dulu layan berita di TV3 sementara menanti Mama Datin *^_^ hihihi* saya bersiap. Elok mama siap dia pun joint us dkt ruang tamu. Tak lama lepas tu Nur Kasih pun start. Terus mama

- Long lepas Nur Kasih la kita pergi
YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO! Saya sgt suka

Elok syok2 tgk Nur Kasih, Pak Jang pulak mai rumah. Saya mulalah nak lari *mmg dah biasa bila orang mai tak mau dok menyibuk* so nak gerak naik atas. Pak Jang pulak

- Along nak pi mana? ^_^ sengih je la.

Terbantu aq nak bergerak. So lepak hujung2 sofa ajo. Habis Nur Kasih gerak g rumah Tok Chaq. Tak jadi g rumah Pak Long, cause 2morrow night baru dia nak buat Kenduri Arwah.

So ke rumah Tok Chaq, ada sbb because nak tinjau lokasi for 2morrow catering. Dayah mmg dah niat dlm hati KENA TOLONG YER DAYAH! NO EXECUSE!! baik bosss ^_^

So the next day, Dayah mengetuai rombongan kereta2 hantar alatan2 dan sejata for catering ^_^ *dah saya sorang je taw jalankan* punyalah slow saya bawa.. 20-60km/h je ek. Tak saya stress bawa kete cenggitu punya slow. Tapi memikirkan barang2 dlm lori. Bawa je la slow2.

Jadi tugas saya di sana adalah mengubah bunga Meja pengantin yer. Marilah tgk picture2 di bawah ni yer. Cubaan saya yang tak berapa nak jadi. Besar gler and tinggi. Tutup muka si pengantin *mama kata* tapi saya puas hati walaupun tak cantik kekekeke.


Dayah in the house dlm cubaan mengubah ^_^


Taaaraaaa.. inilah hasilnya.. ok la.. jadi juga bouqe nya.. ^_^
Ini pula adalah meja pengantinnya... saya tlg susun sikit2 je.. kasi bersih balik ^_^

Ini pula ada meja VIP aka keluarga, meja tetamu kami letakkan roses putih setiap satunya dan menu makanan untuk hari tersebut adalah Ulam2man, sambal belacan, jelatah, Ayam percik, Gulai daging caayaqq *org kedah sbut lagu ni na ^_^* all cooked by mama. Ohh ado lagi, Bihun sup dan moi sup jugak. Saya cuma sempat mkn Ayam Percik.. yum..yum.yummm.. tapi tak berapa nak best because this time Abah cooked dia dalam new oven. Lagi best bakar dgn arang. Seperti biasa saya tukang complaint. So, Abah decide next time have to use traditional way la. Lagi sedap. Semua orang memuji Ayam percik, kalau depa makan yang panggang pakai arang lagi sedap woooo.. gerenti punya.



Inilah kami pada hari itu, Aten Tan Ton-Datin Aina-Baby Bina-Omma Mama- ado lagi x interframe *pasai depa semua pemalu.. kakakaka*

So that all about my Saturday activity *ini siang hari saja* mlmnya kerumah Paklong Din. Saya punya nak ikut jalan dekat la konon. Alih terlajak sampai kepong. Mujur ada jalan masuk ikut FRIM. Kak Rina nampak sungguh COOL. Tapi dalam hati siapa yang tahu. Mak Long je bila bercerita menangis. Dayah ni, tak leh tengok orang nangis karang mulalah nak joint drama sebabak tu. Kak Rita pula selamat bersalin baby girl yesterday. CONGRATE Kak Rita. Allah ambil seorang hambaNya dan kemudian memberi mereka cahaya yang baru.

D_Y_H
Nak kena ambik 2 days unpaid leave. Agak2 Makcik bagi tak. Dahlah nak exam leave pun dia dah bising itu ini.

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

I got new follower duitduitduit tiba2 mata tukar jadi pounds sterling gelakguling hehehehehe.. taw dak no. 8 adalah ONGGGGG bagi kepercayaan kaum cina di mana ia membawa maksud kekayaan *rasanya betul dah ni .. hihihi*

No.8 adalah Kak Jemah sengihnampakgigi thx akak sudi melewati pages saya yang terberapa nak meriah ni sengihnampakgigi vangga ada senior blogger joint .. kembang2 hidung di pagi hari di Pasir Gudang ni... Jom p lawat page Kak Jemah pada sapa2 yang tak pernah p la na.. sapa selalu p jom kita singgah2 selalusengihnampakgigi Moga akak pun makin kayo pasni sengihnampakgigisengihnampakgigi

Today, will be my last day dkt pasir gudang ni.. yuhoooooooooooo best sgt!! Tak sabar nak weekend. Hari ini jugak, dayah terkejut dengar berita from Mama, pagi2 mama dan buat siaran dari ofis abah pulak tu fikir mula fikir gak.. ehh siapa yang masuk ofis awal ni?? Takkan abah col kan? Abah cheq tu mana nak pakai telefon pjbt. Dia dail sajo guna hp dia sudah. Angkat jelah kan. Mama rupanya. Okeh taw dah, mesti nak tanya

-dah bangun dah?
-dah sembahyang dah?

Tapi kali ni lain, pulak. Entah sapa pakai hp mama, tiga-tiga tak da duit *ambik ko tiga hp mama yer* -anak dia ni pulak cuma hafal 1 sajo no.nya- tulah mama sapa suruh pakai tepon byk2. Depa taw mama byk topup depa pinjamlah buat sharing. Sian mama, cheq jauh sgt. Ok back to the topic. Mama call me, because nak bagi taw yang Suami Kak Rina sudah meninggal. I'm so speechless. Life is too short, pls appreciate it. TAKZIAH buat Kak Rina dan Pak Long's family.

I remember, Kak Rina baru sahaja kawin. Mama yang buat catering dia. Allah pinjamkan kita dunia seketika dan berikan kita akhirat yang kekal abadi. Al-Fatihah buat suami Kak Rina.

D_Y_H
Sian mama ... cal dayah nak bagi taw sambil ngadu sapa nak bawa dia p tengok arwah. Hope angah leh la. I'm too far la pulak
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

I just notice that GBP has drop nearly 1% and most of the others currencies have drops. Its good or not? Well we cannot jump to any conclusion yet. As the analysis is only made for 1 days. But change in a days for 1% is quite high.

How much I can talk. Seem I'm not a qualified to talk about this. So we see how the economic will grow this year. Is there any changes? Is there any positive impact to us?

I just paid my exam fees and its cost me 78pounds blur its keep higher from year to year. Its may cause by rapid changes in the currency. But thanks to Allah, its not 1pounds=RM7

D_Y_H
Otw to Pasir Gudang. I have 3 days fieldwork and hope to reach home before 8pm on Friday.
aAssalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Today is 11-10-2009, she becoming 23rd older!! She pretty! Believe in me sengihnampakgigi HAPPY BIRTHDAY DARLING.. LOVE U ciumcium

Tepat pukul 12am, Seri buat cerita apa ntah ajak angah naik atas. That time, Dayah tgh sibuk nak cari picta dia. Nak edit. Tak sempat edit. Seri dah mula dulu... ok.. ajak dia naik atas. So we all follow belakang. Following by mama too kenyit dia pun nak joint jugak remaja2 ni bersuka ria. Penat jugaklah nak heret dia ke tengah rumah tu, sbb dia dah perasaan kot.

SO Dayah tukang heret dia ke tengah. Berjaya! Tak lama depa baling belon berisi air hahahaha. Dayah apa lagi cabut ler. Tak mau basah. Then Dayah pun sama2 ambik belon baling kat dia. Seri dah lempar telur. Pecahkan sebiji kat kepala dia setan hahaha padan muka ko ngah hahahaha.. best x?

Lepas kena belon berair. Kebaling ngan belon tu ntah berapa bijik ntah. Tu kerja baby & Seri la. Pastu kena telur, 3 bijik kot. Pastu dgn tepung gandum sekilo! Huhuhuh best! Di campur dgn sebaldi air nila!! HHAHAHAHAHA gelakguling she's was trying to hug me. Tapi tak dapat. Hahahaha.. Dayah basah sikit aja. Syok oooo. Kebetulan dkt bwh ada org tgh pasang khemah for 2morrow pun nyanyi sama kenyit HOHOHOHO

I LOVE u la laling.... lalalalala.. Happy Birthday to 2... happy birthday 2 u.. happy birthday 2 angah.. happy birthday to u... May all ur dream come true n success in ur life.

D_Y_H
Semua org kena mandi akibat tepung! hehehe.. but not me.. kena simbah air jo.. hehehehe