Assalammualaikum wbt,

Lots of different. I've to be professional in any reaction.

Pernah x korang rasa lain sangat kawan-kawan korang. Nak bersapa pun rasa takut. Kadang-kadang kawan tu bercakap dengan orang lain sahaja. Dengan kita langsung sepatah x cakap. Bila kita buka mulut bercakap. Barulah dia renspon. Kalau tidak dia diam.

Kadang-kadang baru rasa nak merasa matahari, dah tiba-tiba mendung langit dan tiba-tiba hujan turun. Its being long time to talk tp tak terluah.

Ok la, dah luah.

D_Y_H
Lega beban .. nak pikul beban report pulak.. hihihihi
Assalammualaikum wbt,

Every single of my belonging was packed until head. Need to plan properly start from zero back. Moral from packed:-
1. I should plan my reading schedule properly
2. I should be able to identify resources once decide to take paper
3. I should do all the details finding at client not at office
4. I should discuss immediate once issue is identify
5. I should check all working properly including assistant
6. I should ensure debt is not exceed 30% to saving not equal to saving or more
7. I should ensure at least to saving 20% of income
8. I should ensure oils meter not less than 3 bars not until blinkage
9. I should ensure car is wash once a week not till color change
10. I should check tyre pressure once a week
11. I should not eat after 12am must eat on time
12. I should not stay at office after 1am or more
13. I must ensure to recite Quran at least once a week
14. Its compulsory to be on time to meet HIM

D_Y_H
So packed with all thing around me
Assalamualaikum wbt,

Yeahhhhhh!!! Saya nak lompat mcm tu kalau boleh... tp saya berat.. hahahaha... Alhamdulillah. Selesai satu, have 3 more to go.

D_Y_H
Gumbira sgt.. bila fc kata you kan "print!" terus senyum... :D
Assalammualaikum wbt,

Sedih + geram = marah

Apalah nasib si Labu, Labu memang tidak berapa berkenan membuat kerja dengan fc ini. Tapi apa Labu boleh buat, kerja Labu...kerja

D_Y_H
Labu ohh Labi
Assalammualaikum wbt,

Happy weekend :D

Agak bosan minggu ni. Sbb x rajin nak stadi, x rajin nak buat apa pun, kecuali layan kartun. hehehehe.. nasib umor baru 2+5=7tahun.... kakakakaka...

Tiba-tiba jadi kanak-kanak rebina, belajar apa karekteristik "Wild Shark". Dia adalah sejenis ikan jerung terbesar di dunia dan mempunyai 3 ribu gigi. Wowwwww.. banyaknya.. kalau masuk dlm mulut dia cepat je dia kunyah2 jadi serpihan2 kecik.. gulp...ngeri la pulak.. kat Malaysia ni ada ke "Wild Shark" ek?


aikk napa shark ni .. x de gigi.. ni ATOK SHARK kot gigi dah luruh.. kikikiki

Ok.. nak sambung tgk kartun lagi.. tata

D_Y_H
Rasa umo baru 7 tahun... hahahaha
Assalammualaikum wbt,

Kakak yang ini adalah baik. Dia kerja dekat tempat yang saya tengah keje hari ini. Igt tak entri saya pasal best duduk kat sini. "Susi" tu la kakaknya. Ishh dia ni, baik betul. Saya dah sudah makan, saya simpan la turperwear kat bawah meja. Nanti nak balik saya akan letak dlm beg saya.

Pastu dia tanya, "awk x nak basuh ke? Awk letak sana nanti saya basuh". *baikkan*
Saya "tak apa, saya bawa balik". Tempat nak cuci tu bukan dlm ofis. Ofis ni tak ada pentri. Satu floor ni kongsi satu toilet sahaja. Mmg management dia buat mcm tu. Dan satu lagi toilet perempuan untuk keselamatan adalah berkunci. Jadi saya berkeputusan untuk tidak mencucinya di sini. Sabun pun saya x nampak.

Susi, "x apa awk letak sana, nanti saya cuci. Semua org pun macam itu jugak. Semua kasi saya cuci"
"Awk letak je sana" "Awk balik dri sini pukul 6.30ptg, lepas tu jammed lagi" "awk balik mak cucikan" *amboi manjanya dayah kalau mama cuci... *bukan mak cuci tp si satuma... yg cuci... hehehehe..*
Saya "saya kejap lagi blk ofis pukul 10 ke 11 ke baru saya balik rumah"
Susi "haaayooo.. lama lagi.. awk kasi saya cuci... nanti saya ambil dari tempat awk"

Bukan saya tak mahu kasi dia cuci. Tapi dia sendiri nak kena cuci satu baldi punya pingan dan cawan director and other staff. Kat tempat saya keje hari ni. Semua org kat sini berprofile tinggi. So semuanya di layan bagai puteri. Hehehehe... baikkan kakak tu. Saya nak buat air dia x kasi. Even air suam pun dia nak buat. Lemak la.. kalau saya duduk lama-lama dekat sini.. Hehehe.. nasib seminggu je.

D_Y_H
Assalammualaikum wbt,

Ini ada sebuah cerita, Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES.

SAFE WALK!

The true,
Timah
Terjemahan ayat Huruf Besar:
CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

Hahahaha.. lawak gler..

D_Y_H
Assalammualaikum wbt,

Dayah kat 1 of client, best kat sini. Rasa macam di layan bagai bidadari, hahahaha perasan kejap. Pagi2 ada org tanya nak minum apa? Saya yg terkejut di tanya tiba2 jawabla "tak palah". Minumlah sini ada milo, nessceffe.. air suam pun ada" org yg tengah blur ni pun jawab la "tak apalah kalau saya nak saya bagi tahu ya".

Keesokkan harinya, director dia pula tanya "susi, tak tanya apa adik tu nak minum" uikkss saya yang tengah tekun bekerja mengangkat kepala. Senyum je dkt dia. Susi tu jawap, "saya dah tanya dia tak mahu minum". Director tu pulak kata, "dia takut ngan awk tu" hahahaha. Apalah director tu. "awk jgn takut saya x letak apa2" hahahahaha.. apalah dia org ni. Saya bukan takut ke apa. Cara dia org tu igt saya kat mak tok n mak ngah. Pantang saya balik dan duduk, "along dah makan".. "along nak milo" "along nak makan apa" mana la dayah ni tak comel.. hahahaha.. perasan sendiri.

Hari ni bawa bekal, so nak panaskan. Teringat incident smlm, sya pastkan bekal saya pada susi minta dia panaskan. Incident smlm tu saya nak buat milo, then susi pun ada kat situ. Saya tanya dia apa ada, dia kata semua ada. So saya pun tgk la dkt dlm kabinet dia, mmg semua ada tersusun kemas dan teratur. So dia kata "awk buatlah apa awk nak minum" so saya pun buatlah. Masa itu kebetulan, dtglah seorang exec ni. Panggil susi tu masuk bilik dia. Pastu susi keluar cepat2 dia kata "akak biar saya buat" ehhh pelik. Saya tak cakap apa bagi je la kat dia. Dalam hati, mesti dia kena marah. Kesian dia. So saya teman je la dia buat air. Pastu dia kata "dia marah, ini kerja saya jadi saya kena buat" Adoiii kesian kakak ni. Patutlah mudahnya keje mereka. Semua disediakan. Jadi bos aje. Hermm.. so kalau dtg sini saya boleh pendekkan masa berjalan ke pantry dan buat keje sahaja. Hahahaha.. lemaklah.. mcm ni ari2. Pastu bos2 dia semua kat sini. Huhh.. hq la katakan.. adoiii ada perasaan ngeri taw. Risau pun yer jugak, yerla mana taw tiba-tiba dia tanya soalan menguji minda ke apa.

Lomahla den. Tiba-tiba kang dia tanya "how you evealuate our risk" haaa kan sudah nak explain berjelar-jelar. Saya suka tanya org tp kalau tiba2 org tanya nak jawapan la la tu jugak. Naya. Kena take breath dulu pastu baru ada oksigen nak fikir ... hehehehe.

D_Y_H
lalala kat ofis org. hehehe.. tp keje.. makaii nayalah nak siapkan.
Assalammualaikum wbt,

Depa buat apa? Haa.. nak taw tak. *napa tiba-tiba dayah kecoh ni.. hehehehe.. sekali sekala.. ehh x sebenarnya selalu dah hihihihi* tadi kebetulan nak gerak p jumpa seorg exec ni, lalu kat tempat ea depa ni dr ey. Jadi nak jadi cerita nampaklah ketekunan mereka...kikikiki...*gelak dulu na.. * depa tgh browse apa tah. Bukan ngendap yer.. depa dok depan muka pintu, jadi nampak ler :D. Jadi conclusion saya, dimana-mana ofis yang ada talian internet yang tidak disekat makanya haruslah pekerjanya "utilise and maximise" sebaik mungkin. Betul tak?

Pastu dayah syok sgt, Sbb tadi buka blog sendiri pastu iklan nuffnag yang pertama telah diiklan di blog saya. Yea Yea Yea.. iklan apa taw "Uniquely Singapore" best2. Ingatkan tak jadi. Rupanya ada. Alhamdulillah, saya suka. Sudahlah hobi saya adalah berjalan-jalan. Niat di hati nak jalan2 suruh dunia tanpa bekerja. Hahahhahahaha... gler ke hapa.. sapa nak tanggung?? Hahahahaha.. kalau kaya raya tak per la kan.. x per.. mesti perkara itu tidak mustahil. Tapi perlu usaha yang jitu lagi gigih. Hermm.. ayuh bekerja bersunguh-sunguh.

D_Y_H
Saya sebenarnya pening.. stadi x byk pun..


Assalammualaikum wbt,

Selesai sudah saya membaca. Setelah sekian lama saya cukup liat menghabiskan buku-buku yang saya baca. Dulu tidaklah begini. Sejak pertengahan tahun yang lalu, tabiat membaca secara laju-laju semakin teruk. Sehingga menyebabkan timbunan buku-buku di bilik yang masih belum di baca. Dan masih banyak lagi yang saya hutang. Cuma saya tertarik pada sebuah buku ini, kenapa kerana ceritanya menarik dan ketika saya leka membaca novel ini. Ada satu babak dalam televisyen yang memaksa saya untuk terus membaca cerita ini. Saya suka dengan watak Masako dan Ultraman dalam cerita ini. Apabila Masako dan Ultraman berjumpa menjadikan saya ternanti-nanti untuk membacanya. Permulaan cerita mungkin tidak sedikit menarik perhatian saya. Tapi apabila dia baca dan di baca lagi. Saya temui keseronokan membaca novel ini.

Novel apakah itu, "Setiap Jumaat"dari seorang penulis yang saya cukup suka membaca penulisanya. Tidak kira novel apa jua dia tulis akan saya beli dan baca. Mungkin boleh kata saya obses penulisannya. Memang pun. Saya ada semua koleksi ceritanya. Ada juga sebuah dua ceritanya yang saya beli tapi saya tak baca lagi. Dan ada satu masa, saya menyesal kenapa saya tak membaca cerita ini dari awal. Ceritanya sungguh menarik. Tapi buku "Setiap Jumaat" ini cuma saya peram beberapa hari sahaja. Kemudian membacanya.

Saya suka watak Ku Pian yang keras dan Jasmine yang selamba. Dan membaca novel ini menjadi sumber inspirasi saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Cepat-cepat habiskan acca lepas itu berfikir dimana pula saya mahu membuat master. Itu impian saya. Tapi saya harus harung dulu acca yang amat payah ini dan juga mengumpul pengalaman secukupnya untuk bergelar seorang CA. Sukar tapi saya pasti ia sangat berbaloi dan itu cita-cita kecil saya.

D_Y_H
bilalah dpt p Jepun.. dulu ada peluang terlepas..
Assalammualaikum wbt,

Susah nak gambarkan perasaan ini, macam mana. Terasa sgt bila sahabat yang selalu angin tak tentu hala. Nak bagi pendapat pun rasa serba salah. Salah aku kerana tersalah tutur kata. Sudah ucap maaf di beri. Sekian lama di pendam rasa, rasanya untuk apa di ungkit cerita lama. Tapi bila ini yang terjadi, cerita lalu yang di peram sendiri terpaksa ku conteng di blog ini. Terima kasih blog sebab sentiasa menjadi teman setia. Pada manusia tidak dapat di luah rasa hati. Tapi di alam blog ini, aku boleh conteng apa salah perasaan hati yang terbuku. Lama dahulu aku bertemu sahabat. Kami rapat sejak zaman kampus. Ibarat belangkas. Kemana sahaja berdua. Dari jejaknya kaki sehingga meninggalkan zaman kampus kami sentiasa bersama. Hilang zaman kampus, telefon bimbit menjadi teman rapat kami. Bertelefon, bersms mahupun bermms tidak pun berymlah kami. Itulah penghubung kami. Kami akui zaman kerja membuat kami masing-masing di humban dengan kerja-kerja menimbun bagai gunung.

Tapi kami masih punya waktu untuk sekali sekala berlibur. Kadang-kadang kerana ingin bertemu, aku sengaja ingin membeli itu dan ini. Padahal tidak perlu pun. Kalau dia kata dia nak jumpa, aku akan pastikan masaku ada. Akanku jadikan waktu itu percuma buatnya. Walau aku punya rencana lain. Tapi aku mesti berjumpa dengannya. Dia sahabatku!! Dengan dia semuanya macam air. Apa sahaja cerita aku cerita. Tidak ada rahsia antara kami.

Satu masa dulu, dia tahu apa aku tidak suka. Alhamdulillah sixth sense itu benar. Alhamdulillah, itu ucapku bila khabar itu aku dengar. Bukan niat menyakitkan hatinya. Tapi kerana aku sayangkan sahabat dan dia layak dapat lebih dari itu. Jujur aku kata padanya, aku tidak suka. Tapi kalau itu pilihannya aku harus terima. Tentang itu kami tidak berkongsi rahsia. Dia pendam pada sahabat lain. Aku sedikit pun tidak kesah kerana aku tahu jika aku campur tangan aku akan menyakitkan hatinya. Lebih baik aku mengambil sikap berdiam diri dan membantu hanya bila dia memerlukan.

Dan ditakdirkan dia bertemu sahabat baru. Dia menanyakan pendapatku. Aku memberitahu sejujurnya dan ikut rasa hati. Tapi itu telah meninggalkan kesan mendalam buatnya. Ya Allah, salah lagikah aku. Telah ku kata ucap maaf. Dia memaafkan tapi berdiam diri. Sungguh ia menyesakkan diri. Terkilan sungguh, tapi apakan daya aku perlu bersikap seperti dulu. Tidak mencampuri urusan hatinya lagi. Jikalau dia bertanya tentang hati lagi aku berniat untuk memberi jawapan "GENERAL" tidak mahu lagi campur tangan. Cukup dulu dan kini. Tidak mahu seterusnya. Dia sahabatku. Sahabat yang sungguh menyenangkan diri. Sabahat yang faham bahasaku.

Aku pernah hampir rebah tapi dia ada membantuku. Ada sesuatu inginku luahkan lagi. Pernah satu ketika dahulu. Tidak pernah satu pun sms berbalas, kadang-kadang call juga tidak berangkat. Tidak apa aku diamkan diri. Bila dia benar-benar perlu, barulah aku di carinya. .....sighh......... Aku tak patut katakan ini. Tapi aku perlu luahkan. Sekian lama aku pendam. Satu ketika dulu, aku sangat perlukan sahabat untuk berjalan sekali tapi tidak ada jawapan. Aku harus gerak sendiri. Kadang-kadang kita perlu teman untuk berbicara. Tapi waktu itu aku tak punya siapa untuk bercerita. Mujur aku jumpa Sahabat chips more. Alhamdulillah seharian dia menemani dan menceriakan. Terima kasih, tapi kini dia hilang. Sememangnya dia chips more. Tidak apa, aku tidak mengenalinya dan dia tidak mengenaliku. Tapi dia seorang yang baik.

Sahabat satu cerita kawan pun satu cerita. Entahlah adakah aku terlalu menjengkelkan. Entah. Maaf aku tak biasa memenuhi keperluan semua orang. Aku cuba untuk jadi yang terbaik buat semua. Tapi aku hambanya yang tidak bisa bertukar menjadi malaikat. Maaf. Maaf. Kini yang tinggal cuma blog ini untuk aku luahkan.

Belum tentu esok lusa akan ada balasannya. Sehingga hari ini dia masih diam tidak bersuara. Aku rasa sunguh bersalah. Terlalu bersalah. Untuk berjumpa dengannya aku sendiri terlampau busy. Ada masa untuk diri mereda lelah diri sahaja. Sahabat ketahuilah, aku tidak punya niat untuk menghalang apa jua yang kau lakukan. Kataku cuma "suka dia" kerana itu jua pertanyaanmu. Lalu jawapan itu yang kuberikan. Tidak sangka jawapan beremosi yang kau berikan. Sehingga membuatkan aku sungguh serba salah. Seperti mahu sahaja aku temui sahabatnya yang aku tidak tahu mana tinggalnya itu. Dan katakan padanya jawablah tiap sms mahupun telefon.

D_Y_H
Gelap
Assalammualaikum wbt,

My happy family :) ... omma a.k.a mama ... oppa a.k.a abah.... onnie.. a.k.a along.. n y dearest sister..

HAPPY MOTHER DAY TO ALL MUMMY IN THE WORLD,

What had you plan for you mommy? Surely, you have something in mind to do. And I LOVE MAMA, U'R QUEEN OF MY HEART FOREVER!

Here are something I received from friend to share with all of you

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak (yer ommmaaaaa laa orang nyer)

Bila nakal, yang memarahi aku....mak (kalau bukan mama yang cubit siapa lg.. :P)

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak (yerrr.. mamalahh yg pujuk.. dia yg dtg bawa air ke.. dtg pujuk ajak keluar ke... ommma sayang ommma.. anak mama mmg nakal :P)

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak (ohh yess.. mama saya suka sgt bebel.. n dia lah pembebel paling saya sayang.. sayang mama ... muahhhh)

Bila takut, yang tenangkan aku.....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak (mestila.. peluk mama best...)

Aku selalu teringatkan ....mak (mestila)

Bila sedih, aku mesti talipon....mak (mestila)

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak (mestila)

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak (mestila)

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " (mestila)

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak (omma mmg cepat tangkap .. taw je org sakit.. sayang mama)

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak (nak xm x boleh x col mama n abah sebelum masuk xm.. bukan tepon seorg je .. mula2 kol mama.. pastu kol abah.. malam tu dah kol dah.. nak masuk dewan kol lagi.. :) restu mak tu penting)

Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak (lali dah.. mama x marah x best... kekekekeke)

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak (yer omma boleh baca dr tgk muka.. cayalah mama.. ada sixth sense la mama... cayalah...)

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak (omma.. selalu nak peluk saya..)

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak (yer.. betul.. tapi kalau omma busy dia buat dek je... sob.. sob.. tapi lama2 buat suprise... balik kol berapa? *bila ada speacial occation kat rumah* balik je.. jeng..jeng yesss.. mama masak.. yesss.. masa tu melompat keseronokan.. hehehehehe)

kalau balik ke rumah, selalu ada lauk atas meja.....mak (yer mama saya seorang tukang masak hebat di hati saya dan ramai lagi pelanggannya... I love you cooking)

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak (omma mmg rajin kemas semua benda.. kemas je rumah kalau mama ada.. kalau x ada mama lintang pukang.. )

Yang selalu berleter kat aku...mak (berleter la mama..along dgr je.. bila dia diam sunyi lak rumah.. yer kan...)

Yang selalu puji aku....mak (Mmg mama kalau puji terus saya rasa mama perli.. kekekekeke.. jahat tol... :P)

Yang selalu nasihat aku....mak (Iyer mama selalu berleter.. menyanyi kat telinga ni..kekeke.. bestt wooo)

Ini untuk yang sudah Berkahwin dan bakal

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku

Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak
talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya......... Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Lagu ini buat semua para ibu

D_Y_H

Mamaku Sayang

Assalammualaikum wbt,

Kadang-kadang tak semua cerita rasa nak kongsi dengan semua orang. Tapi meluahkan dengan cara menulis adalah terapi terbaik.

Assalammualaikum wbt,
Yeaaa.. tomok menang. Tahniah!! Frankly speak saya x pernah ikut OIAM x pernah langsung. Even dari first OIAM ke second ke third ke. Neehiiii ya. Tapi kenapa grand finale saya tgk. hehehehe sbb saya tgk kat youtube si Tomok ni nyanyi terus saya terpaku. Waahhhhhhh. this man sungguh best. Energerticnya dia. Terus saya undi yer, walau tak tahu apa. Kekekekeke, lawak rasanya. Dayah ke ni. Hehehehehe.. gelakkan diri sendiri.


Sebabnya saya tak pernah buat keje gler ni yek.. Bazir duit saya hantar undian. Kekekekeke.. betul. Rasa sebab best dgr dia nyanyi. Persembahan dia mcm konsert. Dulu pernah dgr dia nyanyi ngan NB, Ya rabb sengau je la mamat ni nyanyi pastu tangkap lelah punya song. Masa dia keluar awal2 dulu. Ehh dia ni sebaya ngan aku rupanya. I think he can go far in industry.


Tahniah la buat dia. Lagu dia yg baru ni "Rindu Ku Terhenti" best wooo. Best la dgr. Mesti lagu ti hits nanti. He is stunning. Pengkritik pun sokong dia yer. Bak kata Paul Moss "Tonight his night" Yeaaa betul. Sora dia x la nak kata best but he has something.


Tahniah la buat dia.


D_Y_H

Kadang-kadang sya pun pandai enjoy... kekekekeke